Thursday, October 15, 2009

Membina Keyakinan Diri

" ARchiteCTURE for LIFE "

Membina Keyakinan Diri
Written by : Hjh Siti Aluyah Mohd Ali

PENDAHULUAN

Sebagai seorang kaunselor adakalanya saya ketemui klien (orang yang dibantu dalam sesi kaunseling) yang menderita dan tertekan hidupnya disebabkan tidak yakin pada diri sendiri. Terfikir saya alangkah baiknya sekiranya saya mempunyai kaedah yang mudah untuk merawat apa yang sedang mereka alami. Seandainya boleh saya botolkan air yang jika diminum mempunyai “kuasa” yang mampu menjadikan seseorang itu mempunyai keyakinan diri dah tentu saya akan menjadi usahawan yang berjaya kerana menghasilkan satu barangan ajaib yang dicari-cari oleh ramai orang.

Melalui kaunseling ada kaedahnya untuk menjadi seorang yang yakin diri, cuma ianya tidaklah semudah menyebut ABC. Kaunselor akan membantu klien untuk memahami dirinya, melihat semua pengalaman hidupnya, menilai dan merubah mana yang perlu berkaitan cara dia berfikir, merasa dan bertingkahlaku. InsyaAllah berkat usaha bersungguh-sungguh, kesabaran dan doa, seorang klien itu mampu merubah hidupnya dengan mengatasi masalah tidak yakin pada dirinya sendiri.

Apa ya puncanya seseorang itu tidak yakin pada diri sendiri? Yang pastinya masalah ini tidak timbul dengan begitu sahaja. Seseorang yang menghadapi masalah ini harus memahami ianya terbentuk melalui satu proses jangka masa yang panjang. Ianya berkait rapat dengan apa yang dialami pada masa silam. Pengalaman masa lalu yang merupakan gabungan berbagai peristiwa dan kesan pengaruh orang lain (ibubapa, ahli keluarga, pengasuh, guru-guru, rakan sebaya dan yang lainnya) memberi kesan mendalam kepada tahap keyakinan diri seseorang itu.

Ketahuilah bahawa setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita ini akan membentuk pengalaman hidup kita dan ianya mempengaruhi bagaimana seseorang itu melihat dirinya, orang lain dan kehidupannya secara keseluruhan.Cadangan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mempertingkatkan keyakinan diri.

Kenalpasti kelebihan diri : Tidak yakin pada diri timbul apabila seseorang itu berpendapat dan merasakan dirinya tidak ada kelebihan, kebaikan, kekuatan atau keistimewaan. Dia terlalu cenderung melihat orang lain yang sentiasa lebih daripada dirinya. Ini yang menyebabkan rasa rendah diri dan menggugat keyakinan kepada diri sendiri. Renung dan fokus kepada diri dan catitkan satu persatu apa yang diamati sebagai kelebihan diri. Mungkin tidak mudah dilakukan bagi mereka yang kurang menghargai dirinya sendiri. Melalui latihan yang berterusan lama-kelamaan kita akan dapati keyakinan diri akan meningkat.

Fikirkan kejayaan-kejayaan yang pernah diperolehi : Seorang rakan yang bijak menyatakan keyakinan dirinya terbentuk sedikit demi sedikit berdasarkan kejayaan-kejayaan pada masa lalu. Betul kata rakan saya itu sama seperti kata orang putih “success bred success”. Tiap-tiap kita tempuh berbagai pengalaman yang mana kita berjaya mencapai apa yang ditetapkan. Adakalanya kita gagal mencapai apa yang diharapkan. Bukankah itu asam garam kehidupan cuma masalahnya kita cepat sangat melupakan kejayaan-kejayaan yang pernah diperolehi dan terlalu membiarkan diri dihantui oleh kegagalan yang lepas. Fokuskan pemikiran terhadap kejayaan walaupun ianya kecil demi untuk meningkatkan semangat dalam proses membina keyakinan diri.

