Tuesday, November 10, 2009

Nik Aziz minta Asri bersabar, tulis buku

" ARchiteCTURE for LIFE "


MOHD. ASRI bertemu Nik Aziz di Pejabat Menteri Besar Kelantan itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin mendapat sokongan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menasihati beliau supaya bersabar dan terus menulis dengan bersungguh- sungguh.

Menurut Mohd. Asri, kunjungan hormatnya ke pejabat Nik Aziz semalam tidak bersangkut paut dengan niat untuk menyertai parti politik seperti Pas.

"Tok guru (Nik Aziz) menasihatkan saya supaya bersabar serta terus menulis dengan bersungguh-sungguh dan boleh guna tema 'Di sini Saya Bermula'.

"Beliau berkongsi dengan saya pengalamannya. Zaman menuduh kaum muda atau Wahabi telah dilalui oleh beliau sendiri pada satu ketika dulu, sekarang ia berulang terhadap saya,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabatnya di sini semalam.

Ditanya mengenai lawatannya itu, menurutnya, ia tanda terima kasihnya kepada Nik Aziz yang memberi sokongan kepadanya selepas isu penangkapan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang berlaku terhadapnya baru-baru ini.

Mohd. Asri tidak menolak kemungkinan menyertai parti politik sekiranya kebebasannya dalam bersuara menyampaikan ajaran agama Islam terus disekat.

ALAM DAMAI (kosmo)

" ARchiteCTURE for LIFE "

Resort spa Linda Onn

Dikuasai warna merah dan hitam, sesiapa yang melangkah ke dalam banglo mewah Linda Onn akan dicengkam aura keyakinan, keberanian dan kekuatan yang menawan hati tetapi penuh misteri.




"SAYA sendiri masih tidak percaya ini semua suatu kenyataan," tutur Linda Onn membuka pintu bicara mengenai kediaman barunya di Setiahills yang terletak di Bukit Indah, Ampang.

Banglo dua tingkat dengan keluasan termasuk tanah yang mencecah 8,000 kaki persegi (743 meter persegi) yang terletak di pinggir kawasan metropolitan Kuala Lumpur serta bersebelahan dengan Bandar Baru Ampang dan Ampang Jaya itu sebenarnya merupakan salah satu daripada 45 buah banglo berkonsep resort atau vila spa Bali.

Merupakan sebuah kawasan perumahan elit dan eksklusif dengan kawalan keselamatan 24 jam, Setiahills yang dibangunkan oleh syarikat pemaju hartanah terbesar di Malaysia, SP Setia itu dibina dengan pelbagai reka bentuk. Harga setiap banglo tersebut pula mencecah antara RM2.2 hingga RM3.6 juta.


DARI ATAS IKUT ARAH JAM: KAMAR mandi peribadi pemilik kediaman yang berkonsep vila spa Bali.
SUASANA malam di kediaman mewah Linda.
LINDA mencurahkan idea sendiri dalam menata rias kediaman barunya.


"Diperkenalkan dengan Setiahills oleh seorang kawan, mula-mula saya langsung tidak berminat untuk membeli rumah di sini sebab harganya yang agak tinggi," akui Linda, 32.

Sekadar menyebut harga kediaman yang baru didudukinya kira-kira sebulan itu dalam lingkungan jutaan ringgit, penyampai radio popular yang kini bertugas dengan stesen Sinar FM itu menyambung bicara, "Namun, apabila mengkaji semula bajet, Linda pun terima ini (pembelian banglo tersebut) sebagai satu tanggungjawab baru. Justeru, Linda terima cabaran dengan membelinya untuk dijadikan aset terbaru."

Bersatu dengan alam

Dekorasi ruangan dalaman banglo Linda itu sebenarnya sama sahaja seperti banglo lain yang dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur. Namun, apabila bahagian belakang banglo itu bersatu dengan alam sekitar, keluasan dan keselesaannya mampu membuatkan emosi bebas daripada segala tekanan hidup.

Buktinya kawasan belakang banglo itu betul-betul menghadap bukit yang menghijau. Kedudukan banglo ini pula agak istimewa berbanding banglo-banglo berhampiran kerana ia terletak di lot hujung yang menyuntik ciri eksklusif yang ekstra.


ATAS: PERHATIKAN kolam mandi yang terletak dalam jarak hanya satu langkah daripada sofa di ruang tamu yang luas dan selesa ini.
BAWAH KAMAR beradu Linda yang memiliki saiz melebihi saiz apartmen atau kondominium biasa.


Dinding ruang tamu, ruang makan dan sebuah bilik sederhana besarnya yang membina struktur belakang banglo itu bukan dibina dengan konkrit tetapi diwakili pintu kaca gelungsur telus pandang, yang apabila disingkap akan betul-betul mendedahkan bahagian dalaman rumah kepada dunia luar.

Bayangkan ini. Selangkah sahaja di belakang sofa di ruang tamu ialah kolam mandi yang lengkap dengan jakuzi. Kolam mandi tersebut dibina memanjang dari ruang tamu sehingga ruang makan dan pemandangan kedamaian kolam tersebut boleh dinikmati daripada bilik yang bersambung dengan ruang makan itu.

Melangkah pula dari ruang makan ialah zon bersantai yang menghadap kolam. Sempat Linda menjamu krew Jurnal menikmati juadah makanan di situ. "Terasa seperti sedang dalam percutian pula," sahut jurugambar, Nooradzrene Mohd. Noor.

Melangkapkan suasana resort banglo Linda itu ialah sebuah gazebo, selain sebuah taman mini yang bersambung dengan ruang tamu di bahagian kanan rumah.

"Persekitaran kolam dan gazebo ini adalah antara ruangan yang paling saya suka di banglo ini selain dari bilik tidur saya di atas," ujarnya mengenai banglo yang memiliki lima bilik - satu di bawah dan empat di tingkat atas serta sebuah bilik kecil untuk pembantu rumah.




Curahan idea peribadi

Meraih layanan kelas pertama, krew Jurnal sempat merasai betapa empuknya tilam di katil bilik utama Linda. Saiz bilik beradu Linda itu kalau dibuat perbandingan adalah lebih luas daripada sebuah apartment atau kondominium dengan keluasan melebihi 1,000 kaki persegi.

Uniknya bilik tidur ini menepati ciri-ciri resort spa Bali dengan bilik mandinya yang amat luas dan terbuka - justeru, ia turut bersatu dengan alam.

Keluasan bilik tidur utama ini digandakan dengan pintu kaca gelangsar telus pandang dan beranda bersaiz mega yang menghadap bahagian belakang banglo dan menuju terus kepada pemandangan kehijauan bukit.

"Apabila mula-mula melihat ruangan dalam banglo ini saya terus terfikir, nampaknya saya perlu menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman. Namun, apabila difikir dengan lebih mendalam, saya bimbang pula tak menepati cita rasa, lalu saya mengambil cabaran untuk mencurahkan idea saya sendiri," ujar Linda.

Menjadikan majalah-majalah dan program-program dekorasi di televisyen sebagai rujukan, Linda mengambil masa berbulan-bulan sebelum sepenuhnya berjaya memercikkan idea bagi menata rias seluruh ruangan banglo tersebut.

"Saya membuat tinjauan di kedai-kedai perabot, lampu, aksesori sehingga akhirnya mendapat barangan yang menepati kehendak saya bagi dekorasi banglo ini," katanya.

