Friday, May 29, 2009

Khutbah Jumaat - 29 MEI 2009

" ARchiteCTURE for LIFE "

KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan marilah kita tanamkan dalam diri kita perasaan taqwa kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.

Firman Allah SWT. dalam Surah An-Nisa' ayat 34:

Maksudnya:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri".

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah

Minbar Jumaat pada hari ini akan membicarakan mengenai kedudukan wanita dalam Islam. Tidak ada agama di dunia ini yang memberi perhatian dan mengambil berat terhadap wanita melainkan agama Islam. Malah al-Quran sendiri menamakan salah satu dari surah-surahnya dalam Al-Quran dengan nama Surah An-Nisa' dengan maksudnya wanita. Begitu juga dalam kitab-kitab hadith terdapat satu bab yang membincangkan mengenai nasihat supaya berbuat baik terhadap wanita sebagaimana yang terdapat dalam kitab Riyadus al-Salihin oleh Imam al-Nawawi.

Sejarah merekodkan bahawa kemunculan Islam telah menghapuskan sama sekali amalan menghina dan membunuh wanita sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat jahiliah. Hadith nabi juga menyebutkan mengenai ganjaran pahala bagi sesiapa yang diuji dalam memelihara anak perempuan bahawa orang itu akan bersama dengan nabi di akhirat kelak. Kesemuanya ini membuktikan pandangan Islam yang tinggi terhadap kaum wanita.

Peraturan dan tuntutan yang digariskan oleh Islam ialah bertujuan untuk memelihara martabat dan keselamatan wanita.

Sidang Jumaat yang dihormati sekelian

Menyedari peranan wanita dalam pembinaan dan pembangunan umat Islam itu sangat penting, musuh-musuh Islam sejak dahulu lagi berusaha untuk merosakkan wanita dengan pelbagai cara dan strategi. Atas nama kebebasan mereka berusaha meracuni pemikiran wanita Islam dengan pelbagai tipudaya dan godaan supaya mereka jauh dari landasan Islam yang sebenar. Sedangkan Islam meletakkan wanita dikedudukan yang tinggi dan mulia berbanding agama-agama yang lain di dunia.Beberapa peraturan dan tuntutan yang berkaitan dengan wanita Islam adalah semata-mata untuk menjaga maruah dan kemuliaan mereka. Wanita mempunyai hak dan dan harus dilayan sesuai dengan fitrah dan kejadian mereka. Layanan istimewa ini bukan sahaja terhadap wanita Islam tetapi juga terhadap wanita bukan Islam

Al-Quran sendiri mengambarkan wanita contoh dalam al-Quran ketika mengisahkan mengenai isteri Firaun iaitu dalam Surah At-Tahrim ayat 11.

Maksudnya:

"Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman ketika ia berkata:ya tuhanku bangunlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim".

Walaupun isteri Firaun memiliki segala kemewahan di dunia, memiliki segala kemasyuran apatah lagi beliau merupakan isteri kepada raja terkuat dan digeruni pada waktu itu namun hatinya tetap beriman dan bergantung kepada Allah s.w.t.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah

Islam adalah sebuah agama yang memberi perhatian terhadap wanita sejak kecilnya, remajanya sehinggalah memasuki alam rumahtangga, kewajipan dan tanggungjawab suami terhadap mereka sehinggalah hak mereka dalam mewarisi harta pusaka.

Selain itu terdapat beberapa peraturan dan tuntutan kepada wanita Islam untuk dipatuhi demi memelihara maruah, kemuliaan dan keselamatan diri mereka. Di antaranya adalah seperti berikut:

Pertama: Wanita Islam hendaklah memelihara pandangan mereka, memelihara kemaluan mereka dan tidak menampakkan perhiasan mereka melainkan yang diharuskan sahaja.

Ini ditegaskan oleh Firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 31:

Maksudnya:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman "hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak daripadanya".

Justeru, bapa ataupun suami hendaklah memastikan perkara seperti ini difahami dan dipatuhi oleh ahli keluarga kita yang perempuan.

Kedua: Tempat yang paling baik bagi wanita ialah di rumah sebagaimana firman Allah dalam Surah Ahzab ayat 33:

Maksudnya:

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu".

Namun Islam sama sekali tidak meghalang wanita untuk bekerja mencari rezeki, memberi sumbangan tenaga dalam aktiviti kemasyarakatan, menjadi pemimpin dan seumpamanya selagi menjaga batasan dan sempadan yang ditetapkan oleh Islam. Islam juga melarang wanita berhias secara keterlaluan seperti amalan wanita zaman jahiliah. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasaei, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Mana-mana wanita yang memakai minyak wangi kemudian lalu di hadapan satu kumpulan untuk menarik perhatian mereka maka dia boleh mendorong kepada kepada perlakuan zina.

Ketiga: Islam meletakkan peraturan dan tuntutan tertentu bagi menjaga hubungan antara lelaki dan wanita. Antara peraturan yang ditetapkan oleh Islam bagi menjaga hubungan ini ialah larangan berdua-duaan antara seorang lelaki dengan wanita yang bukan mahram atau suami isteri sehingga boleh mengundang fitnah atau membawa kepada perzinaan.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Bermaksud:

"Tidak boleh seorang lelaki dengan seorang wanita bersunyian atau berdua-duaan melainkan dengan mahram".

Keempat: Larangan bermusafir seorang wanita melainkan dengan mahram.Tuntutan ini juga bukan untuk mengongkong atau menyusahkan kehidupan wanita tetapi dengan tujuan untuk menjaga dan memelihara mereka daripada sebarang ganguan daripada pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas mereka dan menjauhkan mereka daripada terjerumus ke lembah kesesatan dan kemaksiatan.

Sidang Jumaat Yang Mulia,

1. Dari sudut hubungan kekeluargaan dan rumahtangga Islam meletakkan beberapa tanggungjawab yang terletak di bahu para suami demi menjaga kemuliaan wanita antaranya:

i - Dengan berbuat baik terhadap wanita.

ii - Melarang mendera kaum wanita.

iii - Melayani wanita dengan cara terbaik.

Oleh itu marilah kita berusaha membetulkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat kita dengan kembali kepada ajaran Al-Quran dan al-Sunnah. Sedarilah bahawa wanita merupakan ujian yang paling besar bagi kaum lelaki. Justeru kita dituntut menjaga, memelihara dan menjauhkan mereka daripada sebarang perkara yang boleh merosakkan mereka. Ketinggian dan kemuliaan wanita yang digariskan oleh Islam terletak di tangan kita semua.

Bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".

