Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Sidang jumaat yang dirahmati Allah S.W.T ,
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kita kapada Allah S.W.T dengan menunaikan segala perintahnya dan menjauhkan diri daripada segala larangannya, mudah-mudahan kita tergolong didalam golongan orang yang paling bertaqwa.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,
Tidak semua orang dijadikan susah dan tidak semua pula dijadikan senang. Kaya dan miskin, senang dan susah, bahagia dan derita. Penuntuan Allah S.W.T yang harus diterima dengan syukur dan pasrah. Yang penting semuanya harus bersedia menghulurkan sebarang bentuk sumbangan mengikut keupayaan masing-masing. Islam mengsyariatkan sekekah bagi melahirkan suasana harmorni dalam kehidupan ini.
Sedekah membuka pintu rezeki, jangan kita tutupkan pintu ini. Sedekah menyediakan jalan kebajikan, janagan kita sekatkan jalan ini. Sedekah memandu kelorong kebahagiaan jangan kita sempitkan lorong ini.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-fajar ayat 15-16
Bermaksud :
" ( Dalam pada ini manusia tidak menghiraukan balasan akhirat ), oleh yang demikian, maka banyak manusia apabila diuji oleh tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, ( ia tidak mahu bersyukur tetepi terus bersikap takbur ) serta berkata dengan sombongnya :
"Tuhanku telah memuliakan daku!", sebaliknya apabila ia diuji oleh tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, ( ia tidak bersabar bahkan resah gelisah ) serta membebel dengan katanya : "tuhanku telah meghina aku! "
Hadirin yang dirahmati Allah S.W.T,
Mengapa perlu kita bersedekah?. Sedekah dalam ertinya yang luas ialah sesuatu pemberian yang diberikan oleh seseorang muslim kepada seorang muslim yang lain secara sukareladengan hanya mengharapkan redha dan pahala dari Allah S.W.T. Malah sedekah tidak terhenti pada pemberian sesama manusia, tetapi juga mencakupi mahluk lain yang hidup.
Kita perlu bersedekah kerana terdapat banyak ayat-ayat al-quran menggesa dan memerintah kaum muslimin supaya banyak bersedekah. Antaranya firman Allah S.W.T dalam surah al-bakarah ayat 254
Bermaksud :
" Wahai orang-orang yang beriman!, belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari ( kiamat ) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan atau teman ( yang memberi mamfaat ) serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim".
Harta yang darinya dikeluarkan sedekah akan menjadi subur dan berkembang. Tidak seperti harta riba yang akan musnah, hilang berkatnya dan mengheret tuannya ke neraka.
Allah S.W.T berfirma dalam surah al-bakarah ayat 276
Bermaksud :
" Allah S.W.T kurangkan ( kebaikkan harta yang dijalankan dengan mengambil ) riba dan ia pula mengembangkan ( berkat harta yang dikeluarkan ) sedekah-sedekah dan zakatnya".
Islam mengajar kita bahawa yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah. Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan :
" Tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah. Tangan yang diatas adalah pemberi dan tangan yang dibawah adalah penerima".
( Riwayat muslim )
Orang yang diuji dengan sakit, hendaklah berusaha mengubati penyakitnya itu. Salah satu dari caranya adalah dengan memberi sedekah.
Rasulullah SAW telah bersabda :
"Ubatikanlah orang sakit diantara kamu dengan sedekah".
Manusia yang hidup sering melakukan kesalahan dan dosa. Allah S.W.T menyediakan berbagai laluan kepada hambanya untuk penghapusan dosa, antaranya bersedekah.
Sabda rasulullah SAW:
"Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api".
Sidang jumaat yang dirahmati Allah S.W.T!,
Hukum sedekah :
Ulama' feqah bersepakat bahawa hukum asal sedekah adalah sunat, berpahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan. Ada kalanya sedekah menjadi wajib, contoh yang mudah ialah jika seseorang itu bertemu dengan seseorang yang menderita kelaparan teruk hingga mengamcam jiwanya, sementara orang yang melihatnya tadi mempunyai makanan yang lebih dari apa yang diperlukannya. Maka ketika itu adalah wajib memberikan sedekah padanya. Ada ketikanya sedekah menjadi haram, jika seseorang yang bersedekah itu tahu dengan pasti bahawa penerima akan menggunakannya kejalan maksiat.
Sedekah adalah lebih utama dan afdal jika dihulurkan secara diam-diam, berbanding dengan cara yang berterang-terangan. Abu Hurairah r.a ada memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada menjelaskan :
"Salah satu kelompok hamba Allah S.W.T yang mendapat naungan Allah S.W.T pada hari kiamat kelak ialah mereka yang memberi sedekah dengan tangan kanan lalu disembunyikan seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan".
