Wednesday, April 15, 2009

IBU or Isteri?

" ARchiteCTURE for LIFE "
Berdasarkan cerita dari seorang insan : ini bukan cite psl aku tp sorg HAMBA ALLAH

Jika di tanya antara Emak & isteri, sebagai lelaki sudah tentunya kita akan

lebih memilih ibu sebagai keutamaan namun tanggungjawab sebagai suami
terhadap isteri wajib dilaksanakan kerana syurga dibawah
tapak kaki ibu..

Saya tertarik soal ini kerana perkara ini pernah berlaku pada arwah ayah
saya dahulu perkahwinan dia dgn ibu saya tidak mendpt restu dari parentsnya

namun dgn semangat dan azam serta doa dgn Izin
Allah, mereka selamat diijabkabulkan walaupun family ayah saya tidak
menyukai ibu saya.

Ibu saya kacukan Cina + Pakistan.. namun ayah saya juga kacukan Melayu +
Belanda.. tapi masing2 ada kedudukan sendiri..& waktu itu ibubapa mereka
saling bermusuhan tak tahu kenapa dgn semangat cinta ayah saya terhadap ibu

saya lahirlah 5 cahaya mata tapi dua darinya meninggal dunia walaupun ibu
saya banyak terluka dgn sikap family ayah saya, dgn dorongan & semangat
ayah, ibu tabah pelbagai tohmahan ibu terima namun ayah tetap setia pada
ibu
walau bagaimanapun ayah saya tak pernah menderhakai ibunya perkahwinan
merekapun atas pujuk rayu ayah kadang2 tersentuh juga hati ibu apabila ayah

tak pernah memarahi parentsnya ketika ibu di lemparkan kata2 nista ayah
tetap berdiam diri dan memujuk ibu bersabar dgn hati yg suci, ayah tetap
tidak pernah meninggikan suara terhadap parentsnya ayah mempunyai 13 adik
beradik dan merupakan anak kedua... ayah saya mempunyai pelajaran tinggi
akan tetapi ayah lebih bertanggungjawab terhadap keluarga berbanding dgn
abang adik beradiknya yg lain.. ayah berusaha gigih menolong menaikkan
taraf
hidup keluarganya dan juga ibu... setiap kali nenek jatuh sakit (ibu kpd
ayah), ayah cepat2 pergi melawatnya walaupun ketika itu ayah uzur... jarak
rumah nenek dgn rumah saya hanya 200 meter sahaja.

Sepanjang saya dilahirkan, tak pernah ayah memburukkan parentsya... ayah
hanya mendiamkan diri.. ketika rezeki ayah datang bercurah2, ayah tak
pernah
melupakan nenek & familynya... apapun nenek hendak, ayah akan turutkan..
ayah bagi duit sama rata walaupun nenek seorang yg kaya kerana datuk saya
seorang Arkitek.. ayah selalu berterus terang jumlah
duit yg telah dia serahkan kpd ibu & jumlah kepada nenek.. ayah tak pernah
merahsiakannya...

Walaupun kadang2 ibu saya terasa dipinggirkan, ayah cepat2 menghiburkan
hati
ibu... hari2 saya terdengar ayah membisikkan pada ibu bahawa dia menyintai
ibu & tidak akan meninggalkan ibu walau apapun terjadi.. kadang2 saya lihat

ayah tak pernah memikirkan diri sendiri kerana asyik berkorban utk nenek &
ibu... ayah tak pernah memikirkan kemewahan utk diri sendiri apatah lagi
utk
enjoy bersama rakan2nya..baginya.. selagi hayat dikandung badan.. jasa
terhadap org tua
mesti diutamakan kerna dia tidak tahu bila dia akan di jemput tuhan...

Ayah seorang yg baik.. dia sering bertindak bijak sekiranya ada
pertelingkahan yg berlaku... pernah disatu ketika sewaktu umur saya 11
tahun, nenek menyuruh ayah berkahwin dgn gadis pilihan nenek tapi
ayah berterus terang bahawa dia tidak sanggup memikul bebanan yg berat &
tidak sanggup pula berlaku tidak adil suatu hari nanti.. dan ayah tidak
mahu
di soal jawabkan ketika mati dan menanggung segala dosa.. kata
ayah cukuplah kehidupan begini yg telah teruji..

Kata2 ayah membuatkan nenek mendiamkan diri... apa yg ayah mampu hanyalah
memilih ibu sebagai teman hidupnya sehingga mati... ayah menolak dgn baik..

namun alhamdulillah saya dikurniakan seorang ibu yg
berjiwa kuat dan menerima dgn hati yg tabah..suatu hari dgn berkat doa
ayah.. nenek berubah... nenek selalu bertandang kerumah kami.. namun disaat

kami ingin melihat kegembiraan yg hadir setelah 30 tahun di nantikan selama

ini... ayah telah dijemput oleh Allah S. W. T... betapa sedihnya kami
sekeluarga.. nenek pengsan beberapa kali setelah mendengarnya..manakala ibu

pula memelukku dgn erat dan menangis... apa yg paling kami terkejut,
pemergian ayah sempat ayah melafazkan 2 kalimah syahadah dgn wajah
tersenyum.. dan berseri2 seolah ayah tak mati.. kemudian keluar buih2 halus

dari mulutnya dan berbau kasturi.. semua pengziarah yg hadir menyebut
ALHAMDULILLAH... PEMERGIANNYA SUNGGUH TENANG.. WALLAHUA'LAM...

Namun ibu benar2 seorang yg tabah.. dia menerima itu sebagai
dugaan..sewaktu
ayah dikafankan, wajahnya tenang tanpa setitik airmatapun ... ibu banyak
memujuk kami bersabar menerima dugaan itu.. setelah seminggu ayah
dikebumikan, nenek pula meninggal dunia.. alangkah peritnya menerima ini
semua sebagai lumrah kehidupan.. mungkin kerana ayah bertindak adil..
pemergiannya sungguh menyenangkan kerana dia tak
pernah menderhakai ibunya... di harap saudara dpt sedikit sebanyak
pengajarannya...

No comments:

Related Posts with Thumbnails