Beri kata-kata peneguhan pada diri : Setiap hari katakan perkataan-perkataan yang baik-baik (positif) pada diri. Seandainya kita tidak melakukan siapa lagilah yang nak berikan kata-kata belaian kepada kita. Seorang rakan sepejabat yang hebat menceritakan bagaimana dia sering mengatakan pada dirinya “sikit lagi…sikit lagi akan sampai kepuncak”. Kata-kata semangat ini diberikan bagi mendorong dirinya sampai kepuncak Gunung Kinabalu ketika dia mendaki bersama rombongan pelajar. Memang rakan saya ini hebat orangnya. Binalah satu senarai kenyataan atau kata-kata yang baik-baik pada diri agar dapat dibaca sekerap yang mungkin terutamanya bila diri terasa tidak bersemangat.

Hentikan mengutuk diri sendiri : Saya berpendapat kita cenderung mengutuk diri sendiri secara tidak disedari. Kalau kita sayang pada diri dan ingin menjadi yakin pada diri kita hendaklah menghentikan perbuatan ini. Kutukan-kutukan yang dilemparkan pada diri sendiri inilah yang sering saya gambarkan sebagai hentakan pada dinding yang akhirnya menjadikan ianya retak-retak dan lama kelamaan menjadi roboh. Bila tersedar diri mengutuk diri sendiri maka buatlah begini :-

· Katakan BERHENTI!!!

· Kemudian mohon perlindungan dari Allah dari gangguan syaitan yang membisik-bisikan sesuatu yang tidak baik.

· Kemudian katakan sesuatu yang baik-baik pada diri. Saya pun adakalanya bila melihat diri dalam cermin panjang nampaklah diri yang sudah “besar dan lebar”. Kalau tidak berjaga-jaga saya akan berkata “tak bestlah…gemuk!!!”. Tapi saya tahu dengan berbuat demikian akan meninggalkan kesan yang tidak baik pada jiwa saya. Maka

kenalah ubah dengan sering mengatakan begini pada diri “ I am big and cuddly macam teddy bear”. Bila saya cakap pada diri sendiri pastinya saya akan secara spontan tersenyum sendiri. Saya tahu bahawa saya perlu ambil usaha berterusan untuk kecilkan sikit demi kesejahteraan dan kesihatan diri. Tak senang tau so….Doakan ya!!

Hentikan terlalu banyak merungut : Apabila kita melakukannya ianya akan menjadikan diri kita ini bersifat negatif. Dengan merungut-rungut orang akan lari dari diri kita ini. Siapalah yang suka berdampingan dengan orang yang sentiasa suka merungut. Orang macam ini seperti mengeluarkan tenaga negatif yang turut boleh menjejaskan orang lain. Bila sedar diri terlalu banyak merungut-rungut maka banyakkan beristifar dan insya Allah akan timbul rasa syukur. Bila banyak bersyukur jiwa akan merasa ok semula.

Banyakkan belajar : Kita kenalah banyak membaca agar memperolehi berbagai ilmu pengetahuan dan dapat membentuk kemahiran-kemahiran baru. Bila ki ta tahu dan faham sesuatu ianya boleh digunakan dan ini akan membantu dalam proses membentuk keyakinan diri. Kita ini di UiTM amat beruntung sekali kerana berada di dalam sebuah institusi pengajian tinggi di mana terdapat banyak peluang untuk mendapatkan berbagai ilmu dan kemahiran. Cuma persoalannya adakah kita memanfaatkan peluang ini?

ianya boleh digunakan dan ini akan membantu dalam proses membentuk keyakinan diri. Kita ini di UiTM amat beruntung sekali kerana berada di dalam sebuah institusi pengajian tinggi di mana terdapat banyak peluang untuk mendapatkan berbagai ilmu dan kemahiran. Cuma persoalannya adakah kita memanfaatkan peluang ini?

