" ARchiteCTURE for LIFE "
Mukhzin menulis "Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak. “Dalam diri kamu ada tanda-tanda kebesaran tuhan.” Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan ditangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam bahasa arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81+18= 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
- mengikut cara Rasulullah s.a.w, baginda akan menggaulkan lauk dengan tangan kanannya dan biarkan ia sebentar, lalu baginda akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kelingking dan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa??
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari tangan kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan processof digestion.
Mengapa hisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari tanah inilah yang paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Doktor di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.
2. Cara Rasulullah s.a.w mengunyah.
- Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca basmalah.
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit.kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah s.w.t, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
4. Cara Rasulallah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri haram. Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu karbon dioksida, apabila bercampur dengan air H2O, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman menjadi acidic. Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa?
Islam menyuruh disebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali.
Ini adalah kerana apabila dia disebat dibelakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotic yang dapat malawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yang disampaikan oleh Dr.Jamlun Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris (guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai ka’bah.Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi. Ia terletak diposisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendiakawan dari Pakistan dan,Arab didapati,tempat terletaknya Ka’bah sekarang itu, adalah betul di tengah bumi.
Megapa ia empat persegi,ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality andunity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia di umpamakan, seperti hanya seorang pemenang yang berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa empat persegi melambangkan empat imam besar, maliki, Hambali, Hanafi,dan syafie, melambangkan kebenaran keempat-empat imam tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment