"SYA’BAN BERKAT MU DIBURU"
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,Kehidupan di dunia seseorang insan bermula dari detik kelahirannya sehinga ke saat kematiannya. Dalam kehidupan itu, manusia merentas berbagai ketika dan waktu. Ada orang yang tidak mengambil peduli dengan peredaran ketika dan waktu, baginya tidak ada apa-apa kelainan, sedangkan Allah s.w.t mencipta ketika dan waktu dengan kepelbagaian kelebihan dan fadhilat antara satu dengan yang lain.
Kepedulian dan kepekaan kita terhadap kelebihan satu-satu masa atau waktu mendorong kita memanafaatkannya, dengan menggandakan amalan padanya dengan harapan mendapat gandaan pahala yang dijanjikan. Sebaliknya kita sangat rugi jika waktu tertentu itu berlalu begitu sahaja. Firman Allah s.w.t di dalam surah A-Asr ayt 1- 3:
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian - kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar."
(Al-Asr ayat 1- 3)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Kita kini berada dalam bulan Sya'ban. Kehadirannya membawa banyak keistimewaan dan kelebihan. Kelebihan bulan ini dapt kita saringkan daripada ibadah Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terangkul di dalam beberapa hadis.
Marilah sama-sama kita hayati beberapa riwayat agar kita ketahui fadihlat dan kelebihan bulan Sya'ban dan merasa terpanggil untuk mencontohi Rasulullah s.a.w dalam penghayatn bulan yang mulia ini.
Saidatina Aishah r.a ada menyatakan:
"Adalah Rasulullah s.a.w berpuasa sehingga kami berkata baginda tidak berbuka dan baginda s.a.w.berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak dari bulan Sya'ban."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sekumpulan umala' di antaranya Ibnu Al-Mubarik dan lain-lain lagi mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak sepenuhnya berpuasa seluruh bulan Sya'ban, tetapi beginda berpuasa sebahagian besar daripada hari-hari di bulan Sya'ban. Ini disokong dengan apa yang diriwayatkan dari Aishah r.a:"Aku tidak pernah ketahui baginda berpuasa penuh sebulan kecuali Ramadhan."
(Riwayat Muslim)
Abu Dawud meriwayatkan dari Aishah r.a:"Bulan yang paling Rasulullah s.a.w gemar berpuasa adalah bulan Sya'ban, kemudian baginda menyambungkannya dengan Ramadhan."
(Abu Dawud)
Para Jumaat yang dirahmati,Dari riwayat tadi, jelas kepada kita bahawa baginda s.a.w sangat mencintai bulan Sya'ban dan banyak berpuasa di bulan tersebut selain bulan Ramadhan. Ini tentulah bulan itu sangat istimewa dan banyak kelebihannya.
Para hadirin yang berbahagia,
Amal soleh hamba diangkat kepada Allah s.w.t dalam bulan Sya'ban. Telah dikeluarkan oleh Al-Imam Ahmad dalam Musanadnya daripada Asmah bin Zaid berkata yang bermaksud:
Aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Ya Rasulullah! Aku tidak pernah menyaksikan seumpama puasa mu di bulan Sya'ban di dalam lain-lain bulan?." Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Itulah bulan (Sya'ban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada tuhan pemilik sekelian alm. Maka aku amat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan aku pada masa itu sednag berpuasa."
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Kita seharusnya teruja dengan sunah dan amalan Rasulullah s.a.w. Ambillah kesempatan dari kehadiran Sya'ban ini dengan mempertingkatkan amalan kita terutamanya dengan berpuasa. Kita juga inginkan amalan kita diangkat ke hadirat Allah s.w.t dalam keadaan kita berpuasa.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Selain dari puasa sunat, ada lagi amalan lain yang digalakkan dalam bulan Sya'ban, antaranya bertaubat dan beristigfar, malah amalan ini dituntut juga sepanjang masa.
