PENDIDIKAN TERAS PERUBAHAN MASYARAKAT
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan meningkatkan pengabdian kepadanya dan meninggalkan segala laranganNya serta tingkatkanlah ilmu pengetahuan kita dalam semua bidang kehidupan. Semoga dengan pemantapan ilmu dapat membawa kepada kecemerlangan hidup dan mendapat keredhaan Allah SWT didunia dan diakhirat.
Marilah kita hayati semula ayat Al-Qur'an yang dibacakan di awal tadi, yang juga merupakan wahyu pertama diturunkan kepada baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Pada zaman Rasulullah, baginda menghasilkan generasi cemerlang berasaskan ajaran Al-Qur'an. Dalam maksud lain ialah bagaimana Rasulullah S.A.W berjaya mendidik mereka dengan kekuatan aqidah, kehebatan peribadi, kekentalan semangat jihad dan jiwa amanah yang tinggi. Ini akhirnya diakui generasi pada zamannya serta pada zaman berikutnya telah membangun sistem contoh dan akhirnya merintis ke arah pembangunan tamadun. Antara faktor yang menghasilkan kecemerlangan tersebut ialah kecintaan mereka terhadap ilmu. Mereka juga bersifat terbuka untuk mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat walupun dari sumber tamadun lain. Pada masa yang sama, tradisi ilmu itu dikembangkan menjadi sumber amalan.
Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan berteraskan falsafah dan prinsip Islam Berjaya membangunkan tamadun manusia umunya dan tamadun Islam khusunya. Kemunculan zaman kecemerlangan ilmu dan kegemilangan pendidikan semasa pemerintahan Islam telah memperlihatkan betapa relevannya pendidikan Islam yang Berjaya mencetuskan kecemerlangan peradaban dan membangunkan modal insan dari segi ilmu, iman, akhlak dan amal. Para intelektual pada masa itu berjaya menguasai pelbagai kepakaran dalam bidang tertentu.
Apabila diteliti maksud pendidikan itu sendiri, sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan dari nilai-nilai akhlak dan moral sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali yang menjelaskan bahawa pendidikan ialah menyamai budi pekerti mulia dalam diri kanak-kanak supaya merka dapat menilai antara yang benar dan yang salah manakala Said Muhammad Naqib Al-Attas menegaskan bahawa pendidikan merupakan proses penerapan akhlak dan adab ke dalam diri seseorang.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Pendekatan Islam dalam pendidikan akhlak amat menekankan kepada pengukuhan aqidah dan pembentukan rohani. Ini kerana, aqidahmerupakan teras Islam yang utama. Kepentingan aqidah dalam Islam dapat dilihat dalam nas-nas Al-Qur'an dan hadis yang banyak mengaitkan pembentukan akhlak dengan aqidah atau iman. Muhamman Kamal Hasan menegaskan bahawa kuat atau lemah iman seseorang dapat diukur dan diketahui dari perilaku akhlaknya. Iman yang kuat dapat mewujudkan akhlak yang mulia, sedangkan iman yang lemah akan melahirkan akhlak yang buruk dan keji.
Marilah kita lihat pula perkembangan dunia pendidikan di Negara kita. Rata-rata kita pasti merasa teruja dan gembira apabila melihat kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita di dalm kebanyakkan peperiksan awam, tetapi dalam masa yang sama, kes-kes yang berkaitan disiplin dan keruntuhan akhlak dikalangan pelajar dan remaja seperti meminum arak, penyalahgunaan dadah, merogol, membuli, pergaulan bebas, merempit atau jenayah jalan raya dan sejak akhir-akhir ini ditambah lagi dengan jenayah ragut dan samun yang semakin meningkat dan membimbangkan. Persoalannya sekarang ialah, apakah system pendidikan kita benar-benar mampu melahirkan modal insane yang seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial?
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Kita mungkin bersetuju bahawa, pendidikan Islam seharusnya memainkan peranan penting dalam melahirkan insane yang berakhlak dan bermoral. Pendidikan Islam juga seharusnya mampu mempengaruhi cara pemikiran dan tingkah laku anak-anak khusunya remaja, selain lebih terarah untuk mengamalkan nilai-nilai akhlak Islam, mengelakkan perbuatan buruk, mempunyai ketahanan diri, harga diri dan dapat mengelakkan diri daripada perbuatan buruk.
Sidang Jumaat yang dirahmati,
Bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, setiap anak perlu diberi ilmu pengetahuan yang secukupnya agar mereka menjadi manusia yang berpekerti mulia, yang mempunyai hemah yang tinggi, yang berjiwa besar, cintakan Negara, mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani dan akhirnya melahirkan insan yang berkualiti, sesuai dengan tujuan penciptaan manusia iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t di bumi ini sebagaimana firman Allah:
Jika ditinjau dari segi kaca mata Islam, pendidikan akhlak mempunyai kedudukan yang utam dan penting, memandangkan akhlak mencakupi keseluruhan perbuatan zahir manusia yang dihasilkan daripada dorongan kecewa, asas pembentukan peribadi insane yang terpuji, membentuk tingkah laku yang dapat menghindarkan masyarakat daripada kerosakan dan kemusnahan.
Selain itu, pendidikan akhlak bermatlamatkan untuk melahirkan insan yang berperibadi dan berwibawa tinggi, sesuai dengan keperibadian Islam itu sednrir. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
1- Membentuk semangat dan kecenderungan seseorang individu untuk melakukan kebaikan sehingga ia berusaha mewujudkan kebaikan untuk semua, berusaha menghindarkan tindakan yang jahat dan berupaya mencegah kejahatan dikalangan ahli masyarakat.
2- Membentuk semangat persaudaraan sesama manusia kerana pada asasnya manusia saling memerlukan antara satu dengan lain dalam menjalankan kehidupan. Ini bertepatan dengan maksud hadis Rasulullah s.a.w:
4- Membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang kukuh dan meningkatkan keluhuran jiwa manusia serta menjauhkan mereka daripada kebinasaan kerana mengikut keinginan hawa nafsu.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sebagai anggota masyarakat, marilah kita bersama memikirkan dan berusaha mencari jalan terbaik meningkatkan kualiti pendidikan Islam dan pendidikan akhlak untuk masa depan anak-anak kita khusunya dan seluruh umat Islam amnya.
Tanggungjawab ini tidak seharusnya diserahkan bulat-bulat kepada pihak sekolah atau pihak kerajaan semata-mata, sebaliknya kita wajib pikul bersama bagi mencapai kejayaan yang hakiki untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t dan mampu menjadi asas perubahan kepada masyarakat.
Buat akhirnya, bersempena dengan penetapan bulan Jamadil Awal sebagai bulan pendidikan Islam dan bulan Jamadil Akhir sebagai bulan akhlak peringkat negeri Selangor, marilah kita meningkat usaha untuk membentuk diri kita, anak-anak dan seluruh ahli keluarga kita sebagai insan berperibadi mulia dan soleh. Insan yang berakhlak mulia, mempunyai kesungguhan untuk melaksanakan prinsip-prinsip akhlak Islam dan menjauhi semua yang bersifat hina dan jahat. Bahkan mampu menyeru manusia lain untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jika kita berjaya mencapai tahap ini, maka kita akan digolongkan sebagai muslim yang sempurna akhlak, iman dan agamanya.
"Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan."
Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan meningkatkan pengabdian kepadanya dan meninggalkan segala laranganNya serta tingkatkanlah ilmu pengetahuan kita dalam semua bidang kehidupan. Semoga dengan pemantapan ilmu dapat membawa kepada kecemerlangan hidup dan mendapat keredhaan Allah SWT didunia dan diakhirat.
Marilah kita hayati semula ayat Al-Qur'an yang dibacakan di awal tadi, yang juga merupakan wahyu pertama diturunkan kepada baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya."