Ya Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur khadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapt meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.Justeru kami pohon kehadratmu, tetapkanlah iman kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Tuesday, May 26, 2009

Architecture song UiTM

" ARchiteCTURE for LIFE "



video

Lagu senibina UiTM ni dah berusia lebih dari 20 tahun. Lagu ni dicipta semasa lecturers kami student lagi... Bayangkanlah berapa generasi dah? Lagu ni agak menyayat hati. xpercaya dengarlah sendiri n bagi komen... Ni antara pembakar semangat Architectural students UiTM (ARCHISA). Walaupun kami ada 2 kampus (Shah Alam & Seri Iskandar) tapi misi kami tetap sama di bawah satu bumbung, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA...

video

Monday, May 25, 2009

My PRACTICAL TRAINING (1st week)

" ARchiteCTURE for LIFE "
Intan Jasmine ar.chi.tect
Ar. Intan Jasmine Binti Tan Sri Ismail
(Principal Architect)


Suite 02, Unit H2 (2nd Floor), Excella Business Park
Jalan Ampang Putra, Taman Ampang Hilir
55100 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Malaysia

Tel : 03-42703881
Fax : 03-42703882
Email : jasmine ismail@yahoo.com

Established: 2002
Type: Sole Proprietorship
Services: Architecture, Interior Design & Project Management
Focus on: Individually-designed houses, management & implememtation of turnkey projects.
Office hour: 9a.m-6p.m (weekdays)
Staff: 5 members

Kak Intan (Principal Architect)
Kak Shida (Administrator)
Abang Husai (Assistant Architect)
Ain (Assistant Civil Engineer)
Imran (Technical Assistant)

Amirul Asyraf Bin Ahmad Nawir
(Undergraduate student & Future Corporate Tycoon)
2006462342
Bachelor of Science in Architecture
Universiti Teknologi MARA
Duration: 18 Mei-26 June 2009 (6 weeks)


What I have done & learned this week:

(Project A)
Double storey bungalow & sub basement with swimming pool, Kemensah Heights, Selangor
-Colour submission drawings (66pcs)
-AutoCAD (windows & doors detail)
-Colours code for building submission drawings

(Project B)
Double storey bungalow & mezzanine floor for office with swimming pool, Bukit Gita Bayu, Selangor
- Schematic Design
:Client's brief, Architect's briefs, conceptual sketches
:Layout plans
:Sections
:Elevations
:Perspectives
:Interior view

Comments: Alhamdulillah, enviro kat firm ni mcm sebuah family, bos yg sporting (Kak Intan), staff yg mesra rakyat... xtension sgt. office yg kemas n selesa... Ada kemudhn surau & pantry... Jadual xketat sgt... Yg pntg keje SIAP!!!!

Friday, May 22, 2009

Persekitaran, doa pengaruhi peribadi muslim

" ARchiteCTURE for LIFE "

ALAM persekitaran atau dalam istilah Arabnya bi'ah ialah segala sesuatu yang berada di sekelilingnya dan mengesani kehidupan seseorang, sama ada secara langsung atau tidak, dari dalam kandungan ibu hinggalah ke akhir hayat.

Dari pengertian ini, alam sekitar merangkumi kedudukan geografi atau tempat didudukinya, rumah tangga yang terdiri daripada ibu dan bapa serta anggota keluarga lain yang dinaungi, teman yang digauli serta masyarakat yang dianggotainya.


Semua unsur alam persekitaran ini mempunyai pengaruh terhadap pembentukan diri seorang insan, terutama dalam pembentukan sahsiah diri. Cuma bezanya kecil atau besar pengaruh terbabit.

Mengenai unsur tempat, Ibnu Khaldun mengemukakan pendapatnya, yang tempat tinggal mempunyai kesan dan pengaruh kepada sifat sesuatu bangsa, walaupun kesan dari faktor ini amat kecil.

Secara umum ada sunnah yang mengakui kesan dari faktor ini, seperti hadis yang bermaksud: "Hati-hati yang kasar dari sebelah timur dan amanah bagi ahli Hijaz."

Faktor ibu, ada kajian baru yang mengakui kesan dari keadaan jiwa ibu yang mengandung ke atas anak kandungannya.

Dalam kajian itu selalunya disebut mengenai pengakuan seorang ahli fikir barat Tomes Hobbs. Sifat yang berduka itu ada kaitannya dengan keadaan jiwa ibunya yang ketakutan ketika kapal tentera Sepanyol, Armada menuju ke pantai.

Kes seperti ini berlaku di kalangan masyarakat umum.

Di antara yang disebut ialah 'kenan'. Dari petunjuk sunnah, Islam mengakui kesan dari faktor kandungan ibu.

Rasulullah mengajar umatnya supaya memulakan dengan doa ketika berhubung mesra bersama isteri, memohon tidak bercampur dengan syaitan, yang dinaskan al-Quran, sentiasa mencampuri urusan umat.

Jika ditakdirkan mendapat keturunan, Rasulullah menjamin si anak terselamat dari penguasaan syaitan.

Doa Rasulullah kepada anak Abdullah bin Abu Talhah yang masih di dalam kandungan ibunya. Doa dari Rasulullah adalah keberkatan kepada si anak dan memberikan ketenangan hati kepada kedua-dua ibu bapanya.

Demikianlah kita mendoakan anak sejak masih di dalam kandungan atau meminta dari orang yang soleh supaya mendoakannya.

Faktor keluarga. Selepas kelahiran bayi, keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan yang lain adalah faktor lebih penting daripada yang disebutkan.

Kajian psikologi kanak-kanak memperlihatkan betapa besarnya kesan keluarga. Sifat suka meniru pada kanak-kanak adalah jalan awal yang terpenting dalam proses pembelajaran pada peringkat kanak-kanak.

Jika jalan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh keluarga dalam mendidik dan membentuk akhlak kanak-kanak, sudah pasti akan memberikan hasil yang amat berkesan, malah pembentukan pada peringkat ini akan terukir pada jiwa yang kesannya akan dirasai ketika dewasa kelak.

Dari keluarga, kanak-kanak akan mempelajari hubungan masyarakat paling awal, seperti menghormati dan mematuhi kepada yang lebih tua, menyayangi lebih kecil, menghargai pendapat orang lain dan membantu yang lemah.

Bermula dari keluarga juga kanak-kanak mempelajari adat resam yang baik dan asas agamanya, bahkan mempelajari perkara yang betul lagi bermanfaat dan meninggalkan yang salah.

Ini sekali gus menjelaskan ibu bapa sangat rapat dengan anak dan pengaruhnya sudah tentu sangat besar ke atas pembentukan jiwa dan akhlak anak terbabit. Sehubungan ini Imam al-Ghazali ada berkata:

"Kanak-kanak adalah amanah Allah kepada kedua-dua ibu bapa. Hatinya yang masih bersih adalah mutiara yang berharga, yang sedia menerima untuk dibentuk dan digilap."

Hadis Rasulullah bermaksud: "Setiap anak itu dilahirkan atas fitrah, maka kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi..."

Iman boleh cegah jahiliah moden

" ARchiteCTURE for LIFE "
Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh




ANAK adalah pewaris dan penyambung keturunan. Tetapi anak sebenarnya bukan milik kita, sebaliknya anugerah Allah.

Ada yang berusaha untuk mendapat anak tetapi tidak juga mendapatnya. Ada yang tidak hendak anak tetapi dapat pula dan bila dah tak nak anak dibuangnya pula anak itu.


Memang zalim mereka yang buang anak. Mereka buang sebab cara mendapatnya yang tidak betul, dengan berzina.

Perbuatan zalim ini tidak akan berhenti dengan perbuatan terkutuk selagi ada manusia bertopengkan syaitan yang tidak pernah insaf daripada noda yang dilakukan.

