Tuesday, December 1, 2009
My PRACTICAL TRAINING (2nd week) - 2nd Edition
(Project A)
Four storey office for UMNO at Taiping, Perak (Urban Infill)
- Schematic Design
:Layout plans
:Sections
:Elevations
:ACAD (technical)
(Project B)
Double storey bungalow + swimming pool at Kemensah Height for Kayfour Development Corporation sdn. Bhd
- Construction Drawings
:Electrical layout
Tuesday, November 24, 2009
Resort rimba RM7,000 semalam
ALAM DAMAI
Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
nor.afzan@kosmo.com.my
RUANG tamu yang luas tampil kemas dengan penataan ringkas.
PERSEKITARAN tenang di estet peribadi ini menepati namanya, Aman Rimba. Berkonsepkan rumah penginapan eksklusif dengan pengkayaan elemen tradisi tanpa penghujung, aura kedesaan itu mampu menyegarkan minda dan mengutik ketenangan jiwa.
Terletak kira-kira 500 meter dari simpang kecil yang terlindung dek rimbunan pohon dedap, perjalanan ke Aman Rimba yang terletak di Kampung Janda Baik, Pahang ini disajikan dengan pemandangan redup sungai yang mengalir di sisi jalan.
“Aman Rimba dibina sebagai lokasi khas untuk keluarga serta teman-teman rapat pemilik berkumpul dan mengadakan majlis tertutup. Baru tahun ini ia dibuka kepada orang awam.
“Setiap sudut suit mempunyai kisah tersendiri malah turut mendapat sentuhan dekorasi daripada pemiliknya,” jelas Pengurus Aman Rimba, Izham Abdullah, 32.
Dipagari kayu selipar kereta api, keluasan halaman estet peribadi ini memberi peluang kepada si pemilik merealisasikan impian membina taman berkonsep neo-Bali yang diperkuatkan dengan elemen artistik semula jadi.
Pemilik ternyata selesa memilih batuan sungai dan ornamen salur air serta tanaman hiasan renek sebagai titik fokal persekitaran bagi enam unit suit mewah yang ada.
Melewati pintu gerbang batu bak berada di Wisata Bali, telinga pantas menangkap deruan air yang terhasil daripada tujuh salur air berimej fauna.
Sama ada tenang, mengalir mahupun berkocak, yang pasti, ornamen tradisi itu mengukuhkan lagi tema pilihan dan menyempurnakan penataan taman peribadi ini.
KOLAM mandi dengan kuasa turbo menjanjikan pengalaman baru kepada penghuni.
Konsep kampung
Mengalih pandangan ke binaan rumah kayu tradisional yang dijadikan salah satu suit, ia mempamerkan kreativiti pemilik mengolah persekitaran bagaikan berada di perkampungan Melayu lama.
Dengan tempayan tersedia di kaki tangga, ia menjadi resmi setiap tetamu untuk mencuci kaki sebelum menaiki anjung rumah.
Menurut Izham, suit yang diberi jolokan Sireh itu merupakan rumah kampung tradisi yang sengaja dihias tanpa melupakan perincian klasik di setiap ruang.
“Koleksi barangan antik seperti radio lama, kipas meja, mesin jahit kaki mahupun suis lampu bentuk bulat seolah-olah mengajak tetamu mengimbau nostalgia sewaktu membesar di kampung.
“Sungguhpun berkonsep kampung, kami sangat menitikberatkan keselesaan tetamu. Justeru, hiasan di ruang beradu dan kamar mandi direka seperti menginap di hotel ternama,” katanya.
Menawarkan enam suit mewah dengan konsep hiasan dalaman berbeza, pemilik tidak berkompromi tentang aspek keselesaan baik dari segi kemudahan eksklusif di suit mahupun kebebasan melayari Internet jalur lebar.
Menyusuri pedastrian yang mengelilingi estet seluas 0.9 hektar ini, sebuah kolam mandi dengan kuasa turbo mencuri tumpuan.
Jelas Izham, selain menjadi lokasi alternatif bagi tetamu yang ingin menikmati kepuasan bermandi-manda, kolam mandi itu juga memainkan peranan dalam menimbulkan suasana santai pada waktu malam.
TASIK yang menjadi tumpuan pelbagai haiwan ini menambahkan elemen semula jadi.
13 anak tangga
Mahu mengekalkan aura desa di sekitar suit, tidak jauh dari kolam mandi terbina sebuah tasik kecil yang menghimpunkan angsa, itik, burung dan puluhan ikan.
Ada juga kawanan merak yang kadangkala mencuri pandangan apabila sesekali ekor birunya itu mengembang.
Jika sedang asyik menyaksikan ragam haiwan, jangan terkejut apabila burung kakak tua yang menginap sangkar lebar di sebelah tasik ini menyapa anda.
Bagaikan tahu akan tugasnya, ia tidak jemu beraksi malah sangat mesra jika ada yang sudi ‘berbual’ dengannya.
Bagi yang inginkan penginapan di suit bercitra elegan, rumah Kantan adalah saranan terbaik untuk anda.
Hadir dalam dua unit, ia berilhamkan rekaan istana Melayu pada zaman silam. Tetamu perlu memijak 13 anak tangga batu sebelum memasuki suit berbumbung tinggi ini.
Dilengkapi dengan ruang transisi yang menyuntik pemandangan ke seluruh estet dari ketinggian lebih dari 304 meter, keunikan suit ini turut terletak pada binaan dua dalam satunya.
Suit Kantan sengaja dibina berkembar bagi memberikan ruang yang lebih luas apabila bersantai bersama keluarga.
Bercantum di bahagian ruang tamu, ia juga boleh dipisahkan menggunakan pintu lipat khas dan menjadikan Kantan sebuah kamar yang besar.