(Al-Alaq ayat 1 - 5)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Pada zaman Rasulullah, baginda menghasilkan generasi cemerlang berasaskan ajaran Al-Qur'an. Dalam maksud lain ialah bagaimana Rasulullah S.A.W berjaya mendidik mereka dengan kekuatan aqidah, kehebatan peribadi, kekentalan semangat jihad dan jiwa amanah yang tinggi. Ini akhirnya diakui generasi pada zamannya serta pada zaman berikutnya telah membangun sistem contoh dan akhirnya merintis ke arah pembangunan tamadun. Antara faktor yang menghasilkan kecemerlangan tersebut ialah kecintaan mereka terhadap ilmu. Mereka juga bersifat terbuka untuk mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat walupun dari sumber tamadun lain. Pada masa yang sama, tradisi ilmu itu dikembangkan menjadi sumber amalan.
Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan berteraskan falsafah dan prinsip Islam Berjaya membangunkan tamadun manusia umunya dan tamadun Islam khusunya. Kemunculan zaman kecemerlangan ilmu dan kegemilangan pendidikan semasa pemerintahan Islam telah memperlihatkan betapa relevannya pendidikan Islam yang Berjaya mencetuskan kecemerlangan peradaban dan membangunkan modal insan dari segi ilmu, iman, akhlak dan amal. Para intelektual pada masa itu berjaya menguasai pelbagai kepakaran dalam bidang tertentu.
Apabila diteliti maksud pendidikan itu sendiri, sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan dari nilai-nilai akhlak dan moral sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali yang menjelaskan bahawa pendidikan ialah menyamai budi pekerti mulia dalam diri kanak-kanak supaya merka dapat menilai antara yang benar dan yang salah manakala Said Muhammad Naqib Al-Attas menegaskan bahawa pendidikan merupakan proses penerapan akhlak dan adab ke dalam diri seseorang.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Pendekatan Islam dalam pendidikan akhlak amat menekankan kepada pengukuhan aqidah dan pembentukan rohani. Ini kerana, aqidahmerupakan teras Islam yang utama. Kepentingan aqidah dalam Islam dapat dilihat dalam nas-nas Al-Qur'an dan hadis yang banyak mengaitkan pembentukan akhlak dengan aqidah atau iman. Muhamman Kamal Hasan menegaskan bahawa kuat atau lemah iman seseorang dapat diukur dan diketahui dari perilaku akhlaknya. Iman yang kuat dapat mewujudkan akhlak yang mulia, sedangkan iman yang lemah akan melahirkan akhlak yang buruk dan keji.
Marilah kita lihat pula perkembangan dunia pendidikan di Negara kita. Rata-rata kita pasti merasa teruja dan gembira apabila melihat kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita di dalm kebanyakkan peperiksan awam, tetapi dalam masa yang sama, kes-kes yang berkaitan disiplin dan keruntuhan akhlak dikalangan pelajar dan remaja seperti meminum arak, penyalahgunaan dadah, merogol, membuli, pergaulan bebas, merempit atau jenayah jalan raya dan sejak akhir-akhir ini ditambah lagi dengan jenayah ragut dan samun yang semakin meningkat dan membimbangkan. Persoalannya sekarang ialah, apakah system pendidikan kita benar-benar mampu melahirkan modal insane yang seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial?
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Kita mungkin bersetuju bahawa, pendidikan Islam seharusnya memainkan peranan penting dalam melahirkan insane yang berakhlak dan bermoral. Pendidikan Islam juga seharusnya mampu mempengaruhi cara pemikiran dan tingkah laku anak-anak khusunya remaja, selain lebih terarah untuk mengamalkan nilai-nilai akhlak Islam, mengelakkan perbuatan buruk, mempunyai ketahanan diri, harga diri dan dapat mengelakkan diri daripada perbuatan buruk.