Selepas berseronok melakukan hubungan zina yang diharamkan, mereka melakukan pembunuhan kejam. Malah, bagi mereka buang bayi tidak ubah seperti buang sampah yang sudah busuk dan tidak lagi diperlukan.

Amalan hina itu lebih buruk daripada binatang dijadikan Allah dengan rasa kasih sayang dan belas kasihan terhadap darah daging sendiri.

Bimbang malu atas keterlanjuran tidak boleh sama sekali dijadikan alasan untuk membunuh nyawa yang tidak berdosa. Malah, keadaan itu mendedahkan pelaku kepada jenayah membunuh dengan sengaja lalu mengundang kemurkaan Allah.

Masyarakat Arab jahiliah sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pernah membunuh anak perempuan kerana malu dan dianggap tidak setanding dengan anak lelaki yang gagah dan boleh diajar berperang.

Hal ini dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: "Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (berasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (dia beroleh anak perempuan sambil dia berfikir), adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup di dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu." (Surah al-Nahl, ayat 58-59)

Tetapi kini, kejahatan manusia melampau naluri semula jadi seorang ibu yang sepatutnya menjadi belas serta sayang terhadap anak dilahirkan.

Jantina bayi tidak lagi menjadi perhitungan, malah jika yang lahir pondan sekalipun, mahu dibuang atau dibunuh tetap akan dilakukan.

Ada dibuang di dalam lubang tandas, ditinggalkan di tepi semak, tempat pembuangan sampah, dicampak ke dalam longkang dan terbaru seorang bayi seberat 3.05 kilogram ditemui ditinggalkan semalaman di perhentian bas sehingga dikerumuni ribuan semut.

Manusia jenis apakah tergamak melakukan perbuatan keji seperti itu? Sungguh ia perlakuan manusia dirasuk iblis hingga akal tidak lagi dapat berfungsi dengan sempurna.

Setiap kali isu itu dibangkitkan pelbagai pihak tampil memberikan cadangan, tetapi hingga kini masih belum ada jalan penyelesaian.

Oleh itu, punca masalah perlu terlebih dulu dikenal pasti bagi mencari penawar untuk mengubati penyakit masyarakat yang sudah lama menjadi barah.

Pergaulan bebas tanpa batasan, keinginan muda-mudi berseronok, terpedaya dengan pujukan pasangan, kurang perhatian dan kasih sayang ibu bapa, tidak melaksanakan perintah agama antara punca amalan tidak bermoral berterusan.

Bagi membendung jenayah ini, golongan muda-mudi Islam dinasihatkan kembali ke jalan benar. Mereka wajib kembali kepada beramal dengan ajaran al-Quran dan sunnah Rasul-Nya.

Setiap Muslim diingatkan supaya sentiasa menunaikan solat dan tidak mengabaikannya. Semoga ia mampu menjadi benteng serta pelindung kepada pelakuan dosa.

Allah berfirman maksudnya: "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Ibu bapa pula diingatkan supaya tidak terlalu leka mengejar kemewahan dunia yang sementara menyebabkan tanggungjawab mendidik anak terabai.

Walaupun kemungkinan anak tidak lagi tinggal serumah apabila sudah bekerja, ibu bapa seharusnya tahu tempat tinggal, rakan dan tempat bekerja mereka. Dengan itu, anak akan berasa keprihatinan ibu bapa walaupun berjauhan.

Selain itu, pesta hiburan sehingga lewat malam yang menjurus kepada pergaulan bebas tanpa sempadan juga hendaklah dihentikan.

Stesen televisyen juga disaran mematuhi garis panduan penayangan filem dengan menghentikan filem berunsur lucah dan ganas daripada tayangan umum.

Seterusnya, marilah bersama menyumbang dengan melaksanakan kerja menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk kebaikan semua.

Budaya tegur-menegur dan saling nasihat-menasihati perlu menjadi amalan dalam masyarakat supaya amalan buruk jahiliah moden ini dapat dibanteras.

5 jenis SABAR

" ARchiteCTURE for LIFE "

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.


Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:


  • Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.


  • Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.


  • Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

    5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

    Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.

  • Khutbah Jumaat - 22 MEI 2009

    " ARchiteCTURE for LIFE "
    "KEWAJIPAN MENTAATI DAN MEMBALAS JASA IBU"
    Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Marilah sama-sama kita bersungguh-sungguh dan berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan sentiasa mematuhi dan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita memperolehi kesejahteraan dan kerahmatan dari Allah dalam menjalani kehidupan kita di dunia dan akhirat.

    Firman Allah dalam Surah Al-Isra' ayat 23:

    Maksudnya:

    "Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun seperti perkataan "ah" adalah tidak dibenarkan dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun)".

    Dalam Islam kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan tuntutan tersebut adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan . Ini kerana setiap permulaan kehidupan manusia adalah bermula dengan kelahiran dari seorang ibu. Oleh itu, Islam memandang serius hukum dan adab berkaitan hubungan anak dengan seorang ibu .

    Kita diperintahkan untuk sentiasa melakukan kebaikan , berlemah lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun terhadap mereka. Lantaran itu juga kita diharamkan dan dilarang keras untuk melakukan kekasaran terhadap mereka samada dengan perbuatan mahupun percakapan hatta dengan perkataan "ah" sekalipun tidak di benarkan memandangkan perkataan menyanggah seperti tersebut menunjukkan tanda ingkar atau membenci terhadap tindakan mereka.

    SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN

    Islam memandang berat pengorbanan seorang ibu kerana merujuk kepada kepayahan dan kesusahan mereka ketika mengandungkan kita, membesar, memelihara dan mendidik kita sehingga kita mampu berdikari.

    Firman Allah dalam Surah Lukman ayat 14:

    Maksudnya:

    "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kepada ku dan kedua ibu bapamu dan ingatlah kepad Aku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan".

    Pengorbanan mereka adalah pengobanan yang cukup besar. Maka atas dasar itulah Islam menggandingkan tanggungjawab mentaati ibubapa mengiringi persoalan mentauhidkan Allah.

    Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 36:

    Maksudnya

    "Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua pun dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang yang bermusafir dalam kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan suka membangga diri".

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Perintah untuk menyembah Allah dan larangan mensyirikkanNya diikuti dengan berbuat baik dengan kedua ibu bapa adalah menunjukkan begitu rapatnya hubungan antara persoalan taat kepada Allah dan taat kepada kedua ibu bapa. Namun dewasa ini, terdapat dikalangan anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibubapa mereka. Mereka tidak mempedulikan nasib ibu bapa, jarang bertanya khabar tentang sakit pening mereka, kurang prihatin terhadap kesusahan mereka. Bahkan, terdapat juga di kalangan kita menambah bebanan kepada ibu bapa seperti menyuruh menjaga cucu, menjadi pembantu rumah bahkan ada yang sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua dan mengabaikannya.

    Ingatlah bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda:

    Bermaksud:

    "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa".

    Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan untuk menghantar ibubapa dengan kerelaan mereka sendiri untuk menginap di premis-premis atau rumah jagaan yang dikhususkan untuk mengikuti program-program yang telah disediakan seperti aktiviti-aktiviti ilmiah dan ibadah untuk warga emas. Oleh itu masyarakat setempat perlulah mengambil inisiatif terbaik dengan mewujudkan tempat-tempat pengajian bagi orang-orang tua seperti manayang terdapat di beberapa kawasan di negeri Selangor ini.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian

    Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa kita, lebih lebih lagi terhadap ibu. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

    Maksudnya :

    "Muawiyah bin Haidah Al-Qusairi telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Siapakah orang yang paling patut untuk aku berbuat baik?. Baginda menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Baginda menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Baginda menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Baginda menjawab: Bapa Mu, seterusnya orang yang paling hampir denganmu" .

    Menurut maksud Hadis tersebut pengulangan lafaz ibumu menunjukkan tentang ketinggian martabat seorang ibu tanpa menafikan hakikat dan tanggung jawab seorang ayah.

    Dalam kita mengenang jasa ibu sempena kita menyambut hari ibu setiap tahun marilah sama-sama kita bermuhasabah dan berikrar untuk sentiasa menyayangi dan menjaga hubungan baik dengan ibu kita. Berusahalah agar kita tidak menyakiti hati ibu kita yang selama ini entah berapa kali kita telah menyakiti dan menyentuh hati dan perasaan mereka. Ingatlah, perbuatan menyakiti hati seorang ibu adalah merupakan dosa yang cukup besar. Berjanjilah kita bahawa kita akan menjadi anak yang tidak menderhaka kepada kedua ibu bapa kita.

    Adalah sesuatu yang amat mengecewakan kita pada hari ini apabila ada sebahagian anak-anak tidak lagi hormat kepada ibu-bapa, berani memaki hamun apabila tidak mendapat apa yang dihajati malah lebih dahsyat sanggup melakukan jenayah seperti memukul, sepak terajang bahkan lebih dahsyat hingga sanggup membunuh ibu-bapa sendiri. Ini adalah tanda jiwa mereka sudah tandus daripada keimanan bahkan jiwa mereka sebenarnya telah dikuasai oleh syaitan.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian.

    Di antara amalan yang diajar oleh Islam untuk kita membalas jasa ibu bapa adalah dengan kita mendoakan kesejahteraan ke atas mereka.

    Disamping itu, kita hendaklah sentiasa mengunjungi dan menziarahi mereka serta menghulurkanlah bantuan dan kewangan. Sentiasalah kita bertanya khabar dan prihatin tentang kesihatan mereka. Sebagai anak maka kita hendaklah sentiasa mendahulukan keutamaan ibu dari orang lain.

    Marilah kita mengambil iktibar peristiwa yang pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w. iaitu kisah seorang pemuda bernama Al-Qamah yang lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akibatnya, ketika saat kematiannya al-Qamah tidakmampu untuk mengucap kalimah syahadah sehinggalah ibunya memaafkan kesalahan al-Qamah. Akhirnya, barulah al-Qamah dapat menghembuskan nafasnya dengan penuh tenteram.

    Mahukah peristiwa tersebut terjadi kepada diri kita?. Semoga kita tidak termasuk dari golongan yang menderhakai kedua ibu bapa kita

    Firman Allah dalam surah Al-Isra' : 24)

    Maksudnya :

    "Dan Hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana kasihan belas dan kasih sayang Mu dan Doakanlah untuk mereka dengan berkata : Wahai tuhan kami cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".

    Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya Negeri Selangor, sebagai Negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadratmu Ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat suburkanlah jiwa kami dengan budaya pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit , persengketaan , kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian Negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

    Khutbah Jumaat - 15 MEI 2009

    " ARchiteCTURE for LIFE "
    GURU PEMBINA NEGARA DAN BANGSA
    Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

    SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

    Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada ALLAH s.w.t dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada ALLAH s.w.t dan memperbanyakkan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat kelak.

    KAUM MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T.

    Bersempena Sambutan Hari Guru yang diadakan saban tahun diseluruh negara, mimbar jumaat pada hari ini ingin menyingkap resepi kejayaan para guru melahirkan insan cemerlang, seterusnya dapat membina sebuah negara menuju kearah kemakmuran dan keberkatan disisi ALLAH S.W.T. Guru adalah ibarat lilin yang menerangi kegelapan diwaktu malam, sanggup berkonban masa dan tenaga demi mendidik anak-anak bangsa menjadi insan berguna, rela pula mengenepikan kepentingan diri sendiri demi memastikan kejayaan anak-anak didiknya dimasa hadapan. Guru juga adalah merupakan insan pendidik yang tidak pernah kenal erti penat dan jemu, sentiasa berusaha memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak didiknya dan tidak pula berputus asa dengan kegagalan yang mereka hadapi. Inilah kerjaya dan rutin harian seorang guru.

    SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T.

    Guru merupakan asas utama kepada pembinaan negara dan bangsa. Tanpa didikan guru, maka akan pincanglah perjalanan sebuah takbir urus negara dan akan rosaklah bahasa yang dipimpin.Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kejayaan sesebuah bangsa dan negara adalah juga merupakan kejayaan seorang guru dalam mendidik pada hari ini kita dapat melihat pemimpin-pemimpin negara kita dapat mentakbir negara dengan baik.Pada hari ini juga kita dapat melihat para 'engineer' dan arkitek kita mampu membina kemajuan dengan terdirinya bangunan-bangunan pencakar langit dan segala bentuk pembangunan dan lain-lain.Tidak kurang juga para cendiakawan kita yang mendapat pengitirafan dalam dan luar negara kerana sesuatu kejayaan yang mereka tempuhi.Kesemua itu adalah bermula dari didikan seseorang insan yang bernama guru.Faktor kejayaan seorang guru atau pendidikan didalam mendidik anak bangsa banyak bergantung kepada beberapa perkara antaranya:

    Pertama: meletakkan sifat ikhlas sebagai keutamaan didalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didikannya.Sifat ikhlas mempunyai pengaruh yang amat besar didalam amalan dan gerak kerja seharian manusia semudah amalan-amalan peribadi yang berhubung kait dengan orang lain. Sekiranya sifat ikhlas itu tidak , maka sudah akan timbul pula sifat-sifat mazmumah dikalangan guru seperti riak,hasad dengki,taksub dengan pendapat diri sendiri,tiada sifat tawaduk dengan ilmu yang dimilikinya dan lain-lain lagi.

    Kedua: meletakkan matlamat untuk melahirkan insan rabbani.Untuk mencapai matlamat itu,guru itu sendiri dari guru sifat-sifat rabbani iaitu dengan sifat ketaatan,pengabdian dari dan k terhadap syariat allah s.w.t disamping sifat2 mahmudah yang lain. Guru yang telah memiliki sifat-sifat ini secara tidak langsung akan memberi kesan mendalam didalam ucapan dan tingkah-lakunya ketika berhadapan dengan anak-anak didiknya. Seterusnya ia akan dijadikan contoh terbaik untuk di dan dapat pula menunaikan sifat-sifat rabbani didalam diri anak-anak didiknya.Sebaliknya,tanpa memiliki sifat-sifat itu,sudah pasti matlamat tarbiah islamiah itu tidak akan dapat dicapai sepenuhnya.Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Imran ayat 79:

    "Tidaklah patut bagi seorang manusia yang allah berikan kepadanya kitab dan kenabian,kemudia ia tergamak mengatakan kepada orang ramai:"Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan dengan perbuatan menyembah Allah".Tetapi (sepatutnya ia berkata):"Hendaklah kamu menjadikan orang-orang rabbani (orang yang hanya menyembah Allah S.W.T dengan ilmu dan amal yang sempurna),kerana kamu sentiasa menjadi insan Allah itu,dan kerana kamu selalu mempelajarinya".