Sedekah lebih utama diberikan kepada kaum kerabat terdekat yang sedang memerlukannya sebelum diberikan kepada orang lain. Namun sedekah sewajarnya diberikan kepada orang yang benar-benar sedang memerlukan kepada huluran tangan orang lain.
Menyentuh apa yang utama disedekahkan, para fuqaha' berpendapat bahawa digalakkan bersedekah barang yang berkualiti dan disukai oleh penerimanya. Lumrahnya, manusia suka memberi barang yang tidak diperlukannya, tetapi Allah S.W.T sangat menggalakkan supaya menghulurkan sesuatu yang sangat disayangi pemberi. Sesuai dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-imran ayat 92
Bermaksud :
" Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai ( hakikat ) kebagikan dan keberkatan ( yang sempurna ) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa juga yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah S.W.T mengetahuinya ".
Apa yang boleh disedekahkan?. Semua bentuk kebaikkan, samada yang bersifat metarial atau bukan metarial asalkan halal boleh dijadikan bahan sedekah.
Rasulullah SAW bersabda :
" Semua kebaikkan adalah sedekah ".
( Riwayat al-bukhari )
Keterbatasan harta bukan menjadi halangan untuk bersedekah, sesekah dapat dilaksanakan dengan berbagai bentuk dan boleh meraih pahalanya, antaranya :
1. Sedekah dengan hati iaitu berazam dan berniat untuk melakukan kebaikkan dan kebajikan dengan apa yang dimiliki.
2. Sedekah dengan lisan seperti berzikir, berkata yang baik. Amar makruf dan nahi mungkar, mengucap salam dan lain-lain.
Sabda Rasulullah SAW :
" Perkataan yang baik adalah sedekah ".
( Riwayat al-bukhari )
3. Sedekah dengan perkatan seperti senyum, ibadat, berjalan ketempat sembahyang untuk berjemaah, bergotong-royong, menolong orang, menunjukkan jalan, memberi nafkah kepada keluarga, memberi pinjaman, menaman pokok yang mendatangkan faedah, menahan diri dari melalukan maksiat, mengajar ilmu yanh bermanfaat dan banyak lagi.
Kesimpulannya : Baik orang miskin atau kaya sama berpeluang untuk bersedekah dan meraih pahala, sesuai dengan keadaan persekitaran dan kemampuan yang dimiliki. Banyak pilihan dalam bersedekah disediakan olah islam demi untuk meraih pahala dan berkat, menghulurkan sedekah merupakan jihad.
" Allah S.W.T melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk ( yang tidak turun berperang kerana uzur ) dengan satu darjat ( kelebihan ). Dan tiap-tiap satu ( dari dua golongan ini ) Allah S.W.T menjanjikan dengan balasan yang baik ( syurga ), dan Allah S.W.T melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk ( tidak turun berperang dan tidak ada sesuatu keuzuran ) dengan pahala yang amat besar".
Khutbah dua
Sidang jumaat yang diberkati!,
Dikesempatan ini, marilah kita merenung bahawa sedekah bersandarkan al-quran dan hadis, sebenarnya ia dalam bentuk harta. Ini ditekankan lagi, apabila nabi Soleh membuat contoh, bersedekahlah kamu walaupun dengan separuh daripada buah tamar, nabi menggunakan benda, ini menjelaskan bahawa sedekah dalam islam ialah harta benda tanpa menafikan sedekah dalam bentuk-bentuk lain.
Segelintir berpendapat, sekiranya sedekah itu sunat, maka pekerjaan ini boleh dibuat ataupun ditinggalkan. Apakah begitu juga amalan bersedekah?.
Ini memanglah betul, tetapi sebenarnya didalam hidup kita, kalau boleh kita hendak mencapai darjat yang paling tinggi disisi Allah S.W.T.
Hakikatnya, tawaran syurga yang Allah S.W.T berikan kepada kita itu, terdapat banyak pintu, diantaranya babul sadakah iaitu pintu sedekah. Jadi mudah-mudahan, jika sedekah ini kita dapat jadikan sebahagian satu budaya didalam kehidupan, insyaallah kita akan berpeluang masuk melalui pintu ini.
Ya Allah S.W.T , engkaulah yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam kehadratmu ya Allah S.W.T, tetapkanlah iman kami, tinggkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang,
wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa makmur dan berkat.
Khutbah Jumaat Bacaan 02 Oktober 2009
No comments:
Post a Comment