Sidang Jumaat yang dirahmati,
Bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, setiap anak perlu diberi ilmu pengetahuan yang secukupnya agar mereka menjadi manusia yang berpekerti mulia, yang mempunyai hemah yang tinggi, yang berjiwa besar, cintakan Negara, mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani dan akhirnya melahirkan insan yang berkualiti, sesuai dengan tujuan penciptaan manusia iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t di bumi ini sebagaimana firman Allah:
"Tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
(Adz-Dzariyaat ayat 56)
Sidang Jumaat yang dikasihi,Jika ditinjau dari segi kaca mata Islam, pendidikan akhlak mempunyai kedudukan yang utam dan penting, memandangkan akhlak mencakupi keseluruhan perbuatan zahir manusia yang dihasilkan daripada dorongan kecewa, asas pembentukan peribadi insane yang terpuji, membentuk tingkah laku yang dapat menghindarkan masyarakat daripada kerosakan dan kemusnahan.
Selain itu, pendidikan akhlak bermatlamatkan untuk melahirkan insan yang berperibadi dan berwibawa tinggi, sesuai dengan keperibadian Islam itu sednrir. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang terbaik akhlak dan budi pekerti"
(Bukhari wa Muslim)
Matlamat pendidikan akhlak amat penting agar umat Islam dapat:1- Membentuk semangat dan kecenderungan seseorang individu untuk melakukan kebaikan sehingga ia berusaha mewujudkan kebaikan untuk semua, berusaha menghindarkan tindakan yang jahat dan berupaya mencegah kejahatan dikalangan ahli masyarakat.
2- Membentuk semangat persaudaraan sesama manusia kerana pada asasnya manusia saling memerlukan antara satu dengan lain dalam menjalankan kehidupan. Ini bertepatan dengan maksud hadis Rasulullah s.a.w:
"Tidak beriman sesorang muslim kecuali ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri"
3- Membentuk kesedaran terhadap kehidupan sosial. Jika anggota masyarakat diumpamakan sebagai anggota tubuh badan, maka akhlak adalah pengikat pelbagai anggota tersebut. Oleh yang demikian, jika individu tidak berakhlak, bererti pudarlah ikatan dan ptutuslah semua hubungan di antar anggota masyarakat. Ini boleh mengakibatkan kehancuran dalam struktur sosial masyarakat.4- Membentuk keperibadian yang kuat dan jiwa yang kukuh dan meningkatkan keluhuran jiwa manusia serta menjauhkan mereka daripada kebinasaan kerana mengikut keinginan hawa nafsu.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sebagai anggota masyarakat, marilah kita bersama memikirkan dan berusaha mencari jalan terbaik meningkatkan kualiti pendidikan Islam dan pendidikan akhlak untuk masa depan anak-anak kita khusunya dan seluruh umat Islam amnya.
Tanggungjawab ini tidak seharusnya diserahkan bulat-bulat kepada pihak sekolah atau pihak kerajaan semata-mata, sebaliknya kita wajib pikul bersama bagi mencapai kejayaan yang hakiki untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t dan mampu menjadi asas perubahan kepada masyarakat.
Buat akhirnya, bersempena dengan penetapan bulan Jamadil Awal sebagai bulan pendidikan Islam dan bulan Jamadil Akhir sebagai bulan akhlak peringkat negeri Selangor, marilah kita meningkat usaha untuk membentuk diri kita, anak-anak dan seluruh ahli keluarga kita sebagai insan berperibadi mulia dan soleh. Insan yang berakhlak mulia, mempunyai kesungguhan untuk melaksanakan prinsip-prinsip akhlak Islam dan menjauhi semua yang bersifat hina dan jahat. Bahkan mampu menyeru manusia lain untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jika kita berjaya mencapai tahap ini, maka kita akan digolongkan sebagai muslim yang sempurna akhlak, iman dan agamanya.
"Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan."
(Al-Mujaadilah ayat 11)
Teks Khutbah Jumaat : dibaca pada 03 JULAI 2009
No comments:
Post a Comment