Mengulas mengenai penataan warna, Linda memberitahu, "Sememangnya warna hitam dan merah adalah warna kegemaran saya. Merah mewakili tiga sifat - yakin, berani dan kuat, manakala hitam pula menawan dan misteri.

Tambahnya, "Sesiapa yang melangkah ke kediaman saya ini akan merasai aura gabungan kelima-lima elemen tersebut."

Persinggahan sementara

Umum mengetahui Linda turut membawa ibu dan bapanya tinggal bersamanya sejak dia mula-mula membuka bisnes francais restoran nasi ayamnya yang terkenal itu, My Mom's Chicken Rice sejak lima tahun lepas.

"Selama ini, Linda tinggal dengan ibu dan bapa di rumah jenis berkembar di kawasan perumahan mewah Beverly Heights di Ukay Perdana.

"Sebagai anak bongsu, ibu bagi Linda ibarat nyawa Linda. Ibu selalu kata, 'Linda ni tak kahwin-kahwin juga sebab jadi baby girl semula'," seloroh Linda sambil mengukir senyuman di bibir.


SESIAPA yang berpeluang menghuni di bilik tidur di tingkat bawah banglo ini, pasti merasakan seolah-olah sedang dalam percutian di sebuah resort.
RUANG menonton televisyen di tingkat atas banglo dengan balkoni yang menghadap panorama kehijauan bukit.
RUANG menonton televisyen di tingkat atas banglo dengan balkoni yang menghadap panorama kehijauan bukit.


Linda yang mengumumkan bakal membuka empat lagi cawangan My Mom's Chicken Rice - dua di Melaka dan dua di Johor dalam pada itu mengakui ibunya, Saadiah, 67, lebih suka tinggal di Beverly Heights kerana selain sudah lama tinggal di sana, kejiranan di situ amat disenangi ibunya itu.

"Di Beverly Heights, hubungan sesama jiran sangat akrab dan saling mengunjungi khususnya apabila ada ada kenduri-kendara atau sambutan hari perayaan seperti Aidilfitri.

"Buat sementara waktu, banglo baru saya ini saya jadikan sebagai rumah persinggahan. Sebab itulah ada ruang yang belum sepenuhnya dihias, seperti bahagian balkoni bilik utama yang masih kosong lagi," jelasnya yang turut memberitahu antara perabot yang dibawa dari rumah lama ke kediaman di Setiahills itu termasuklah sofa dan meja makan.

"Banglo ini sejuk suasananya, dan memanglah lebih luas berbanding rumah di Beverly Heights. Tapi suasananya sunyi," ujar ibu Linda, Saadiah, ketika diminta mengulas mengenai aset terbaru anaknya itu.

Tidak banyak melontarkan bicara, itupun setelah puas dipujuk untuk bercerita tentang Linda daripada pandangan dirinya selaku wanita yang telah melahir dan membesarkan Linda, Saadiah sekadar menuturkan, "Doa ibu untuk Linda dan tiga anak yang lain itu untuk menjadi manusia yang berjaya dan berguna sudah tercapai."

Jika ibunya sudah berpuas hati dengan pencapaian Linda selaku anak bongsunya, bagaimana pula dengan Linda?

Adakah dia sudah berpuas hati memiliki banglo mewah tersebut ataupun mahu membeli kediaman yang lebih mewah di masa hadapan nanti?

"Saya hanya jual banglo ini kalau harganya mencecah RM7 juta," ujar Linda berseloroh.

Melahirkan isi hatinya, akui Linda, "Selepas menetap di banglo ini, barulah saya mamahami istilah home sweet home atau rumahku syurgaku.

"Ia sememangnya memberikan kepuasan seratus peratus apatah lagi dekorasinya adalah hasil curahan idea saya sendiri. Banglo ini sememangnya rumah impian saya."

Friday, November 6, 2009

Khutbah Jumaat - 06 November 2009

" ARchiteCTURE for LIFE "

"MENJANA ILMU DENGAN MEMBACA"
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita memerhati dan menilai tahap ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Kita perlu sentiasa bertakwa dan berjanji bahawa kita hanya akan mati di dalam Islam.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Ilmu itu pelita hati. Obor penyuluh dalam kegelapan hidup. Ilmulah yang membezakan antara yang hak dan yang batil dalam masalah akidah, antara yang sunat dan bid'ah dalam masalah ibadah, antara yang baik dan yang buruk dalam masalah mu'amalah, antara yang halal dan yang haram dalam masalah amalan, antara yang benar dan yang salah dalam masalah pemikiran, antara yang terpuji dan yang terkeji dalam masalah perilaku seseorang insan.

Khalifah Omar bin Abdul Aziz pernah berkata:

"Orang yang berbuat sesuatu tidak berdasarkan ilmu, maka yang rosak adalah lebih banyak dari yang baik" .

Profesor Dr. Yusof Al-Qardhawi, Sarjana Pemikir Islam Kontemporari yang tersohor, dalam bukunya bertajuk : "Fiqhul Aulawiyyat" menyatakan: "Mendahulukan ilmu ke atas amal adalah wajib, kerana hal itu akan memberi petunjuk kepada amal soleh, seperti halnya menunjukkan pada Iman ".

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Hajj ayat 54:

"Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepada-Nya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus".


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Islam adalah satu-satunya agama dengan jelas, tegas dan nyata memartabatkan kepentingan ilmu sebagai sesuatu yang pasti dimiliki untuk meraih kesejahteraan hidup duniawi dan ukhrawi. Penurunan kitab suci Al-Quran bermula dengan gesaan mencari ilmu menerusi pembacaan sudah cukup menyatakan kepentingan ilmu itu, kerana ilmu membezakan antara kejahilan dan kecerdikan.

Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 9:

Katakanlah lagi (kepada-Nya):"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?, sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna " .

Menuntut ilmu ialah pra-syarat untuk membolehkan manusia benar-benar berperanan sebagai hamba dan Khalifah Allah di muka bumi. Dengan ilmu manusia dapat mengenali Tuhannya, dapat mengenali dirinya, dapat mengenali dan berinteraksi dengan alam lain. Sesungguhnya mengenali Allah, diri, alam dan mahkluk lain merupakan persediaan asas untuk manusia berfungsi dengan sebaik mungkin.

Mencari ilmu tiada sempadannya, ia adalah persoalan global dan universal, merentas sempadan geografi, negara, bangsa dan warna kulit . Rasulullah s.a.w. bersabda:

" Tuntutlah ilmu walau pun sampai ke negeri China" .

(Riwayat Al-Baihaqi).

Ilmu juga adalah wadah untuk meraih kepentingan dunia dan akhirat. Sayyidina Ali Karramallahu Wajhahu ada menyatakan:

"Barang siapa yang mahukan dunia hendaklah mendapatkannya dengan ilmu, dan barang siapa yang mahukan akhirat hedaklah mendapatkannya dengan ilmu, dan barang siapa yang mahukan kedua-duanya hedaklah mendapatkannya dengan ilmu" .

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Ilmu boleh digarap dan diperolehi dengan berbagai cara, antaranya membaca, menyoal, mendengar, melihat, memerhati, menyelidik, membuat kesimpulan dan sebagainya. Induk bagi semua cara tersebut ialah membaca. Kajian ilmiah telah membuktikan bahawa 70% dari maklumat yang diperolehi oIeh manusia adalah menerusi pembacaan.

Dunia hari ini melihat kepada kepentingan membaca sama seperti kepentingan bertutur dan berjalan. Seseorang yang boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya dengan cepat, akan dapat melaksanakan kerjanya berkali-kali ganda kualiti dan kuantitinya dari seseorang yang mampu membaca secara biasa. Membaca adalah usaha penanaman modal dan urusan perdagangan yang tidak pernah merugikan, apatah lagi jika yang dibaca itu mendatangkan kemanfaatan duniawi serta menjanjikan balasan pahala pula menantinya.

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam surah Faathir ayat 29 - 30:

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya)" .

Para hadirin yang berbahagia,

Kesimpulan awal yang dapat kita buat setakat ini: "Membaca adalah asas kepada pembelajaran dan jalan pertama ke arahnya. Ia juga sebagai jalinan komunikasi seseorang dengan orang lain bagi memperolehi pengalaman dan pengetahuan mereka. Jalinan komunikasi ini sangat penting untuk kelangsungan hidup. sedikit pengetahuan yang diperolehi seseorang, akan merangsang minat dan nalurinya untuk menambahkan lagi penghasilan ilmunya, dan akhirnya, akan terbentuklah budaya membaca dalam dirinya.

Muslimim yang berbahagia ,

Marilah kita pupuk bersama minat membaca dalam diri kita walau di peringkat umur mana kita sedang berada. Suburkanlah nilai murni ini dalam diri anak-anak semasa mereka masih kecil lagi. Keluarga yang membaca akan melahirkan masyarakat yang membaca. Masyarakat yang membaca akan melahirkan bangsa yang membaca. Bangsa yang membaca akan melahirkan ummah yang berilmu dan mampu mencipta tamadun yang tersendiri.

Mari kita ikuti bersama faedah membaca yang telah disenaraikan oleh pengkaji dan penyelidik:

* Mengusir was-was, cemas dan kesedihan.

* Menghindarkan dari hal-hal batil.

* Menghindarkan diri dari berhubungan dengan orang-orang yang tidak ada sebarang aktiviti.

* Melatih lidah untuk berbicara lebih baik.

* Mencerahkan fikiran dan membersihkan hati.

* Meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan daya ingatan.

* Mendapat pengalaman dan kebijakan orang lain .

* Mematangkan kemampuan mencari dan memproses pengetahuan.

* Menambah keimanan.

* Memanfaatkan waktu agar tidak terbuang.

Kata ahli bijak pandai:

Jual emas beli berlian

Jual berlian beli manikam,

Jual manikam beli ilmu.

"Allah menerangkan ( kepada sekalian makhluk-nya dengan dalil-dalil dan bukti) bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; yang Maha Berkuasa; lagi Maha Bijaksana" .

KHUTBAH KEDUA

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmah dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Khutbah Jumaat Bacaan 06 November 2009

Sunday, November 1, 2009

ALAM DAMAI (kosmo)

" ARchiteCTURE for LIFE "

Berlibur & berhibur di aras tiga

Banglo tiga tingkat di SS3 Petaling Jaya tampil tersendiri daripada rekaan sehinggalah kepada fungsinya.




KALAU kebanyakan orang runsing memikirkan bagaimana untuk memaksimumkan ruang di kediaman mereka, pemilik bersama firma guaman, David Lingam & Co, David Lingam, 56, dan Anushia Siva Subramaniam, 44, pula memiliki kawasan yang maksimum untuk disempurnakan sebagai rumah impian mereka.

Bagi pasangan ini, tugas itu diserahkan ke tangan pakar seni bina, Dr. Tan Loke Mun, yang merupakan bekas Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM).

Memiliki tanah seluas 929 meter persegi, mereka kemudian membeli rumah sebelah yang secara kebetulan hendak dijual, menjadikan jumlah keluasan keseluruhan tanah persendirian milik mereka setengah ekar atau 2,023 meter persegi.

Agak mustahil untuk menguruskan dua buah banglo pada satu masa di lokasi yang sama. Jadi David memutuskan untuk merobohkan kedua-dua banglo itu dan membina sebuah banglo di atas kedua-dua tapak itu.

Hasilnya, selepas lebih dua tahun kerja rekaan dan pengubahsuaian dilakukan, berdirilah sebuah banglo tiga tingkat, termasuk aras bawah tanah, di atas bukaan tapak seluas 20,000 kaki persegi (1,858 meter persegi).

Dari luar sudah dapat dirasakan betapa gah binaan berbumbung tinggi dan berpagar batu itu.

“Padahal pada asalnya saya hanya mahukan sebuah rumah yang kecil dengan laman yang luas,” kenang Anushia yang gemar berkebun.

Bentuk donat

Sebuah bilik pengawal, sebuah bilik pemandu, dapur basah dan kering selain bilik pembantu rumah dapat ditemui sama ada di aras satu atau aras bawah tanah.

Malah ruang tamunya di aras satu saja sudah ada tiga termasuk di luar rumah yang menghadap kolam mandi dan jakuzi.

Menariknya, kata Anushia, rumah itu meniru bentuk donat dengan memiliki laman dalam rumah di tengah-tengah bangunan.


DARI IKUT ARAH JAM: BATU granit berwarna hitam yang dipasang pada lantai menambah efek dramatik ruang tamu ketiga ini.
LAMAN dalam di tengah-tengah bangunan yang menyumbang kepada pencahayaan dan pengudaraan.
PINTU hayun ala koboi menjadi simbol santai ruang berhibur dan berlibur.
DEK di atas bumbung bakal memberi David sekeluarga pemandangan percikan bunga api yang hebat di seluruh Lembah Klang.


Laman yang menghijau dan ditumbuhi pokok yang tinggi itu pula dapat dinikmatinya dari aras satu sehinggalah ke aras tiga melalui dinding kaca yang memagari. Kata Anushia, angin yang berhembus melaluinya sangat nyaman dan menyegarkan.

“Ia membolehkan rumah ini menjimatkan tenaga. Dengan adanya laman di tengah-tengah rumah seperti ini, kami mendapat pencahayaan dan pengudaraan semula jadi yang menyihatkan.

“Rumah ini juga tidak terputus di mana-mana. Anda boleh sampai ke semua bahagian rumah ini melalui laluan mana pun,” terangnya.




Aras dua merupakan sisipan privasi rumah berkenaan yang menempatkan lima bilik tidur utama. Masing-masing dilengkapi bilik air, almari besar, balkoni dan taman peribadi.

“Saya suka tengok rumah sentiasa kemas dan bersih. Jadi sebaiknya barangan yang perlu saja ada di dalam satu-satu ruang.

“Kalau boleh, permaidani pun kami elakkan,” kata ibu kepada dua orang anak itu yang dapat menikmati keindahan dan kehijauan taman dari bilik airnya. Kalau diperhatikan, bilik anak-anak juga direka dengan asasnya tidak terhad kepada usia sekarang.

“Biarlah anak-anak dapat menggunakan bilik mereka sehingga dewasa,” tambah Anushia.

Bumbung rumah

Keistimewaan rumah itu, kata David pula, sebenarnya terletak di aras tiga kerana ia adalah alasan sebenar rumah itu dibina sedemikian rupa.

“Kami suka melayan tetamu, terutama rakan-rakan dan keluarga. Jadi kami mahukan rumah yang praktikal dan sesuai bagi kegunaan semua peringkat umur. Disebabkan itu kami mendedikasikan aras tiga sebagai aras untuk menghiburkan para tetamu,” ujar David.

Sampai saja di aras tiga, keramahan mula terasa apabila kaki memijak lantai kayunya.

Membelok ke kiri, tetamu akan disapa oleh laluan yang panjang, diapit pemandangan menghijau laman dalam rumah dan dinding berhias lukisan abstrak kegemaran David.

Pintu hayun koboi menjadi indikasi tetamu bakal dijamu dengan kelainan. Dimulakan dengan sebuah bar berbentuk bulat binaan kayu cengal, bersebelahan dengannya tersedia satu set lengkap alatan muzik berupa drum, gitar, keyboard dan amplifier.

“Di sini, anak-anak, ahli keluarga dan tetamu dapat bermain alat muzik yang digemari. Ia satu cara kami menghabiskan masa bersama,” kata David yang sememangnya mempunyai ahli keluarga dalam aliran seni muzik.

Disusuli meja pool, ia membuka ruang kepada tetamu untuk menunjukkan bakat menggabungkan teori matematik dan fizik yang tampak ringkas tetapi kompleks.

Sebuah bilik yang kalis bunyi pula dikhaskan sebagai bilik karaoke buat mereka yang mempunyai kelebihan vokal.


DARI IKUT ARAH JAM:BAHAGIAN atas bar bulat ini diperbuat daripada kayu cengal.
BILIK air bilik utama ini menghidangkan privasi maksimum kerana kedudukannya searas lebih tinggi berbanding rumah jiran di sekeliling.<>brPEMANDANGAN luar banglo tiga tingkat ini kelihatan seperti sebuah pejabat.
KOLAM mandi dan jakuzi menghiasi laman sisi rumah ini.


Di aras itu juga tetamu dewasa diberi ruang untuk menikmati cerut dan bermain poker di bilik-bilik khas.

Menjelang sambutan tahun baru kelak, keluarga sederhana besar ini juga sudah mempunyai lokasi untuk dituju. Ke mana lagi kalau bukan ke bumbung rumah sendiri.

Melihatkan potensi kedudukan dan ketinggian rumah itu, sebuah dek dibina khas di atas bumbungnya. Lengkap berlantai jaring besi dan berlampu yang menyuluh ke lantai, mereka bakal menikmati pancaran cahaya bunga api dari segenap pelosok ibu kota terutama KLCC dan Menara Kuala Lumpur.

Pendek kata, semua orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai ruang sendiri untuk berhibur dan berlibur!

Saturday, October 31, 2009

Malaysia KITA

" ARchiteCTURE for LIFE "

Santap bersimpuh di pangkin selesa


SOOKA Sentral menjadi tumpuan golongan profesional dan pelancong asing.


JIKA mengunjungi pusat beli-belah Sooka Sentral di Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur, jangan lupa singgah di restoran berteraskan kesenian Melayu tradisional, Kelantan Delights yang terkenal dengan sajian istimewa dari Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Berwajah baru selepas berpindah dari lokasinya sebelum ini di Suria KLCC, restoran bertaraf lima bintang itu menampilkan seni bina eksklusif dengan elemen tradisional dan kontemporari bergabung.

Menurut pemiliknya, Juhaidi Yean Abdullah, 49, dekorasi dalaman yang direka khusus itu adalah bagi memberi pengalaman baru buat pelancong asing di samping menggamit kembali nostalgia rakyat Malaysia.

“Saya ingin memartabatkan masakan tradisional Kelantan dan memberi peluang kepada orang ramai khususnya pelancong menikmati makanan Melayu yang sebenar dalam suasana restoran bertaraf lima bintang,” tutur Juhaidi.

Bagi usahawan kelahiran Kota Bharu itu, tempat menjamu selera perlu menampakkan ciri keselesaan yang maksimum.

“Pengurusan ruang makan di Kelantan Delights juga boleh dilihat menerusi campuran rekaan restoran barat, China dan juga Jepun. Saya suka melihat kelainan.

“Kalau tidak, tempat itu akan nampak biasa sahaja,” ujarnya yang berpendapat lokasi restoran itu sangat strategik kerana dikelilingi pusat beli-belah dan hotel-hotel terkemuka.

Menyediakan empat ruang berlainan, restoran berkeluasan 4,300 kaki persegi itu turut mempamerkan aliran rekaan dan penggayaan terancang dan sempurna.

“Restoran ini mempunyai empat ruang berbeza dengan dua daripadanya bergabung membentuk ruang utama.

“Ruang utama mempunyai dua jenis gaya bersantap, pertama yang dilengkapi dengan kerusi dan meja, manakala bagi yang mahu makan sambil bersimpuh atau bersila, satu ruang lain disediakan,” jelasnya.

Kawasan makan secara bersila atau bersimpuh di atas bantal khas sambil menghadap sebuah meja bulat yang luas dan selesa itu boleh memuatkan sehingga lima orang pengunjung.


SANTAPAN jiwa. Ruang balkoni menyediakan udara segar dan panorama indah di persekitaran Sooka Sentral.


Ditempatkan di atas ruangan khas berlantaikan kayu seumpama pangkin luas, pengunjung pasti teruja dengan konsep rekaannya yang kemas dan sistematik.

Balkoni bentuk U

Bagi mereka yang sudah biasa bersantap cara moden di meja dan kerusi, boleh memilih untuk menikmati juadah di ruang yang menempatkan meja makan dan boleh memuatkan sehingga 14 orang pada satu-satu masa.

Satu pendekatan kreatif dapat dilihat pada bahagian siling ruang ini yang dihiasi kemasan kerawang kayu, yang apabila bersatu dengan pancaran lampu kuning segera menerbitkan percikan keindahan visual.

“Kedua-dua ruang ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Ruang bersimpuh atau bersila memang direka untuk pengunjung yang mahu bersantap ala kampung.

“Tapi biasanya pengunjung yang datang dalam bilangan yang ramai akan memilih ruang meja makan disebabkan ia lebih luas berbanding ruang bersimpuh atau bersila tadi,” akui Juhaidi.

Selain ruang utama, pengunjung boleh memilih sama ada untuk menikmati kelazatan juadah di Kelantan Delights dalam ruang yang tertutup atau terbuka.

Sesuai sebagai tempat tetamu VIP menjamu selera, satu ruang makan tertutup turut tersedia.

Bersempadankan pintu kayu dan dinding kaca penuh dari lantai ke siling, ruang yang terletak bersebelahan ruang utama itu disediakan khusus untuk keluarga atau pelanggan yang inginkan privasi.

Mengaplikasikan suasana moden sebagai tema, semestinya privasi dapat dinikmati di sini. Boleh memuatkan sehingga 10 orang pengunjung pada satu-satu masa, padanan meja panjang dengan kerusi berona hitam yang dipilih tampak begitu ringkas tetapi masih menggambarkan gaya eksklusif.


JALINAN kemesraan lebih erat terjalin apabila menikmati juadah lazat dalam suasana harmoni sambil bersila atau bersimpuh.


“Di ruang ini kami akan meletakkan seorang pelayan khas bagi memastikan pelanggan VIP diberi layanan istimewa, ” ujar Juhaidi.

Konsep itu juga dilihat menepati gaya korporat pengunjung yang kebanyakannya daripada kelompok eksekutif.

Pintu gerbang RM14,000

Jika mahu menikmati suasana kota dan udara segar, sambil menjamu mata menerokai panorama indah Sooka Sentral, balkoni adalah jawapannya.

Dengan menampilkan rekaan berbentuk U, ia boleh memuatkan sehingga 100 tetamu.

“Biasanya mereka yang makan di ruang terbuka ini gemar melayari Internet dan merokok.

