Thursday, October 15, 2009

Perkenalan dan Persahabatan Dari Perspektif Psikologi Sosial Written by : Rosdi Ali Dalam psikologi sosial, individu dianalisis dalam konteks situasi

" ARchiteCTURE for LIFE "

Perkenalan dan Persahabatan Dari Perspektif Psikologi Sosial
Written by : Rosdi Ali

Dalam psikologi sosial, individu dianalisis dalam konteks situasi sosial. Ahli-ahli psikologi sosial berminat untuk mengkaji bagaimana dan sebab-sebab fikiran, perasaan dan tingkah laku terbentuk hasil daripada keseluruhan persekitaran sosial. Psikologi sosial didefinisikan sebagai kajian saintifik terhadap pemikiran, perasaan dan tingkah laku manusia akibat daripada pengaruh gelagat sebenar atau gelagat imaginasi orang lain. (Allport,1985)

Secara amnya, psikologi sosial adalah cabang psikologi yang mengkaji sifat dan tingkah laku manusia dalam konteks sosial serta cara manusia berinteraksi dalam sesuatu kelompok. Psikologi sosial mengkaji tentang tingkah laku individu dimana tinglah laku tersebut adalah dipengaruhi oleh orang lain yang terdapat dalam satu kelompok. Individu mungkin lebih cenderung untuk mengelaskan dan menstrukturkan pengetahuan dalam perhubungan sosial. Proses pengkategorian sosial dan skema sosial dikembangkan dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku.

Perkenalan terdiri daripada dua jenis iaitu kenalan cetek dan kenalan rapat. Kenalan cetek adalah melibatkan mereka yang mengucapkan salam mesra, bertukar salam dan bersembang sepatah dua sahaja apabila bertembung. Tetapi selepas mereka mengetahui nama masing-masing dan mula bertukar sedikit sebanyak maklumat dan pengetahuan, mereka akan menjadi kenalan rapat. Individu gemar untuk disukai oleh orang lain. Penentu utama sama ada sesorang individu menyukai seseorang adalah lanjutan dimana dia percaya orang tersebut menyukainya. (Berscheid & Walster, 1978: Kenny, 1994b: Kenny & La Voie, 1982: Kubitschek & Hallinan, 1998). Perasaan suka individu pada seseorang individu yang lain akan meramal perasaan sukanya pada orang tersebut. Ini adalah disebabkan perasaan kesukaan adalah berbalas-balasan. (Kenny & Nasby, 1980).

Pembentukan persahabatan membawa maksud orang yang selalu berjumpa dan berinteraksi akan berkecenderungan untuk menjadi kawan atau pasangan. Ini juga dikenali sebagai propinquity effect. (Berscheid & Reis, 1998). Persahabatan akan terbentuk apabila individu menyatakan penilaian yang positif antara satu sama lain. Manusia cenderung untuk memantau sendiri dan mencari orang yang mempunyai sikap dan minat yang sama dengan dirinya. Persahabatan lebih mudah untuk berkembang dengan in dividu yang m enun jukka n perasaan suka pada diri individu berkenaan.

Menurut buku yang ditulis oleh La Rochefoucauld yang bertajuk Maxims, beliau mengandaikan ‘persahabatan merupakan rancangan pertukaran faedah dan kebaikan peribadi antara satu sama lain dimana akan mendatangkan manfaat kepada harga diri. Jika satu perhubungan memberi banyak faedah kepada seseorang, jadi mereka akan suka pada hubungan tersebut dan ingin untuk meneruskannya’. (Burgess & Huston, 1979; Kelly, 1979; Rusbult, 1980).

Bab 1 : Perkenalan

1.1 Keperluan Untuk Bergabung

1.1.1 Perbezaan Watak /Perangai

Perbezaan watak / perangai yang tinggi atau rendah akan mendorong seseorang individu perlu untuk bergabung dengan individu yang lain (Murray ,1938). Selain perbezaan watak, pergabungan juga berlaku apabila seseorang perlu untuk bersosial, mempunyai kawan, untuk jatuh cinta, berkomunikasi dengan orang lain dan sebagainya.