    Ketiga: mengutamakan kesuburan didalam meyampaikan ilmu dan segala maklumat kepada anak-anak didikannya.Seorang guru perlu sabar dan tabah menghadapi segala bentuk kerenah anak-anak didikannya.Ini adalah kerana setiap manusia tidak memilki terhadap kemampuan yang sama ketika melalui suatu proses pembelajaran. Dalam masa yang sama, sikap sebilangan pelajar yang acuh tak acuh didalam pelajarannya juga merupakan suatu cabaran besar kepada guru. Jesteru, sifat sabar inilah yang amat diperlukan didalam diri setiap guru. Rasullullah S.A.W adalah merupakan seorang nabi dan guru yang patut dicontohi. Kesabaran baginda s.a.w didalam menyampaikan risalah dakwah kepada umat manusia telah menghasilkan suatu kejayaan yang tidak dapat ditandingi oleh orang lain.

    SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T

    Keempat: seorang guru haruslah menjadikan dirinya sebagai contoh teladan yang baik kepada anak-anak didiknya. Percakapan seorang guru samada berbentuk nasihat, pengajaran atau sebagainya haruslah disusuli dengan perbuatanya. Ini adalah kerana guru merupakan 'role' model kepada anak-anak didiknya. Setiap gerak-geri dan perlakuan guru dihadapan anak-anak didiknya sudah pasti akan diperhatikan oleh mereka. Sekiranya perlakuan itu menyalahi diri apa yang diucapkannya, maka ini akan menimbulkan persepsi yang tidak baik dikalangan anak-anak didiknya. Seterusnya perkara ini akan menimbulkan kesan jangka panjang yang negatif dalam aspek pembinaan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara kita. Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Saff ayat 2 dan 3:

    Maksudnya:

    "Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!. Amat besar kebenciannya disisi Allah bahawa kamu mampu katakan sesuatu yang kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya".

    Kelima: seorang guru berlaku adil dikalangan anak-anak didiknya.

    Tidak melebih-lebihkan atau membeza-bezakan diantara satu dengan yang lain kecuali pada perkara-perkara yang sepatutnya. Sikap adil, apabila telah ditanamkan kedalam jiwa anak-anak didik kita, sudah pasti akan dapat melahirkan generasi pimpinan yang dapat menjalankan tanggungjawab secara jujur dan amanah. firman Allah S.W.T didalam surah Al-Ma'idah ayat 8:

    Maksudnya:

    "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum iaitu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan".

    Selain daripada itu,guru juga mempunyai tanggungjawab dan berperanan melindungi anak-anak didiknya dari terpengaruh dengan budaya-budaya negatif yang telah menular didalam masyarakat kita pada hari ini.Keagaraban,kemesraan,dan perhatian yang diberikan guru kepada anak-anak didiknya akan memudahkan tugas mereka membentuk generasa ini mengikut acuan yang mereka kehendaki.Sikap seperti inilah juga yang telah dianjurkan oleh dianjurkan oleh Rasulluh S.A.W kepada umatnya ketika mendidik anak-anak mereka.

    Sidang jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.

    Demikianlah beberapa sifat terpuji yang dimiliki oleh kaum guru.Sifat-sifat seperti ini memang amat jarang didapati didalam bidang-bidang pekerjaan yang lain.Sifat-sifat yang terpuji yang dibawa oleh para guru ini sebenarnya memberikan kesan yang amat besar didalam pembentukkan bangsa dan negara.Justeru itu, sumbangan mereka dipersada pendidikan negara seharusnya mendapat penghormatan yang sebaik-baiknya.

    Apa yang kita dapati sejak kebelakang ini, pelbagai persepsi negatif yang telah yang dilontarkan kepada guru.Ada yang beranggapan guru masa ini tidak seperti guru zaman dahulu, suka mengeluarkan kata-kata lucah, suka mendera dan sebagainya.Hakikatnya kes-kes seperti ini hanyala merupakan isu-isu pinggiran yang sengaja diperbesar-besarkan kerana kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu.Apa yang pasti, kejayaan yang dicapai oleh guru didalam melahirkan insan-insan cemerlang amat banyak sekali.Justeru, adalah tidak adil bila sedikit kesilapan mereka diseret kemukan pengadilan dan kejayaan mereka mendidik anak bangs tidak mendapat pengitirafan yang sewajarnya.

    Oleh itu, marilah kita bersama mengembalikan semula darjat kemulian kaum guru serta menangkis segala dakyah yang boleh merosakkan imej mereka.Berterima kasihla kita kepada kaum guru yang telah memberikan pengorbanan yang tidak terkira yang mana dengan pengorbanan mereka itu, kita dapat berada pada kedudukan yang amat selesa pada hari ini.

    Maksudnya:

    Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhikan perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang islam (Yang berserah bulat-bulat kepada allah)!"

    Sidang jumaat yang dikasih,

    Guru yang mampu membina negara dan bangsa guru yang dapat menyalurkan sifat-sifat ikhlas, melahirkan insan rabbani, menjadi contoh yang baik dan adil untuk dihayati oleh anak didik mereka.Pendidikan yang diberikan memberi pengaruh yang amat besar dari sudut keperibadian kepada generasi pemimpin didalam mentakbir sebuah negara.

    Ya Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur khadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapt meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.Justeru kami pohon kehadratmu, tetapkanlah iman kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

    Wednesday, May 20, 2009

    KELEBIHAN lelaki & wanita

    " ARchiteCTURE for LIFE "

    Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baikpahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Suami tak sepatutnya bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin, tapi boleh berbincang menggunakan duit isteri bagi tujuan sepatutnya. Banyak lagi tanggungjawab lelaki, lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kenatahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulahkira-kiranya. WANITA Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara Isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula,tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ... . Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki... kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin... maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik- baiknya... supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

    KEAJAIBAN dunia ketika kelahiran RASULULLAH

    " ARchiteCTURE for LIFE "

      Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

        Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

        Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

        Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

        1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

        2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

        3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

        Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.

        Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

        Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

        Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

        Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

        Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

        Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

        Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

        Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

        Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

        Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

        Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

        Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

        Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

        Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

        Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

        Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

        Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

        Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

        Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

        Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

        Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

        Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

        Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

        Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

        Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

        Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

        Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

        Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

        Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

        Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

        Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

        hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

        Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

        Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

        Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

        - ANISAH BAHYAH HJ. AHMAD, Pensyarah di Kolej Poly-tech MARA, Batu Pahat, Johor.

        apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga.fikir-fikirkanlah.

    JARAK Dunia & Akhirat

    " ARchiteCTURE for LIFE "

    Jabir bin Abdullah berkata, "Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah SAW maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih.

    Lalu dia menghampiri Rasulullah SAW dengan berkata: "Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu?"

    Maka Rasulullah SAW pun bersabda,"Dunia itu adalah impian orang yang tidur."