“Balkoni memuatkan dua jenis konsep perabot iaitu set kayu jati buatan Indonesia dan juga perabot moden. Selain itu, kami turut menyediakan kemudahan Internet secara percuma,” jelasnya.

Meneliti secara lebih terperinci, dekorasi Kelantan Delights nyata tampil berkarakter.

Faktor kemasan dinding dan warna cerah memainkan peranan penting sebagai tenaga hidup dalam tata hiasnya. Menggabungkan elemen konkrit dan kaca, ternyata hasilnya sangat mengagumkan.

“Bagi menghidupkan (aura) ketiga-tiga jenis material cermin, konkrit dan kayu, saya gunakan efek lampu sebagai penyeri kemasan di bahagian dalam restoran.


ALAT perhiasan tembaga dan tekstil tradisional turut dijadikan pesona visual.


“Kalau ada rezeki, mungkin saya akan tambah lagi dua konsep hiasan yang berasaskan coffee bar dan dapur terbuka,” beritahu Juhaidi lagi.

Selain setiap sudut, dinding dan ruang dihiasi dengan perhiasan unik seperti kayu berkerawang, paling mempesonakan ialah pintu gerbang yang memisahkan ruang utama dan balkoni restoran ini.

“Pintu gerbang ini diinspirasikan daripada replika pintu masjid lama, yang kebanyakannya terdapat di Thailand. Ia dihasilkan oleh dua pengukir khas dari Bachok, Kelantan dengan kos sebanyak RM14,000.

“Ia lebih bercirikan motif kesenian Kelantan,” ujar Juhaidi.

BULOH or BambOO?

" ARchiteCTURE for LIFE "

Seni estetika buatan tangan

Mempamerkan seni estetika yang menawan. Ia jelas memerlukan kemahiran pembuatan yang tinggi.




"ORANG yang kaya rumahnya diperbuat daripada tembok (batu), orang yang betul-betul kaya rumahnya diperbuat daripada buluh." Itulah kata-kata yang pernah diungkapkan bekas Menteri Kehakiman Indonesia, Ismail Saleh.

Barangkali kata-katanya itu sukar untuk dicerna minda sesetengah kita kerana apa yang bermain di imaginasi jauh berbeza. Kita melihat dan membayangkan rumah buluh sebagai binaan tradisional yang daif dan dihuni oleh manusia yang hidup di luar arus pemodenan.

Sebenarnya, kata-kata Ismail itu merujuk kepada betapa sukarnya untuk mencari tenaga pakar untuk membuat rumah daripada buluh. Tidak seperti rumah batu yang pengusahanya boleh dicari dengan mudah. Lebih penting lagi, rumah buluh yang dibina bukan rumah buluh biasa yang ringkas, sebaliknya menerima suntikan moden dan bernuansa mewah!

Selama ini, kita di negara ini mungkin memandang sepi pada buluh. Kita memandangnya 'kosong' sekosong rongganya. Mungkin tidak terlintas pun di fikiran yang ia sebenarnya begitu berharga dan mampu menonjolkan ciri kemewahan. Paling baik pun, sekadar dijadikan tabung atau masakan lemang.

Banglo bambu

Kesempatan mengunjungi rumah buluh dua tingkat di sebuah kawasan di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini benar-benar membuka minda. Kediaman umpama banglo bambu milik Ramadhan Abdul Hamid bagai membuktikan rumah buluh boleh menjadi rumah yang dikomersialkan. Ia boleh dianggap sebagai kediaman buluh pertama seumpamanya di negara ini.

Aura nyaman mula menerpa saat kaki melangkah masuk ke dalam rumah tersebut pada tengah hari itu.

Lebih segar apabila mata melihat rekaan dalaman rumah yang didominasi warna coklat keperangan. Buluh-buluh beraneka saiz dan jenis itu membentuk dinding, tiang, penglari rumah bahkan lantai tingkat atas.

Kebanyakan perabot juga diperbuat daripada buluh.

"Rumah ini sendiri dah jadi macam pendingin hawa. Sebabnya, buluh itu mempunyai rongga yang boleh memerangkap haba panas dan apabila malam hari ia akan mengeluarkan bahang panas itu.

Itulah yang orang kata, sejuk di siang hari, hangat di malam hari. Hangat yang bukanlah terlalu panas sebaliknya rasa suam tak perlu pakai selimut.

"Kalau anda tidak percaya, cuba letakkan telinga anda pada buluh dan anda akan dengar bunyi seakan menderu. Itulah bunyi haba yang diserap dan dilepaskan," ujar Ramadhan meyakinkan.

Seni estetika

Mahligai bambu itu mempamerkan seni estetika yang menawan. Ia jelas memerlukan kemahiran pembuatan yang tinggi. Buluh betung yang besar dan mempunyai diameter yang lebih panjang sesuai menjadi tiang, buluh gombong untuk lapisan atap dan buluh tali untuk bahagian penglari.

Buluh-buluh diikat antara satu sama lain menggunakan tali ijuk yang berwarna lebih gelap demi memelihara keseniannya. Rumah buluh itu lengkap dengan bilik-bilik, ruang tamu, dapur, tandas dan anjung.

Bagaimanapun, rumah buluh itu bukanlah binaan buluh sepenuhnya. Ini kerana untuk menjadikan rumah buluh tahan lama hujung buluh tidak boleh ditempelkan terus pada tanah berikutan percampuran unsur basah dan kering.

Oleh sebab itu, bahagian bawah rumah dibina menggunakan batu simen atau dikenali sebagai umpak. Tambahnya lagi, buluh sarat nilai tradisional, justeru adalah sukar untuk menyerlahkan konsep moden dengan buluh semata-mata.

Itulah sebabnya ia turut digabungkan dengan sedikit elemen logam, cermin dan kayu.


RAMADHAN menyifatkan rumah buluh bersifat seperti pendingin hawa.


Material yang kuat

Dari pandangan mata kasar, buluh mungkin nampak tidak kuat, tetapi sebenarnya ia material yang amat kuat. Jambatan Sinchuan di China yang diperbuat daripada buluh masih digunakan lagi selepas 1,000 tahun.

Ia juga tidak mudah roboh atau musnah apabila dirempuh gempa bumi kerana sifat elastiknya.

Media-media di Indonesia melaporkan, ketika gempa bumi berlaku di Jawa Barat baru-baru ini, rumah-rumah buluh di Kampung Naga, Garut utuh seratus peratus sedangkan banyak rumah batu yang runtuh. Bahkan, kini terdapat usaha membina rumah buluh untuk penduduk-penduduk di kawasan lazim gempa di Indonesia dan China.

Jurutera-jurutera India dan British juga telah membuktikan bahawa rumah yang dibina daripada buluh mampu bertahan daripada gempa. Ujian ke atas prototaip rumah buluh yang dihentam dengan gegaran skala sebesar 7.8 skala Richter tidak roboh langsung, malahan catnya juga tidak merekah.

"Ia memang kuat. Hari itu saya menerima rombongan seramai 40 orang dan mereka ramai-ramai naik tingkat atas rumah ini tapi tiada masalah pun," kata Ramadhan. Bekas pegawai bank itu tinggal bersendirian di rumah yang baru sahaja siap itu.

Rumah buluh tersebut dibangunkan oleh sebuah syarikat pembinaan tempatan, Istana Bambu Sdn. Bhd. yang mahu melihat industri buluh berkembang di negara ini.