1.1.2 Faktor Penentu Situasi

Keadaan sesuatu situasi juga salah satu faktor yang mendorong individu untuk bergabung. Keadaan situasi yang dimaksudkan adalah apabila media massa atau sebagainya menceritakan betapa pentingnya untuk berga bung diantara satu sama lain mahupun dengan orang yang tidak dikenal i bagi berkerjasama dalam sesuatu perkara seperti menyelamatkan hutan, kempen kebersihan atau sebagainya. Bencana alam juga menjadi faktor situasi dalam pembentukan pengabungan (Ben jamin,1998; Byrne, 1991; Humphiss, 1989). Contoh nya Bencana Tsunami di Acheh telah menyebabkan pengabungan puak pemisah Acheh dengan kerajaan Indonesia yang selama ini selalu bermusuhan.

1.2 Karektor Pemerhati

1.2.1 Tarikan Fizikal

Pandangan pertama terhadap seseorang akan memberi kesan samaada positif atau negatif iaitu samada seseorang suka atau tidak suka dengan perwatakan, sikap atau sebagainya mengenai individu lain. Contohnya pada pertama kali berjumpa dengan kawan baru yang berpakaian seksi. Ini akan mendorong seseorang untuk menilai samaada suka atau tidak suka kepada kawan baru tersebut. Kebiasaanya berpakaian yang seksi akan mendorong individu untuk menilai dari sudut yang negatif (Collins & Zebrowitz, 1995).

Bab 2 : Pembentukan Persahabatan

2.1 Persamaan Tingkah Laku

Kajian mendapati bahawa semakin tinggi sikap yang sama, maka semakin banyak persamaan yang wujud antara seseorang individu itu. Didapati juga semakin tinggi kadar sikap maka semakin tinggi juga daya tarikan.

Terdapat 2 faktor yang mempengaruhi daya tarikan iaitu, Affect-Centered Model iaitu daya tarikan yang berasaskan kepada pasangan luaran dan ciri-ciri yang jelas. Seperti contoh meminati bidang musik dan lain-lain. Kedua, Affective And Cognitive Process iaitu emosi yang positif dan negatif. Ianya juga berhubung kait dengan tahap kepercayaan antara satu sama lain.

Formula untuk mengira jumlah Persamaan:-

Jumlah Tahap Persamaan = Topik Yang Disukai Oleh 2 Orang
Jumlah Topik Yang Ada

2.2 Teori Keseimbangan (Balance Theory)

Secara ringkasnya, Heider mencadangkan pandangan atau kecenderungan manusia dalam membina perhubungan (liking) adalah seimbang jika sesuatu yang disukakan tersebut mendatangkan hasil yang positif. Formula ini menerangkan manusia biasanya menguruskan perasaan suka atau tidak suka mereka dalam cara yang simetri. Apabila dua individu suka antara satu sama lain dan mendapati mereka adalah serupa dalam sesuatu aspek yang spesifik maka ini menandakan terdapat ke seimbangan. Keseimbangan ini bermaksud perasaan yang menyenangkan. Sebaliknya, apabila dua individu suka antara satu sama lain dan mereka mendapati terdapat ketidakserupaan dan percanggahan dalam sesuatu aspek yang specifik, maka ketidakseimbangan akan berlaku. Ketidakseimbangan ini adalah emosi yang tidak menyenangkan dan emosi yang kurang sedap.

Dalam kes yang kebelakangan ini, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggembalikan keseimbangan dengan cara berubah sikap dan tingkah laku s endiri ataupun orang lain supaya persamaan yang lebih banyak akan wujud antara dua individu tersebut. Ataupun individu akan membuat keputusan secara mudah bahawa mereka tidak suka pada seseorang individu. Perasaan tidak suka akan membentuk satu sifat tidak acuh terutamanya ke atas perasaan yang menggembirakan dan menyedihkan. Ini disebabkan setiap individu bersikap tidak mengambil peduli terhadap keserupaan dan ketidaksamaan orang lain.

2.3 Saling Suka / Mempengaruhi

Saling suka menyukai antara satu sama lain berlaku apabila 2 individu tersebut berkongsi kesukaan yang sama seperti minat. Secara umumnya, individu lebih suka kepada maklum balas yang positif dari negatif. Saling mempengaruhi pula merujuk kepada taktik atau sikap yang digunakan seperti teknik membodek. Walaubagaimanapun, taktik;

membodek adalah lebih baik berbanding dengan mempromosikan diri sendiri.