    Bertanya orang itu lagi, "Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah SAW?"

    Bersabda Rasulullah SAW, "Satu kumpulan manusia yang berada didalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada didalam Neraka Sa'ir."

    Orang itu bertanya lagi, "Apakah Syurga itu?"

    Bersabda Rasulullah SAW, "Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini."

    Bertanya orang itu lagi, "Apakah Jahanam itu?"

    Maka bersabda Rasulullah SAW, "Jahanam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya."

    Bertanya orang itu lagi, "Siapakah sebaik-baik umat ini?"

    Bersabda Rasulullah SAW, "Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah SWT."

    Orang itu bertanya lagi, "Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?"

    Bersabda Rasulullah SAW, "Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah."

    Orang itu bertanya lagi, "Seberapakah ketentuan taat itu?"

    Bersabda Rasulullah SAW, "Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah."

    Bertanya orang itu lagi, "Berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat?"

    Bersabda Rasulullah SAW, "Hanya sekadar memejamkan mata sahaja."

    Jabir melanjutkan ceritanya, "Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu selepas itu."

    Rasulullah SAW bersabda, "Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibrail as, dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat.

    Bersabda Rasulullah SAW lagi, "Sesungguhnya Allah SWT tidak mencipta makhluknya yang lebih dibenci selain dunia, bahkan dia (Allah) tidak melihatnya sejak menciptakannya."

    Dunia ini adalah satu alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya juga akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yang kekal.
    Gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat, janganlah kita menjadi orang bodoh, sebab orang yang bodoh hnya suka mengejar dunia. Seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan dunia.

    Golongan yang SELAMAT

    " ARchiteCTURE for LIFE "

    1. Allah berfirman:


    "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai." (Ali Imran: 103)


    "Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah. Iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka." (Ar-Ruum: 31-32)



    2. Nabi bersabda yang bermaksud:


    "Aku wasiatkan padamu agar engkau bertakwa kepada Allah, patuh dan taat, sekalipun yang memerintahmu seorang budak Habsyi. Sebab barangsiapa hidup (lama) di antara kamu tentu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Kerana itu, berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah khulafa'ur rasyidin yang (mereka itu) mendapat petunjuk. Pegang teguhlah ia sekuat-kuatnya. Dan hati-hatilah terhadap setiap perkara yang diada-adakan, kerana semua perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, sedang setiap bid'ah adalah sesat (dan setiap yang sesat tempatnya di dalam Neraka)." (HR. Nasa'i dan At-Tirmizi, ia berkata hadis hasan shahih).



    3. Dalam hadis yang lain Nabi bersabda yang bermaksud:


    "Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahli kitab telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, tujuh puluh dua golongan tempatnya di dalam Neraka dan satu golongan di dalam Syurga, iaitu al-jama'ah." (HR. Ahmad dan yang lain. Al-Hafidh menggolongkannya hadis hasan)



    4. Dalam riwayat lain disebutkan yang bermaksud:


    "Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka, kecuali satu (iaitu) yang aku dan para sahabatku meniti di atasnya." (HR. At-Tirmizi, dan dihasan-kan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' 5219)



    5. Ibnu Mas'ud meriwayatkan yang bermaksud:


    "Rasulullah membuat garis dengan tangannya lalu bersabda, 'Ini jalan Allah yang lurus.' Lalu beliau membuat garis-garis di kanan kirinya, kemudian bersabda, 'Ini adalah jalan-jalan yang sesat tak satu pun dari jalan-jalan ini kecuali di dalamnya terdapat syaitan yang menyeru kepadanya. Selanjutnya beliau membaca firman Allah yang bermaksud, 'Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus maka ikutilah dia janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa." (Al-An'am: 153) (Hadis shahih riwayat Ahmad dan Nasa'i)



    6. Syaikh Abdul Kadir Jailani dalam kitabnya Al-Ghunyah berkata, "... adapun Golongan Yang Selamat iaitu Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Dan Ahlus Sunnah, tidak ada nama lain bagi mereka kecuali satu nama, iaitu Ashhabul Hadis (para ahli hadis)."



    7. Allah memerintahkan agar kita berpegang teguh kepada Al-Quranul Karim. Tidak termasuk orang-orang musyrik yang memecah belah agama mereka menjadi beberapa golongan dan kelompok. Rasulullah SAW mengkhabarkan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani telah berpecah belah menjadi banyak golongan, sedang umat Islam akan berpecah lebih banyak lagi, golongan-golongan tersebut akan masuk Neraka kerana mereka menyimpang dan jauh dari Kitabullah dan Sunnah NabiNya. Hanya satu Golongan Yang Selamat dan mereka akan masuk Syurga, iaitu Al-Jamaah, yang berpegang teguh kepada Kitab dan Sunnah yang shahih, di samping melakukan amalan para sahabat dan Rasulullah SAW.


    Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan yang selamat (Firqah Najiyah). Dan semoga segenap umat Islam termasuk di dalamnya.





    MANHAJ (JALAN) GOLONGAN YANG SELAMAT





    1. Golongan Yang Selamat ialah golongan yang setia mengikuti manhaj Rasulullah SAW dalam hidupnya, serta manhaj para sahabat sesudahnya.


    Iaitu Al-Quranul Karim yang diturunkan Allah kepada RasulNya, yang beliau jelaskan kepada para sahabatnya dalam hadis-hadis shahih. Beliau memerintahkan umat Islam agar berpegang teguhkepada keduanya:


    "Aku tinggalkan kepadamu dua perkara yang kalian tidak akan tersesat apabila (berpegang teguh) kepada keduanya, iaitu Kitabullah (AlQuran) dan Sunnahku (Hadis). Tidak akan bercerai-berai sehingga kedua-nya menghantarku ke telaga (Syurga)." (Dishahihkan Al-Albani dalam kitab Shahihul Jami')



    2. Golongan Yang Selamat akan kembali (merujuk) kepada Kalamullah dan RasulNya tatkala terjadi perselisihan dan pertentangan di antara mereka, sebagai realisasi dari firman Allah yang bermaksud:


    "Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (An-Nisa': 59)


    "Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (An-Nisa': 65)



    3. Golongan Yang Selamat tidak mendahulukan perkataan seseorang atas Kalamullah dan RasulNya, realisasi dari firman Allah yang bermaksud:


    "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Hu-jurat: 1)


    Ibnu Abbas berkata:


    "Aku mengira mereka akan binasa. Aku mengatakan, 'Nabi bersabda, sedang mereka mengatakan, 'Abu Bakar dan Umar berkata'." (HR. Ahmad dan Ibnu 'Abdil Barr)



    4. Golongan Yang Selamat senantiasa menjaga kemurnian tauhid.


    Mengesakan Allah dengan beribadah, berdoa dan memohon pertolongan �baik dalam masa sulit mahupun lapang�, menyembelih korban, bernazar, tawakkal, berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan berbagai bentuk ibadah lain yang semuanya menjadi dasar bagi tegaknya Daulah Islamiyah yang benar. Menjauhi dan membasmi berbagai bentuk syirik dengan segala simbol-simbolnya yang banyak ditemui di negara-negara Islam, sebab hal itu merupakan konsekuensi tauhid. Dan sungguh, suatu golongan tidak mungkin mencapai kemenangan jika ia meremehkan masalah tauhid, tidak membendung dan memerangi syirik dengan segala bentuknya. Hal-hal di atas merupakan teladan dari para rasul dan Rasul kita Muhammad Sallahu alihi Wassalam.