Ia diterajui oleh usahawan bercita-cita tinggi, Mior Shariman Moksin. Menurut Mior, rumah buluh di Hulu Langat itu merupakan projek pertama syarikat itu dan boleh dianggap sebagai 'salam perkenalan' terhadap industri rumah buluh di negara ini.


BULUH merupakan material yang kuat dan mempunyai keupayaan memerangkap haba.


Kegigihannya terserlah apabila sanggup berkunjung ke beberapa negara Asia untuk mempelajari dan menjalin kerjasama. Hasilnya dia telah menguasai teknologi pengawetan dan kemahiran pembuatan produk buluh. Selepas kira-kira dua tahun menimba ilmu, dia kini mula mempraktikkannya di negara ini.

"Bukanlah satu tugas mudah untuk memulakan industri baru di Malaysia, banyak yang perlu dipelajari, masa yang dikorbankan dan wang ringgit yang dilabur untuk memastikan industri buluh menjadi antara penyumbang kepada sumber pendapatan bagi rakyat dan negara ini" katanya ketika ditemui di pejabatnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, negara-negara jiran telah mempunyai industrinya sendiri dan telah menembusi pasaran Eropah, Amerika, Asia Barat dan lain-lain. Melihatkan pasaran yang terbentang luas Mior mengajak masyarakat Malaysia untuk bersama-sama membangunkan industri ini.

Potensi

Mior mengharapkan industri buluh di negara ini akan berkembang dan memberi perolehan yang besar buat negara. Buluh terbukti memberikan keuntungan yang besar buat negara-negara jiran seperti Vietnam.

Kira-kira 45 peratus daripada resort buluh di Hawaii diusahakan oleh Vietnam.

"Kita mempunyai keseluruhan 421,719 hektar tanaman buluh di Semenanjung Malaysia. Mengapa kita tidak memanfaatkannya?" katanya yang banyak menerima undangan memberi ceramah mengenai buluh termasuk dalam Forum Buluh: Material Untuk Milenium Baru di Pusat Sains Negara beberapa bulan lalu.


SYARIKAT Istana Bambu Sdn. Bhd. mampu menghasilkan produk-produk berasaskan buluh dengan rekaan moden.


Apakah kelebihan rumah buluh? Mior berkata, pembuatan rumah buluh juga bersifat ekonomi kerana ia cepat dan murah. Bahkan, harga buluh juga secara relatifnya lebih murah daripada kayu.

"Untuk membuat sebuah rumah berkeluasan 8 x 8 meter memerlukan kira-kira 4,600 batang buluh. Ia boleh disiapkan selama 20 hari sahaja kalau tidak hujan.

"Kita menawarkan beberapa pilihan rekaan rumah untuk dipilih oleh pembeli. Terdapat juga pakej rumah lengkap dengan perabot-perabot buluh yang direka oleh pihak kami," ujarnya.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lanjut mengenai Istana Bambu, rumah dan harga yang ditawarkan bolehlah menghubungi Istana Bambu di talian 019-338 1858, e-mel di alamat info@istanabambu.com atau layari istanabambu.com.

Tokoh Islam Terbilang Malaysia

" ARchiteCTURE for LIFE "

Biodata Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin


Saya seorang hamba Allah seperti hamba-hambanya yang lain. Tiada kelebihan, melainkan jika ada hanya kurniaanNya semata. Dalam perjalanan kita hidup setakat ini telah direzekikan dan diuji dengan beberapa kesempatan seperti berikut;

NAMA: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
LAHIR: 1971
TEMPAT LAHIR: Bukit Mertajam, S. Perai, Pulau Pinang

JAWATAN:

  • Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM. (JAWATAN TETAP)
  • MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS (dipinjam dari USM oleh Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008).
  • Sekarang sedang menjalani cuti sabatikal di UK di bawah USM.

PENDIDIKAN FORMAL:

  • Sek Men Agama Al-Irsyad, S. Perai, P.Pinang
  • Kolej Islam Klang
  1. B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan
  2. M.A Pengajian Islam USM.
    Tajuk: Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.
  3. Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003)
    Tajuk: Sabab Wurud al-Hadith: Dirasat Tahliliyyat Bi Tarkiz Khas ‘ala al-Dawabit wa al-Ma’ayir.
  4. IJAZAH HADITH: mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001). Sila lihat artikel: KEMBARA ILMU KE INDIA

ANUGERAH:

  • Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis.
  • Penerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H.
  • Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H
  • Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H

AKTIVITI SAMPINGAN:

  • Kolumnis Tetap Mingguan Ruangan Pena Mufti, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA. (11 Mac 2007-30 Nov 2008).
  • Kolumnis Tetap Minda DR. MAZA dari UK, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA (13 Disember 2008- sekarang)
  • Pemilik Laman Web ‘MINDA TAJDID’ : drmaza.com

PENERBITAN

  1. Penyelewengan Buku “As-Salafiyyah al-Wahabiyyah: Satu Penilaian”. Persatuan Muhammadiyah, Singapura (2003).
  2. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah (edisi kedua). Pustaka Yamien Sdn. Bhd. Kuala Lumpur (2003).
  3. Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
  4. Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
  5. Selangkah Ke Arah Memahami al-Sunnah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
  6. Bid’ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami. Jahabersa, Johor (2005).
  7. Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Research Centre, International Islamic University, Malaysia. (2005).
  8. Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Lebanon (second edition: 2006)
  9. Risalah Koordinasi Ilmiah Ke-9: Islam Hadari. Jemaah Dato’-Dato’ Perlis.
  10. Islam Liberal. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
  11. Sunnah Mengenai Adab Perbezaan Pendapat Antara Rakyat Dengan Pemerintah. Kerajaan Negeri Perlis (2006).
  12. Al-Imam al-Syafi’i: Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006)
  13. Dasar Aparteid Terhadap Wanita Di Malaysia. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
  14. Membela Islam: Tanggungjawab & Disiplin. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
  15. Fanatik Mazhab: Kesan Terhadap Pemikiran Umat, Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2007).
  16. Arus Tajdid: Fikrah Merentasi Jemaah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2007).
  17. Hadis Palsu: Kesan Terhadap Pemikiran Umat. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2007)
  18. Tajassus Dalam Operasi Pencegahan Munkar. Jabatan Mufti Negeri Perlis. (2008).
  19. Adab-Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah. Jabatan Mufti Negeri Perlis. (2008).
  20. Warisan al-Hadis: Antara Teras Dengan Dinamika Pemikiran. Penerbitan USM. (2008).
  21. Mengemudi Bahtera Perubahan Minda. Utusan Publication. (2008)