Manusia adalah gemar bersosial. Jadi mereka perlu berinteraksi dengan orang lain untuk menjalinkan persahabatan dan untuk me ng alami keenakan perapatan. Pada masa yang sama, manusia juga mempunyai keinginan untuk mempengaruhi orang lain dan juga dipengaruhi oleh orang lain.

Bab 3 : Kajian Kes

Dalam perincian isi-isi dan keterangan tentang perhubungan persahabatan sebelum ini diharap dapatlah merungkaikan segala apa yang tersimpul. Bagi menguatkan lagi isi-isi dan fakta-fakta yang diperolehi dan diulas, saya telah membuat beberapa kajian tentang persahabatan melalui beberapa kajian kes dalam persahabatan. Melalui beberapa kajian kes dalam persahabatan ini, mengenali sahabat adalah amat unik.

Persahabatan adalah kasih sayang tanpa sayap. Sebenarnya dalam menjalinkan sesebuah persahabatan yang murni dan abadi memerlukan keikhlasan hati serta pengorbanan yang besar. Terdapat beberapa kajian kes yang dapat dikumpul yang antaranya adalah kes ‘perubahan tanpa kompromi’ yang berlaku antara Mohsein dan Rashdan. Kes dikecewakan oleh teman dan pengkhianatan dalam persahabatan dan percanggahan prinsip dalam persahabatan serta hubungan yang terlalu erat juga boleh mendatangkan masalah selain sikap cemburu terhadap sahabat yang biasanya terjadi dalam persahabatan remaja.

Secara keseluruhannya apabila diteliti dan ditinjau melalui kajian kes yang ada, faktor utama yang dapat dikesan adalah yang berkaitan dengan masalah-masalah dalam perhubungan remaja lebih kepada tiada kesefahaman antara satu sama lain dan mereka sebenarnya tidak ik hlas dengan persahabatan yang terbina serta tiadanya sifat-sifat kejujuran dalam persahabatan. Selain itu faktor tidak menerima kawan dengan seadanya dalam hubungan persahabatan ini juga boleh membawa kepada konflik.

Selain itu sikap tidak menghormati antara satu sama lain serta tidak menghormati hak-hak peribadi atau sempadan peribadi jua adalah salah satu punca persahabatan itu bermasalah. Terdapat juga beberapa faktor yang tidak dominan tetapi masih boleh dijadikan sebab dan musabab ke atas konflik dalam sesebuah perhubungan itu. Antar anya adalah yang berkaitan dengan pengorb anan kerana masing-masing tidak sanggup berkorban untuk satu sama lain walaupun pekara atau pengorbanan itu mampu mendatangkan hasil atau kebaikan.

Apa yang terjadi adalah sebaliknya, setiap individu itu hanya mementingkan diri dan hanya mahu rakan lain membuat pengorbanan untuk dirinya walaupun dia tidak mahu membuat apa-apa pengorbanan yang mereka rasakan tidak perlu. Keadaan ini juga boleh di gelar sebagai individu yang nampak seperti menang tetapi sebaliknya kalah dalam persahabatan. Perbuatan ini adalah tidak betul dan apabila keadaan ini ada dalam perhubngan persahabatan itu maka hubungan itu tidak akan kekal lama.

Selain itu dalam kajian kes lain yang dikaji, contohnya kes Yana Idris 19 tahun yang merasa di kecewakan oleh teman rapatnya sendiri kerana merasakan apabila di dalam kesusahan rakan karibnya tidak mahu berada disisinya. Walaupun alasan yang diberi oleh rakan karibnya Fizie adalah boleh diterima akal kerana Fizie tidak suka atau mampu berada di hospital kerana dia tidak dapat menahan keadaan hospital. Dan ini juga menunjukkan bahawa berlakunya pengorbanan yang sehala.

