Tuesday, June 23, 2009

HUJAN dalam AL-QURAN

" ARchiteCTURE for LIFE "

DALAM al-Quran terdapat beberapa perkataan atau bentuk ayat yang berbeza tetapi menerangkan perihal hujan yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada manusia.�

Dalam surah Al-Baqarah ayat yang ke 19 Allah s.w.t menyebut soiyibin sementara di dalam ayat yang ke-264 pula Allah s.w.t menyebut waabilun sebagai hujan. Manakala di dalam surah an-Nisa' pula Allah menyebut matoriin sebagai hujan dan surah Hud:52 Allah s.w.t menyebut midraraan sebagai hujan.
Allah s.w.t juga menyebut ghais dalam surah Yusuf:49 untuk menunjukan pengertian hujan, tetapi kebanyakkan ayat di dalam al-Quran yang menunjukkan hujan disebut oleh Allah s.w.t yang bermaksud sebagai air yang diturunkan dari langit.

Maka jika kita mengkaji hakikat kejadian hujan berdasarkan sumber al-Quran dan as-sunah kita akan dapati bahawa hujan adalah sebagai ciptaan Allah s.w.t yang mempunyai tujuan yang tersendiri.�

Hujan sebagai rahmat kepada manusia. Firman Allah s.w.t di dalam surah As-Syura:28 yang bermaksud: Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmat-Nya merata-rata dan (ingatlah) Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsan-Nya), lagi Yang Maha Terpuji. (As-Syura:28).

Manakala ayat di dalam surah Yusuf:49 pula bermaksud: Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat Aiy'an, dan padanya mereka dapat memerah (basil anggur, zaitun dan sebagainya)". (Yusuf:49). Kedua-dua ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa hujan merupakan rahmat kepada manusia. Maka mungkin perkataan ghais di dalam al-Quran dikhususkan bagi tujuan penurunan rahmat kepada kita.�

Hujan berperanan menyirami tumbuhan dan menyingkir kekotoran. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam firmannya bermaksud: Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa. hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (al-Baqarah:265).

Ayat lain pula bermaksud: Adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (al-Baqarah:265). Kedua-dua ayat ini merujuk kepada perkataan waa-bilun yang menunjukkan hujan. Maka selain daripada sebagai rahmat kepada manusia Allah s.w.t juga memperlihatkan kepada manusia tentang tujuan yang lain diturunkan hujan.

Selain sebagai rahmat Allah s.w.t, hujan juga berperanan sebagai ujian kepada manusia. Ini disebut oleh Allah s.w.t di dalam firmannya yang bermaksud: Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit.
Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang -orang kafir itu azab seksa yang amat menghina. (an-Nisa':102).
Kebanyakan perkataan yang terbina daripada perkataan mator membawa maksud sebagai ujian kepada umat Islam dan azab kepada umat lain seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan. (al-A'raaf:84).�

Hujan juga berperanan untuk memenuhi keperluan manusia. Kemarau yang berpanjangan akan menyebabkan kita menjadi lemah manakala tanaman akan mati dan sungai akan kering pada ketika itu manusia amat mengharap supaya dikurniakan hujan untuk memenuhi keperluannya di samping memberi kekuatan yang baru.�

Hal ini disebut oleh Allah s.w.t di dalam firmannya yang bermaksud: Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (Hud:52).�

Perkataan midraran di dalam al-Quran menunjukkan bahawa hujan lebat mampu memberi semangat baru kepada manusia untuk meneruskan kehidupan ibarat seperti kemarau panjang yang menungu kedatangan hujan.

Memperlihatkan kekuasaan Allah s.w.t melalui hujan, firman Allah s.w.t yang bermaksud: Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing daripada mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. Ayat ini menerangkan keadaan hujan yang lebat mampu memperlihatkan kekuasaan Allah s.w.t. sehingga menyebabkan manusia memikirkan tentang kekuasaan Allah ia berperanan sebagai tentera Allah s.w.t

Hujan turut berperanan sebagai pemberi rezeki dan kepada manusia. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : (Dan diturunkan-Nya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).�

Kebanyakan ayat yang bermaksud air yang diturunkan dari langit menunjukkan Allah s.w.t mengurniakan rezeki kepada manusia melalui hujan dengan cara menyuburkan lagi tanaman serta menghasilkan buah yang perbagai warna misalnya seperti firman Allah s.w.t yang bermaskud: Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula daripada tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur).

Justeru kita sebagai umat Islam perlulah bersyukur di atas anugerah yang tidak terhingga ini. Kita menanti kedatangan musim hujan dengan doa dan harapan semoga hujan yang diturunkan ini akan mendatangkan keberkatan dan menambah rezeki dalam memperbaiki kehidupan kita.�

Berdoalah kepada Allah s.w.t semoga kita sama-sama mampu menempuhi ujian daripada Allah s.w.t. dan tabah menghadapi segala kesukaran yang pastinya akan membawa kebaikan di akhirat nanti serta jangan sekali-kali kita menganggap hujan sebagai kecelakaan kepada manusia.

No comments:

Related Posts with Thumbnails