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA:
TAHUN 2004

  1. Al-Ijtihad fi Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith: Asbabuh wa Adawatuh. Seminar Hadith Antarabangsa,USM (2004)
  2. ‘Alaqat Huruf al-Ma‘ani bi Ma’rifat Sabab al-Hadith al-Nabawi. The First International Conference On The Role Of Language in Dialogue Amang Civilazations, University Of Asfahan, Iran (2004). (tidak hadir).
  3. Pandangan Ahli Sunnah Mengenai Tarikat. Seminar Aqidah Yang Dituntut, Singapura (2003).
  4. Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Menilai Maklumat Dan Menghukum Individu. Seminar Ahli Sunnah, Pertubuhan Al-Nida. Kuala Lumpur (2003).
  5. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Seminar Sejarah Pertelingkahan Sahabah, Dewan Agama & Falsafah DBP & UIA (2004).
  6. Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Seminar Menilai Tarikat, Majalah NUR (2004).
  7. Pengaruh Syiah Dalam Pemalsuan Hadith. Seminar Syiah, UIA (2004).
  8. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Diskusi Ilmiah Sejarah Sahabah, Kolej Islam Darul Ehsan Selangor (KISDAR) (2004).
  9. Majlis Memperkatakan Buku, DBP (2004).
  10. Pembentangan Buku “Langkah-Langkah Ke Arah Memahami al-Sunnah”, Al-Falah, USJ (2004).
  11. Konsep Bid’ah Dalam Islam: Satu Perbahasan. Seminar Perkembangan Ilmu, Pejabat Mufti P.Pinang (2004).
  12. Seminar Islam Hadhari: Membentuk Generasi al-Quran dan al-Sunnah. Multaqa Ulama Kebangsaan, Kerajaan Perlis (2004).
  13. Peranan Ijtihad Dalam Ilmu Sabab Wurud al-Hadith. Seminar Usul Fiqh. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) (2004).
  14. Ta‘amul al-Ahadith al-Nabawiyyah Ma’ al-Sunan al-Ilahiyyah Min Khilal al-Ab‘ad al-Arba’ah (تعامل الأحاديث النبوية مع السنن الإلهية من خلال الأبعاد الأربعة), International Seminar On Islamic Thought. UKM (2004).
  15. TAHUN 2005

  16. Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya, Seminar Tajdid 2005, Persatuan Muhammadiyah Singapore (2005)
  17. Ancaman Terhadap Islam Tulen. Seminar Bahaya Islam Liberal, DBP & Karangkraf. (2005).
  18. Adab Dan Etika Perbezaan Pendapat Antara Pemerintah Dengan Yang DiPerintah: Manhaj al-Sunnah. Seminar Peradaban Ummah Peringkat Negeri Perlis. Jabatan Hal Ehwal Islam Perlis (2005).
  19. Riwayat Israiliyyat Dan Kesan Negatifnya Terhadap Islam Dalam Era Kemajuan Umat. International Seminar On al-Quran 2005, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
  20. Asas Memahami al-Hadith. Seminar Ihya al-Sunnah, Madrasah Wak Tanjong, Singapore. (2005)
  21. Penindasan Ekonomi Di Negara Umat Islam. Darul al-Quran JAKIM, Kuala Kubu Selangor. (2005)
  22. Kesederhanaan Islam Dalam Amar Makruf Dan Nahi Munkar. Seminar Kesederhanaan Islam 2005 Antarabangsa. Kedutaan Arab Saudi & Kerajaan Perlis.
  23. Kritikan Terhadap Islam Liberal Dari Perspektif Hukum Islam Semasa. Seminar Hukum Islam Semasa IV 2005. UM.
  24. Menangani Isu Bidah Melalui Pendekatan al-Quran Dan al-Sunnah. Persatuan Pegawai-Pegawai Agama Perak (2005).
  25. Bid’ah Hasanah. Seminar Penghayatan al-Sunnah, Kerajaan Negeri Perlis (2005).
  26. TAHUN 2006

  27. Pendirian Para Imam Ahl al-Sunnah Dalam Membela Amalan Sunnah. Wacana Pemikiran Islam: Ahli Sunnah Arus Perdana, GPK/Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan/Majlis Agama Islam Kelantan (24 Feb 2006).
  28. Imam al-Syafii: Latar Sejarah Dan Disiplin Kesarjanaan. Seminar Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran al-Imam al-Syafii. Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd/DBP (11 Mac 2006).
  29. Kesan Negatif Hadith Maudu’ Terhadap Masyarakat. Seminar Hadith. Persatuan Ulama Malaysia (Perak). (15 Julai 2006).
  30. Fawaid Ma’rifat Sabab Wurud al-Hadith fi Syarh al-Hadith. International Conference On The Quran and Sunnah: Methodologies Of Interpretation. Islamic Universiti Islam Antarabangsa (17-18 July 2006).
  31. Ke Arah Memahami Tajdid. Seminar Gerakan Tajdid. Muslim Profesionals Forum. (23 Julai 2006)
  32. Kesan Negatif Fanatik Mazhab Terhadap Umat. Seminar Mazhab Fiqh Dalam Islam. Madrasah Wak Tanjong Singapore. (5-6 Ogos 2006)
  33. Al-Maqasid al-Syar’iyyah fi al-Adab al-Nabawiyyah fi Islah al-Hukkam. Seminar Maqasid al-Syariah wa Subul Tahqiqiha fi al-Mujtama’ al-Mu’asir. International Conference On Islamic Jurisprudence And The Challenges Of 21st Century, Islamic Universiti Islam Antarabangsa (8-10 Ogos 2006).
  34. TAHUN 2007

  35. Tajassus Dalam Operasi Pencegahan Munkar. Seminar Tangkap Basah Peringkat Kebangsaan. Kerajaan Negeri Perlis. (8 Feb 2007).
  36. Pendirian Ulama Ahl al-Sunnah Dalam Mempertahankan Sunnah. Seminar International Pembaharuan Pemikiran Islam. Universitas Hamka, Hotel Aryaduta, Jakarta. (18-20 Februari 2007)
  37. Bangsa Melayu: Satu Persimpangan Identiti Belia Dari Perspektif Islam. Sidang Meja Bulat, Geostrategik, Bil 1/2007, Bahagian Keselamatan Negara, JPM Dengan Kementerian Belia Dan Sukan, Hotel Reniassanse, Melaka. (3-7 April 2007).
  38. Beberapa Peranan Sirah Dalam Tamadun Manusia. Seminar Warisan Nabawi, University Sains Islam Malaysia, Kuala Lumpur (12 Julai 2007).
  39. Al-Imam al-Ghazali r.h: Beberapa Kritikan Ulama Terhadap Karya-Karyanya. Seminar Pendekatan Ahl al-Sunnah (Mazhab-Mazhab). Universitas Muhammadiyyah Sumatera Utara, Hotel Garuda, Plaza Medan. (10-11 Ogos 2007).
  40. Islam Dan Cabaran Pemikiran. Munaqasah Fikr Islami, Yayasan Islam Trengganu. Kuala Trengganu. (14 Ogos 2007)
  41. Hadis Palsu: Kesannya Terhadap Imej Umat. Seminar Imej Islam, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiyyah, Singapura. (25-26 Ogos 2007).
  42. Ucaptama: Wanita Dan Syariat. Minum Petang WIRDA, Masjid Wilayah, KL. (28 Oktober 2007).
  43. Peranan Pegawai Pengurusan Masjid Dalam Menjana Penghayatan Sunnah. Seminar Pengurusan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis. (17 November 2007)
  44. Konflik Umat Islam Masa Kini (Mengapa Kita Gagal Membina Tamadun). Diskusi Semasa, Yayasan Islam Trengganu. Kuala Trengganu. (27 Disember 2007).
  45. TAHUN 2008

  46. Perancangan Bandar Satu ‘Ibadah. Wacana Ilmu Perancangan Bandar Dari Perspektif Islam. Kuliyyah Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar, UIAM. (17 Jun 2008).
  47. Keperluan Muzakarah Antara Parti-Parti Politik Muslim. Seminar Masa Depan Politik Malaysia. Kolej Ungku Omar, UKM. (23 Julai 2008).
  48. Al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah Dan Karya Sirahnya Zad al-Ma’ad. Seminar: Buku Agung Dan Karya Perdana Dalam Tamadun Islam Dan Peradaban Melayu, IKIM. (12-13 Ogos 2008)

Friday, October 30, 2009

Khutbah Jumaat - 30 Oktober 2009

" ARchiteCTURE for LIFE "
"PENYAKIT HATI"
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Berdasarkan ayat 28 dalam surah Ar-Ra'du yang dibacakan diawal khutbah tadi, marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT, kerana zikir ini dapat memberikan ketenangan hati kepada seseorang.