3.1 Contoh Kajian Kes Dan Pemantauan Yang Dibuat Perubahan Tanpa
Kompromi

Selama ini Mohsein i ngatkan Rashdan adalah teman sejati baginya. Mereka adalah sahabat erat sejak kecil lagi sehingga dewasa. Namun segalanya berubah apabila apabila Rashdan jarang menghubunginya Mohsein. Ini adalah disebabkan Rashdan merasa kecewa apabila Mohsein mendapat pekerjaan baru. Ini jelas bahawa Rashdan tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Mohsein agak terkejut dengn sikap Rashdan yang tidak faham kedudukannya sekarang. "Dia menggalakkan aku memohon kerja disni tapi sekarang rasa lain pulak. Segalanya terjawab selepas 3 bulan a k u dapat tahu Rashdan turut memohon pekerjaan di tempat yang sama namun gagal", ujar Mohsein.

3.2 Pandangan Dan Komentar

Teori keseimbangan merupakan teori rangsangan perubahan sikap yang diasaskan oleh Fritz Heider (1945). Teori ini menghuraikan tentang satu sistem yang mudah cara untuk melihat sesuatu suasana dan bagaimana individu untuk mengerti pada keadaan persekitaran tersebut. Teori keseimbangan merupakan sistem analisis yang mengandungi dua atau tiga orang (atau dua orang dan dua objek yang terlibat), dimana dua daripada entiti ini adalah mempunyai perkaitan antara satu sama lain dengan meletakkan sama ada pandangan yang positif atau pandangan yang negatif, atau langsung tidak berhubungan.

Kesimpulan

Kesimpulan yang boleh dilihat disini ialah perkenalan dan pembentukkan persahabatan adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor dan ianya telah menjadi sesuatu yang amat penting dalam hidup manusia. Ini kerana tanpa ada perkenalan dan persahabatan, hidup manusia adalah kosong dan tidak mempunyai teman untuk berbicara dan berkongsi perasaan, pemikiran dan tingkahlaku.

Namun, apa yang penting ialah tujuan dalam persahabatan. Ini adalah tanpa adanya tujuan yang baik akan menghasilkan hubungan yang negatif dan akan menyebabkan manusia atau individu kehilangan orang yang dienali sebagai sahabat. Oleh itu, hargailah sebuah persahabatan kerana ia merupakan hubungan yang murni dalam kehidupan manusia.

Rujukan

Anderson, R. & Ross, V. (1998). Questions Of Communication: A Practical Introduction To Theory (2nd ed.). New York: St. Martin's Press.

Allport, G. W. (1985). The Historical Background Of Social Psychology. In G. Lindzey & Aronson (Eds.), The Handbook of Social Psychology (3rd Edition, Vol.1, pp.1-46). New York: McGraw- Hill.

Arno. F. Witting. (2001). Intruduction to Psychology (2nd Edition), McGraw-Hill Companie, Inc. USA.

Baron, R. A. & Bryne, D. (2003). Social Psychology (10th Edition), Allyn & Bacon, Boston.

Berscheid, E. & Reis, H. T. (1998). Attraction And Close Relationships. In D.T. Gilbert, S. T. Fiske, & G. Lindzey (Eds.), The Handbook of Social Psychology (4th Edition, Vol. 2, pp.193-281). New York: McGraw-Hill.

Berscheid, E. & Walster, E. (1978). Interpersonal Attraction. Reading, MA: Addison-Wesley.

Burgess, R. L. & Huston, T. L. (Eds.) (1979). Social Exchange in Developing Relationships, Academic Press, New York. (p.449)

Cragan, J. F. & Shields, D. C. (1998). Understanding Communication Theory: The Communicative Forces For Human Action. Boston, MA: Allyn & Bacon

David, G. Myers (1999), Social Psychology (6th Edition), McGraw-Hill Companies, Inc. USA.

Elliot Aronson, Timothy, D. Wilson, Robin M. Akert (2005), Social Psychology (5th Edition), Pearson Education, Inc. Prentice Hall, New Jersey. USA.

Griffin, E. (2000). A First Look At Communication Theory (4th ed.). Boston, MA: McGraw-Hill.

Heider, Fritz. (1958). The Psychology of Interpersonal Relations. NY: Wiley. Chapter 7: Sentiment pp.174-217.

Heider, F. (1946). Attitudes And Cognitive Organization. Journal of Psychology, 21, 107-112.

Infante, D. A., Rancer, A. S. & Womack, D. F. (1997). Building Communication Theory (3rd ed.). Prospect Heights, IL: Waveland Press.