    5. Golongan Yang Selamat senang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW, baik dalam ibadah, perilaku dan dalam segenap hidupnya Kerana itu mereka menjadi orang-orang asing di tengah kaum-nya, sebagaimana disabdakan oleh Nabi yang bermaksud:


    "Sesungguhnya Islam pada permulaannya adalah asing dan akan kembali menjadi asing seperti pada permulaannya. Maka keuntungan besar bagi orang-orang yang asing." (HR. Muslim)



    Dalam riwayat lain disebutkan yang bermaksud:


    "Dan keuntungan besar bagi orang-orang yang asing. Iaitu orang-orang yang (tetap) berbuat baik ketika manusia sudah rosak." (Al-Albani berkata, "Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Amr Ad-Dani dengan sanad shahih")



    6. Golongan Yang Selamat tidak berpegang kecuali kepada Kalamullah dan Kalam RasulNya yang maksum, yang berbicara dengan tidak mengikuti hawa nafsu.


    Adapun manusia selainnya, betapapun tinggi darjatnya, terkadang ia melakukan kesalahan, sebagaimana sabda Nabi Sallahu alihi Wassalam yang bermaksud:


    "Setiap bani Adam (pernah) melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat." (Hadis hasan riwayat Imam Ahmad)


    Imam Malik berkata, "Tak seorangpun sesudah Nabi melainkan ucapannya diambil atau ditinggalkan (ditolak) kecuali Nabi (yang ucapannya selalu diambil dan diterima)."




    7. Golongan Yang Selamat adalah para ahli hadis.


    Tentang mereka Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


    "Sentiasa ada segolongan dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka sehingga datang keputusan Allah." (HR. Muslim)


    Seorang penyair berkata, "Ahli hadis itu, mereka ahli (keluarga) Nabi Sallahu alihi Wassalam, sekalipun mereka tidak bergaul dengan Nabi Sallahu alihi Wassalam, tetapi jiwa mereka bergaul dengannya.



    8. Golongan Yang Selamat menghormati para imam mujtahidin, tidak fanatik terhadap salah seorang di antara mereka.



    Golongan Yang Selamat mengambil fiqih (pemahaman hukum-hukum Islam) dari Al-Quran, hadis-hadis yang shahih, dan pendapat-pendapat imam mujtahidin yang sejalan dengan hadis shahih. Hal ini sesuai dengan wasiat mereka, yang menganjurkan agar para pengikutnya mengambil hadis shahih, dan meninggalkan setiap pendapat yang bertentangan dengannya.




    9. Golongan Yang Selamat menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.




    Mereka melarang segala jalan bid'ah dan cabang-cabang yang menghancurkan serta memecah belah umat. Baik bid'ah dalam hal agama mahupun dalam hal sunnah Rasul dan para sahabatnya.




    10. Golongan Yang Selamat mengajak seluruh umat Islam agar berpegang teguh kepada sunnah Rasul dan para sahabatnya.




    Sehingga mereka mendapatkan pertolongan dan masuk Syurga atas anugerah Allah dan syafa'at Rasulullah Sallahu alihi Wassalam �dengan izin Allah�.




    11. Golongan Yang Selamat mengingkari peraturan perundang-undangan yang dibuat oleh manusia apabila undang-undang tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.


    Golongan Yang Selamat mengajak manusia berhukum kepada Kitabullah yang diturunkan Allah untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat. Allah Maha Mengetahui sesuatu yang lebih baik bagi mereka. Hukum-hukumNya abadi sepanjang masa, cocok dan relevan bagi penghuni bumi sepanjang zaman.



    Sungguh, sebab kesengsaraan dunia, kemerosotan, dan mundurnya khususnya dunia Islam, adalah kerana mereka meninggalkan hukum-hukum Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW. Umat Islam tidak akan jaya dan mulia kecuali dengan kembali kepada ajaran-ajaran Islam, baik secara peribadi, kelompok mahupun secara pemerintahan. Kembali kepada hukum-hukum Kitabullah, sebagai realisasi dari firmanNya yang bermaksud:


    "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Ra'ad: 11)



    12. Golongan Yang Selamat mengajak seluruh umat Islam berjihad di jalan Allah.



    Jihad adalah wajib bagi setiap Muslim sesuai dengan kekuatan dan kemampuannya. Jihad dapat dilakukan dengan:


    Pertama, jihad dengan lisan dan tulisan: Mengajak umat Islam dan umat lainnya agar berpegang teguh dengan ajaran Islam yang shahih, tauhid yang murni dan bersih dari syirik yang ternyata banyak terdapat di negara-negara Islam. Rasulullah SAW telah memberitakan tentang hal yang akan menimpa umat Islam ini. Beliau bersabda yang bermaksud:



    "Hari Kiamat belum akan tiba, sehingga kelompok-kelompok dari umatku mengikuti orang-orang musyrik dan sehingga kelompok-kelompok dari umatku menyembah berhala-berhala." (Hadis shahih, riwayat Abu Daud, hadis yang semakna ada dalam riwayat Muslim)



    Kedua, jihad dengan harta: Menginfakkan harta buat penyebaran dan peluasan ajaran Islam, mencetak buku-buku dakwah ke jalan yang benar, memberikan santunan kepada umat Islam yang masih lemah iman agar tetap memeluk agama Islam, memproduksi dan membeli senjata-senjata dan peralatan perang, memberikan bekal kepada para mujahidin, baik berupa makanan, pakaian atau keperluan lain yang diperlukan.


    Ketiga, jihad dengan jiwa: Bertempur dan ikut serta di medan peperangan untuk kemenangan Islam. Agar kalimat Allah ( Laa ilaaha illallah) tetap JAYA sedang kalimat orang-orang kafir (syirik) menjadi hina. Dalam hubungannya dengan ketiga perincian jihad di atas, Rasulullah SAW mengisyaratkan dalam sabdanya yang bermaksud:


    "Perangilah orang-orang musyrik itu dengan harta, jiwa dan lisanmu." (HR. Abu Daud, hadis shahih)



    Adapun hukum jihad di jalan Allah adalah:


    Pertama, fardhu 'ain: Berupa perlawanan terhadap musuh-musuh yang melakukan pelanggaran ke beberapa negara Islam wajib dihalau. Pelampau-pelampau Yahudi misalnya, yang merampas tanah umat Islam di Palestine. Umat Islam yang memiliki kemampuan dan kekuatan �jika berpangku tangan� ikut berdosa, sampai orang-orang Yahudi terkutuk itu keluar dari wilayah Palestine. Mereka harus berupaya mengembalikan Masjidil Aqsa ke pangkuan umat Islam dengan kemampuan yang ada, baik dengan harta mahupun jiwa.