Sesungguhnya hati manusia memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk peribadi seseorang insan. Hati yang baik akan melahirkan tingkah-laku yang baik dalam diri seseorang, manakala hati yang tidak baik pula akan menzahirkan sifat-sifat keji dan mazmumah dalam diri seseorang insan.

Rasulullah SAW bersabda;

"Bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada seketul daging, sekiranya baik daging tersebut maka baiklah seluruh tubuhnya tetapi sekiranya rosak daging tersebut maka rosaklah seluruh tubuh, daging tersebut ialah hati"

(Riwayat Bukhari dan muslim)

Imam Gazali ra membahagikan atau ‘Al-Qalbu' kepada dua pengertian iaitu;

Pertama: Hati sebagai segumpal daging yang terletak di dada sebelah kiri manusia yang boleh dilihat dengan mata kasar manusia.

Kedua: Hati dalam erti yang halus bersifat ketuhanan dalam rohani yang ada hubungan dengan hati jasmani yang pertama tadi. Hati dalam erti kata yang kedua ini disebut juga sebagai jiwa dan perasaan yang mendorong manusia melakukan sesuatu kebaikan atau keburukan. Kebaikan yang dilakukannya oleh manusia adalah kerana hati dan rohaninya baik, sedangkan kejahatan yang dilakukannya pula adalah kerana hati dan jiwanya telah rosak dan sakit.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Penyakit hati adalah berpunca daripada sifat-sifat keji (mazmumah)yang wujud dalam diri manusia, didalangi oleh iblis dan syaitan laknattullah. Dan syaitan adalah musuh yang sentiasa berusaha untuk memiliki dan menguasai hati dan jiwa anak-anak Adam sehinggalah hari kiamat. Oleh kerana itu, adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk memelihara hati daripada dimasuki dan dikuasai oleh syaitan.

Imam Gazali menyatakan di dalam kitab ‘Ihya' Ulummudin ada dinyatakan bahawa hati manusia akan dapat dikuasai oleh syaitan melalui beberapa cara, antaranya;

*Perasaan Marah.

Syaitan akan sentiasa mengapi-apikan sehingga manusia sanggup melakukan perkara-perkara di luar batas kemanusiaan.

*Perasaan Hasad Dan Dengki.

Syaitan juga akan mengapi-apikan sehingga menyebabkan berlakunya fitnah-menfitnah sesama manusia.

*Apabila Manusia Mengutamakan Nafsu Shawat.

Syaitan akan melalaikan manusia daripada melakukan Solat dan Zikrullah.

*Sifat Bakhil Dan Kedekut.

Penyebab kepada manusia susah untuk bersedekah dan menginfaqkan hartanya pada perkara-perkara kebaikan.

*Terlalu Tergopoh-Gapah Dan Tidak Istiqamah Dalam Berbagai-Bagai Urusan.

Bersikap fanatik terhadap perasaan sendiri dan meremehkan pendapat orang lain, kerana syaitan akan menimbulkan jalan bahawa perbuatan itu adalah benar dan menyangka ia telah berbuat kebaikan. Bersangka buruk sesama umat Islam, sentiasa berperasaan was-was dan lain-lain lagi.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Apabila hati manusia telah dapat digoda dan dipengaruhi oleh bisikan syaitan, maka akan timbullah pula berbagai jenis penyakit hati, antaranya:

1: Sentiasa memenuhi kehendak dan tuntutan nafsu syawat dan mengenepikan tuntutan agama. Golongan ini dianggap sebagai bertuhankan nafsu sendiri. Firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan ayat 43;

‘Terangkan kepadaku (wahai Muhammad) tentang keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi penjaga (yang menjaganya supaya tidak sesat?)'

Sentiasa melakukan kesalahan demi kesalahan dan tidak pernah pula menyesal atas kesalahan yang telah dilakukan. Golongan ini sentiasa menambah dosa diri dari sehari ke sehari sehinggalah hati mereka tertutup dari menerima hidayah Allah SWT.

2. Di antara tanda hati yang sakit juga ialah apabila kemewahan dunia telah menguasai diri seseorang, maka pada saat itu ia tidak lagi mengingati kehidupan akhirat dan tidak akan berusaha untuk mendapatkannya. Rasa tamak haloba yang bersarang dalam hatinya menyebabkan ia terus mengejar kekayaan di dunia dengan apa cara sekalipun, tidak mengira halal haram sehingga sanggup melakukan penipuan, rasuah dan sebagainya semata-mata ingin menggapai apa yang dihajati daripada milik orang lain.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud;

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) diantara kamu dengan jalan yang batil (yang salah menurut syara') dan janganlah pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)"

Sidang jumaat yang dirahmat Allah,

Apa yang kita lihat dikalangan masyarakat kita pada hari ini, terjadinya perselisihan faham, kekecohan, pergaduhan, perebutan kuasa dan sebagainya adalah disebabkan oleh perasaan hasad dengki dan tamak haloba yang telah bersarang di dalam hati mereka. Mereka hanya mengutamakan nafsu dan kepentingan diri sendiri sehingga sanggup melontarkan berbagai-bagai tuduhan dan fitnah kepada kesepaduan masyarakat umum. Akibatnya masyarakat menjadi berpecah-belah dan kehidupan mereka menjadi tidak tenteram. Dalam keadaan begini pun, mereka masih lagi mahu menggunakan kesempatan yang ada untuk memenuhi keinginan nafsu syawat mereka.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Penyakit hati yang disebabkan dari sifat-sifat Mazmumah, jika tidak diubati pasti akan merosakkan ahklak dan budi pekerti seseorang muslim. Oleh kerana itu, hati manusia yang telah sakit itu perlulah diubati segera bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar kepada masyarakat sekeliling.setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, apakah ubatnya yang paling mujarab untuk menyembuhkan hati yang telah sakit itu? Apakah dengan berhibur di pusat-pusat hiburan seperti karaoke sebagainya atau dengan menuntut filem-filem yang melalaikan? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah dengan memperbanyakkan Zikrullah.

Firman Allah dalam surah Ar-Ra'du ayat 28:

"(Yaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati dengan zikrullah" ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."

Perlu diingati bahawa Zikrullah itu bukan sahaja di majlis-majlis tertentu, bahkan ianya hendaklah dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa yang kita inginkan sama ada kita sedang berdiri, duduk, berbaring dan sebagainya.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Sebagai seorang hamba yang mengaku beriman kepada Allah SWT, marilah kita membersihkan jiwa kita daripada sifat-sifat Mazmumah yang menjadi penyebab kepada berlakunya penyakit hati. Hendaklah kita sentiasa mengingati Allah SWT dan bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan olehnya kerana dengan cara demikian kita akan dapat menundukkan perasaan tamak haloba, hasad dengki dan segala macam bentuk penyakit hati yang lain.

"Oleh itu, ingatlah kamu kepadaku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang), supaya aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatku)"

(Al-Baqarah ayat 152)

Khutbah Kedua

Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa, kami bersyukur kehadrat yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehungga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan Negara umat Islam khususnya Negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadratmu Ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianMu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Bacaaan 30 Oktober 2009

Wednesday, October 28, 2009

Related Posts with Thumbnails