Taubat adalah pembersihan rohani. Kita sebagi manusia yang tidak Maksum, sangat perlu menjalani proses pembersihan rohani ini, agar hubungan kita dengan Allah s.w.t sentiasa berada dalam keredhaanNya.
Bagi memperolehi taubat Nasuha, terlebih dahulu syarat-syaratnya perlu diikuti:
1- Meninggalkan perbuatan dosa atau maksiat itu.
2- Merasa sangat menyesal dan bersalh terhadap dosa-dosa dan maksiat yang telah dilakukan.
3- Berazam dan berjanji tidak akan kembali mengulanginya lagi.
Kiranya kesalahan dilakukan sesama hamba atau ada kaitan dengan hak orang lain, maka selain perkara-perkara yang telah disebutkan diikuti, hendaklah hak orang lain itu dibersihkan.
Manakala beristigfar pula ialah peryataan memohon keampunan Allah s.w.t dari semua dosa. Pernyataan yang biasa dilafazkan ialah "Astagfirullahal Azim" bermaksud:
"Aku memohon ampun kepada Allah yang maha agung."
Amalan lain lagi yang digalakkan ialah memperbanykkan zikir dan doa. Ini kerana banyak faedah yang diperolehi dari berzikir, antaranya:
- Menenangkan hati. Firman Allah s.w.t:
(Ar-Raad ayat 28)
2. Kawalan diri dan mendapat perlindungan Malaikat dari kejahatan.
3. Terpelihara dari gangguan dan godaan Syaitan.
4. Meningkatkan rasa kecintaan kepada Allah s.w.t.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,Malam Nisfu Sya'ban (malam 15 Sya'ban) adalah antara malam-malam yang dimakbulkan doa. Saidina Muaz bin Jabal r.a ada menyatakan, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Allah menurunkan rahmatnya kepada semua makhluk di malam Nisfu Sya'ban, maka diampunkan dosa sekelian makhluk kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."
(Hadis riwayat Abnu Majah, At-Tibrani dan Ibnu Hibban)
Imam Syafie rahimahullah dalam kitabnya Al-Ummu ada menyatakan:"Sesungguhnya doa dimakbulkan pada lima malam, iaitu malam Jumaat, malam Aidul-Adha, malam Aidul-Fitr, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'ban"
Hadirin yang berbahagia,
Menghayati hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menyentuh kelebihan bulan Sya'ban, dapat kita ketahui:
- Rasulullah s.a.w mengalakkan kita melakukan ibadah khusus di bulan Sya'ban seperti solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan lain-lain secara berterusan (Istiqamah) walupun sedikit.
- Rasulullah s.a.w menerangkan kepada kita bahawa ada ketika dan waktu tertentu yang mempunyai kelebihannya tersenditi. Seharusnya kita mengetahuinya dan bijak pula memanafatkannya untuk meraih keredhaan Allah s.w.t. Contohnya seperti bulan Sya'ban.
- Memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya pengurusan masa dan memanafaatkannya dengan penuh bijaksana bagi mengasilkan kesan yang maksimum menerusi pelaksanaan ibadah yang berkualiti.
Pada bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita memperbanyakan amalan-amalan sunat sebagaimana yang telah digalakan oleh Rasulullah s.a.w. Disamping itu juga, inilah peluang untuk kita mengada'kan amalan-amalan puasa yang tidak dapat kita sempurnakan sebelum ini. Semoga dengan amalan-amalan tersebut dapat mengukuhkan lagi hubungan kita sebagi hamba terhadap khaliknya.
Sesungguhnya keunggulan hubungan hamba dengan khaliknya, menjanjikan ganjaran nikmat dan rahmat yang tersangat banyak, apatahlagi jika hamba itu mengetahui ketika dan waktu yang paling Afdal beribadah di dalamnya. Sya'ban adalah antara ketika dan waktu itu. "Sya'ban Berkatmu Diburu."
"Dengan Yang demikian, sesiapa Yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan Sesungguhnya Kami tetap menulisnya."
No comments:
Post a Comment