    Kedua, fardhu kifayah: Jika sebahagian umat Islam telah ada yang melakukannya maka sebahagian yang lain kewajibannya menjadi gugur. Seperti dakwah mengembangkan misi Islam ke negara-negara lain, sehingga berlaku hukum-hukum Islam di segenap penjuru dunia. Barangsiapa menghalangi jalan dakwah ini, ia harus diperangi, sehingga dakwah Islam dapat berjalan lancar.




    TANDA-TANDA GOLONGAN YANG SELAMAT





    1. Golongan Yang Selamat jumlahnya sangat sedikit di tengah banyaknya Umat Manusia.


    Tentang keadaan mereka, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,


    "Keuntungan besar bagi orang-orang yang asing. Iaitu orang-orang shalih di lingkungan orang banyak yang berperangai buruk, orang yang mendurhakainya lebih banyak daripada orang yang mentaatinya." (HR. Ahmad, hadis shahih)


    Dalam Al-Quranul Karim, Allah memuji mereka dengan firman-Nya yang bermaksud,


    "Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur." (Saba': 13)



    2. Golongan Yang Selamat banyak dimusuhi oleh manusia, difitnah dan dilecehkan dengan gelar dan sebutan yang buruk.



    Nasib mereka seperti nasib para Nabi yang dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud,


    "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin. Sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)." (Al-An'am: 112)



    Rasulullah SAW misalnya, ketika mengajak kepada tauhid, oleh kaumnya beliau dijoloki sebagai "tukang sihir lagi sombong". Padahal sebelumnya mereka memberi beliau jolokan "ash-shadiqul amin", yang jujur dan dapat dipercaya.




    3. Syaikh Abdul Aziz bin Baz ketika ditanya tentang Golongan Yang Selamat, beliau menjawab, "Mereka adalah orang-orang salaf dan setiap orang yang mengikuti jalan para salafush shalih (Rasulullah, para sahabat dan setiap orang yang mengikuti jalan petunjuk mereka)."


    Hal-hal di atas adalah sebahagian dari manhaj dan tanda-tanda Golongan Yang Selamat. Pada pasal-pasal berikut akan dibahas masalah akidah Golongan Yang Selamat iaitu golongan yang mendapat pertolongan. Semoga kita termasuk mereka yang berakidah Firqah Najiyah (Golongan Yang Selamat) ini, Amin.





    THA'IFAH MANSHURAH

    (KELOMPOK YANG MENDAPAT PERTOLONGAN)




    Untuk mendapat jawapan, siapakah Tha'ifah Manshurah yang bakal mendapat pertolongan Allah, marilah kita ikuti huraian berikut:


    1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,


    "Sentiasa ada sekelompok dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka, sehingga datang keputusan Allah." (HR. Muslim)


    2. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,


    "Jika penduduk Syam telah rosak, maka tak ada lagi kebaikan di antara kalian. Dan sentiasa ada sekelompok dari umatku yang mendapat pertolongan, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka, sehingga datang hari Kiamat." (HR. Ah-mad, hadis shahih)


    3. Ibnu Mubarak berkata, "Menurutku, mereka adalah ashha-bul hadis (para ahli hadis)."


    4. Imam Al-Bukhari menjelaskan, "Menurut Ali bin Madini mereka adalah ashhabul hadis."


    5. Imam Ahmad bin Hambal berkata, "Jika kelompok yang mendapat pertolongan itu bukan ashhabul hadis maka aku tidak mengetahui lagi siapa sebenarnya mereka."


    6. Imam Syafi'i berkata kepada Imam Ahmad bin Hambal, "Engkau lebih tahu tentang hadis daripada aku. Bila sampai kepadamu hadis yang shahih maka beritahukanlah padaku, sehingga aku bermadzhab dengannya, baik ia (madzhab) Hijaz, Kufah mahupun Basrah."


    7. Dengan spesialisasi study dan pendalamannya di bidang sunnah serta hal-hal yang berkaitan dengannya, menjadikan para ahli hadis sebagai orang yang paling memahami tentang sunnah Nabi, petunjuk, akhlak, peperangannya dan berbagai hal yang berkaitan dengan sunnah.


    Para ahli hadis �semoga Allah mengumpulkan kita bersama mereka� tidak fanatik terhadap pendapat orang tertentu, betapapun tinggi darjat orang tersebut. Mereka hanya fanatik kepada Rasulullah SAW.


    Berbeza halnya dengan mereka yang tidak tergolong ahli hadis dan mengamalkan kandungan hadis. Mereka fanatik terhadap pendapat imam-imam mereka �padahal para imam itu melarang hal tersebut� sebagaimana para ahli hadis fanatik terhadap sabda-sabda Rasulullah SAW Kerananya, tidaklah menghairankan jika ahli hadis adalah kelompok yang mendapat pertolongan dan Golongan Yang Selamat.


    Khatib Al-Baghdadi dalam kitab Syarafu Ashhabil Hadis menulis, "Jika shahibur ra'yi disibukkan dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat baginya, lalu dia mempelajari sunnah-sunnah Rasulullah SAW, nescaya dia akan mendapatkan sesuatu yang membuatnya tidak memerlukan lagi selain sunnah.


    Sebab sunnah Rasulullah SAW mengandungi pengetahuan tentang dasar-dasar tauhid, menjelaskan tentang janji dan ancaman Allah, sifat-sifat Tuhan semesta alam, mengkhabarkan perihal sifat Syurga dan Neraka, apa yang disediakan Allah di dalamnya buat orang-orang yang bertakwa dan yang ingkar, ciptaan Allah yang ada di langit dan di bumi.


    Di dalam hadis terdapat kisah-kisah para nabi dan berita-berita orang-orang zuhud, para kekasih Allah, nasihat-nasihat yang berguna, pendapat-pendapat para ahli fiqih, khutbah-khutbah Rasulullah SAW dan mukjizat-mukjizatnya...


    Di dalam hadis terdapat tafsir Al-Quranul 'Azhim, khabar dan peringatan yang penuh bijaksana, pendapat-pendapat sahabat tentang berbagai hukum yang terpelihara�


    Allah menjadikan ahli hadis sebagai tiang pancang syariat. Dengan mereka, setiap bid'ah yang keji dihancurkan. Mereka adalah pemegang amanat Allah di tengah para makhlukNya, perantara antara nabi dan umatnya, orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam memelihara kandungan (matan) hadis, cahaya mereka berkilau dan keutamaan mereka sentiasa hidup.


    Setiap golongan yang cenderung kepada nafsu �jika sedar� pasti kembali kepada hadis. Tidak ada pendapat yang lebih baik selain pendapat ahli hadis. Bekal mereka Kitabullah, dan Sunnah Rasulullah SAW adalah hujjah (argumentasi) mereka. Rasulullah SAW kelompok mereka, dan kepada beliau nisbat mereka, mereka tidak mengindahkan berbagai pendapat, selain merujuk kepada Rasulullah SAW. Barangsiapa menyusahkan mereka, nescaya akan dibinasakan oleh Allah, dan barangsiapa memusuhi mereka, nescaya akan dihinakan oleh Allah."


    Ya Allah, jadikanlah kami termasuk kelompok ahli hadis. Berilah kami rezeki untuk mengamalkannya, cinta kepada para ahli hadis dan membantu orang-orang yang mengamalkan hadis.

    Related Posts with Thumbnails