Kelly, H. H. (1979). Personal Relationships: Their Structured And Processes, Lawrence Erlbaum, Hillsdale, N. J. (p.449)

Kenny, D. A. (1994). Using The Social Relations Model To Understand Relationships. In R.Erber & R.Gilmour (Eds.), Theoretical Frameworks for Personal Relationships (pp.111- 127). Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Kenny, D .A. & La Voie, L. (1982). Reciprocity Of Interpersonal Attraction: A Confirmed Hypothesis . Social Psychology Quarterly, 45, 54-58.

Kenny, D. A. & Nasby, W. (1980). Splitting The Reciprocity Correlation. Journal of Personality and Social Psychology, 28, 249-256. (p.447)

Kubitschek, W. N., & Hallinan, M. T. (1998). Tracking And Students’ Friendship. Social Psychology Quarterly, 61, 1-15.

Littlejohn, S. W. (1999). Theories Of Human Communication (6th ed). Belmont, CA: Wadsworth.

Mahmood Nazar Mohamed, (2001). Pengantar Psilokogi - Satu Pengenalan Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Rusbult, C. E. (1980), Commitment And Satisfaction In Romantic Associations: A Test Of The Investment Model. Journal Of Experimental Social Psychology, 16, 172-186. (p.449)

West, R., & Turner, L. H. (2000). Introducing Communication Theory: Analysis And Application. Mountain View, CA: Mayfield.

Wood, J. T. (1997). Communication Theories In action: An Introduction.

Nota Kuliah Puan Siti Nazilah

Sumber internet

http://www.ciadvertising.org/studies/student/97_fall/theory/cognitive_coc/balance.htm

http://en.wikipedia.org/wiki/Balance_theory

http://www2.tltc.ttu.edu/Schneider/

http://www.gerardke egan.co.uk/glossary/gloss_b.htm

Lampiran

Erti persahabatan

Sahabat yang baik akan sentiasa berada di sisi pada saat kita memerlukannya. Setiap insan memerlukan seorang teman, hidup secara berkelompok atau memerlukan pasangan hidup untuk berkongsi kegembiraan mahupun kedukaan. Sebuah persahabatan yang bahagia memerlukan jalinan perasaan yang luhur, tulus dan sejati. Personaliti remaja minggu ini, Mohd. Nazree Mohd. Yunus, 22 dan Mohd. Asraf hamdi Saad, 22 berkongsi cerita tentang persahabatan yang terjalin dengan erat. Menurut mereka, sikap ego is sememangnya tidak perlu wujud dalam konteks persahabatan kerana ia akan mengancurkan persahabatan itu sendiri. Sebaliknya, ia diganti dengan sikap saling memahami dan percaya-mempercayai antara satu sama lain.

Tambah mereka, persahabatan yang terjalin dengan tulus dan ikhlas ternyata menjadi kunci terbaik dalam mengekalkan sesebuah ikatan persahabatan. Mohd. Nazree berkata, persahabatan mempunyai nilai dari dalam dir i sendiri. "Persahabatan dapat membina personaliti dir i, sikap dan membentuk nilai kemanusian. Selain itu, ia dapat membantu kita mencapai prestasi akademik yang baik," katanya. Beliau menjadikan Rasulullah S.A.W. sebagai model utama dalam membentuk persefahaman. Sebagai sahabat, apabila sering melakukan aktiviti bersama-sama, mereka lebih rapat dan saling mengenali. "Saya amat bertuah bertemu dengan Ashraf. Dia amat istimewa. Sejak bertemu dia, saya dapat membimbing diri ke arah yang lebih baik lagi," jelasnya. Sementara itu, Mohd. Ashraf menjelaskan, sahabat merupakan insan yang bersama-sama dengan kita dalam apa juga keadaan. "Dalam membina persahabatan, kita perlu memahami dan bekerjasama dengan baik. Mengamalkan konsep ihsan iaitu mengutamakan kawan dalam sesuatu keadaan adalah penting," katanya. Menurutnya lagi, saling memaafkan dan berbincang perlu dilaksanakan dalam menjalinkan persahabatan.

(Utusan Malaysia, 2006)

No comments:

Related Posts with Thumbnails