Guna kuasa khayalan atau visualisasi : Saya nak tanya, pernah tak anda berasa tidak yakin untuk melakukan sesuatu yang anda tidak biasa lakukan? Sebagai contoh nak berdiri di hadapan kelas untuk buat persembahan…rasa kelam kabut dibuatnya kan? Rasa tension dan tidak yakin berkemungkinan besar dialami kerana kurang pengalaman berbuat demikian. Jadi saya nak utarakan cara menggunakan kuasa khayalan atau visualisasi akan membantu untuk membolehkan diri membentuk pengalaman-pengalaman dalam pemikiran. Bila kita kerap-kerap mengulangnya dalam fikiran. Kita akan terasa ianya sesuatu yang selalu dibuat maka ini akan membantu menimbulkan keyakinan diri.Main peranan atau role pl ay : Ini lagi satu kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan keyakinan diri. Apa saja yang ingin dicapai boleh dilatihkan dengan seseorang yang anda rasa selesa, selamat dan dihormati. Buatlah latihan dengan orang tersebut samaada ianya ahli keluarga, rakan sebaya, pensyarah ataupun dengan kaunselor. Yang pentingnya semasa sesi main peranan lakukan dengan sebaik-baiknya. Komen-komen yang diberi hendaklah diterima dengan hati yang terbuka. Apa yang dipelajari melalui latihan dalam main peranan bolehlah digunakan di luar dalam dunia realiti.

Kuasa doa dan solat hajat : Tuhan mampu membuat apa saja dengan mudah. Maka kita sebagai manusia hendaklah banyakkan sujud dan berdoa kepadaNya. Usaha, doa dan bertawakal merupakan antara kunci kejayaan diri manusia. Jadi janganlah lupa untuk melakukan solat hajat dan sering berdoa agar keyakinan pada diri akan menjadi satu kenyataan. Selain melakukan solat hajat dan berdoa sendiri, jangan lupa turut meminta orang lain memohonkan untuk diri kita. Saya sering “tumpangkan” hajat saya dengan meminta ahli keluarga dan rakan-rakan mendoakan diri ini.

Bersabar : Untuk mendapat sesuatu yang baik dalam hidup ini memerlukan kita banyak bersabar. Malah dengan bersabar menempuh tiap sesuatu dalan perjalanan hidup ini akan membentuk kematangan dan kebijaksanaan diri. Untuk mencapai keyakinan diri turut menuntut kita banyak-banyak bersabar. Sabar dalam melakukan setiap sesuatu yang baik-baik, sabar dalam mencegah diri dari melakukan sesuatu yang tidak baik lagi merugikan dan sabar dalam menempuhi ujian hidup ini. Nak jadi orang sabar memang sukar tapi yakinilah ianya boleh dibentuk dalam diri manusia. Perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Penutup : Sebagai seorang kaunselor saya seronok bila berdepan dengan orang yang mempunyai keyakinan diri dalam menjalani hidup ini. Orang yang mempunyai keyakinan diri berjaya mendapat satu nikmat yang besar dari Pencipta Yang Maha Esa. Saya berpandangan bahawa setiap seorang daripada diri kita ini mempunyai berbagai potensi diri yang bila kita yakin insya Allah dapat digunakan untuk kemajuan dan kejayaan diri kita, keluarga, bangsa, agama dan negara.

3 comments:

si jari sepuluh said...

maaf kalau saya mencebok2 sikit idea saudara. moga diberkati. saya nak komen satu bende je kat sini. er. isi dah okey, tapi tulisan kecik sangat laa..pastu gelap sikit. kalau yang mata terang macam saya boleh la jugak telek2 sampai nampak. _peace_ (:

Fid"s said...

good advice pasal doa dan solat hajat

Ilsyamira binti Saiful Amry said...

Sy nak pergi test jpj . Tapi saya tk yakin nak buat . Macam mana ya ?

Related Posts with Thumbnails