“Keterbukaan yang ada pada ruang luas ini membolehkan tetamu memilih sama ada untuk berehat di beranda sambil menikmati pemandangan, merehatkan tubuh di tilam siang, berborak sambil menonton rancangan kegemaran di ruang ramu mahupun terus menuju ke ruang beradu,” kata Izham.
SUIT Kantan dibina berilhamkan rekaan istana Melayu pada zaman silam.
Biarpun tidak sarat dengan aksesori, setiap ruangan diberi sentuhan mewah terutama pada perabot dan set televisyen mudah laras yang terletak di tengah rumah.
Menghayati dengan lebih mendalam unsur moden yang diterapkan di suit kembar, perincian ringkas tetapi eksklusif menjadikan Kantan laksana kamar hotel lima bintang. Mempesona dan mendamaikan.
Friday, November 20, 2009
Khutbah Jumaat - 27 November 2009
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan memperbanyakkan selawat serta berusaha melaksanakan segala sunnah Rasulullah s.a.w., mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Golongan pemuda adalah merupakan generasi pelapis yang akan mewarisi dan meneruskan agenda kepimpinan negara pada masa akan datang. Mereka adalah tonggak yang bakal mencorakkan masa depan negara kita sama ada ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Negara dan bangsa juga mempunyai harapan yang besar kepada golongan pemuda yang digambarkan melalui ungkapan-ungkapan seperti: "Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara", " Pemuda benteng negara" dan lain-lain lagi.
Untuk melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa, maka pemuda yang ada pada hari ini perlu diasuh dan dibimbing dengan sebaiknya, supaya negara yang akan ditadbir suatu masa nanti akan dapat memenuhi ciri-ciri sebuah negara:
Generasi muda pada hari ini perlu mempersiapkan diri mereka dengan ilmu yang secukupnya. Dalam masa yang sama, mereka juga perlu berusaha membentuk diri mereka agar menjadi insan yang benar-benar memiliki sifat keperibadian yang luhur dan berbudi pekerti mulia. Perkara ini adalah amat penting sebagai persiapan untuk menjadi seorang pemimpin sama ada untuk memimpin sebuah negara yang besar, kelompok masyarakat yang kecil atau pun memimpin ahli keluarga sendiri. Tanpa ilmu dan budi pekerti mulia, sudah pasti seseorang pemimpin itu akan gagal di dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada-Nya. Saiyidina Omar Radhiallahu ‘Anhu pernah mengingatkan dengan kata-katanya;
" Belajarlah ilmu sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin".
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Keperibadian muslim yang baik akan dapat dibentuk apabila sesuatu proses menuntut ilmu dapat dilaksanakan mengikut pra-syarat yang telah digariskan didalam Islam. Antaranya:-
- Ilmu yang boleh menghampirkan diri seseorang kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
- Niat mencapai ketakwaan dan mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
- Mengikhlaskan diri semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata'ala.
- Menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan menghindarkan kesibukan perkara lain yang tiada kaitan dengannya.
- Mensucikan diri daripada sifat buruk dan akhlak yang keji kerana ilmu adalah merupakan nur yang hanya akan menjadi petunjuk kepada jiwa yang bersih dan suci.
- Menghormati guru dan memuliakan orang-orang yang berilmu.
- Bersifat tawadhuk dan tidak membangga-banggakan ilmu yang ada pada dirinya.
- Menjaga adab sopan ketika majlis ilmu sedang dijalankan sama ada kepada guru mahu pun kepada ahli-ahli yang hadir dan lain-lain lagi.
Demikianlah pra-syarat yang telah dipraktikkan oIeh cendikiawan terdahulu yang telah terbukti keberkesanan dan keberkatannya sehingga dapat melahirkan Tokoh-tokoh Kesarjanaan Islam yang ternama seperti Imam Asy-Syafie, Imam Al-Ghazali dan lain-lain lagi.
Sahabat Rasulullah s.a.w. yang juga merupakan anak angkatnya yang bernama Usamah bin Zaid Radhiallahu ‘Anhu adalah contoh terbaik bagi generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan Negara. Sepanjang hidupnya, beliau sentiasa mendapat penghormatan daripada para sahabat yang lain kerana beliau sentiasa mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. dengan sempurna di samping sentiasa memuliakan Rasulullah s.a.w. beliau juga telah diberikan kepercayaan oIeh Rasulullah s.a.w. untuk mengetuai bala tentera yang akan menentang sejumlah besar tentera Rome, sedangkan beliau hanya berusia 18 tahun ketika itu. Namun akhirnya tentera Islam telah mendapat kemenangan yang besar di bawah kepimpinannya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sejarah kecemerlangan kepimpinan pemuda oIeh Usamah bin Zaid ini seharusnya menjadi pendorong kepada generasi muda masa kini untuk membina identiti yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan Islam yang sejati. Namun malangnya, apa yang kita lihat pada hari ini adalah betapa meruncingnya krisis identiti yang berlaku di kalangan mereka. Masalah-masalah sosial yang dihadapi seolah-olah sudah tidak dapat dilindungi lagi oIeh Media-media Arus Perdana masa kini .
Memang tidak dinafikan bahawa masalah sosial berlaku di semua peringkat umur, tetapi oIeh kerana golongan pemuda adalah merupakan harapan bangsa yang akan mewarisi negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Gejala samseng atau gangsterisme yang berlaku di kalangan pemuda semakin hari semakin membimbangkan semua pihak. Mereka didapati bukan sahaja terlibat dengan pergaduhan, tetapi lebih daripada itu. Mereka juga sanggup melakukan jenayah pembunuhan.
Jenayah seksual dan seks bebas juga didapati semakin menular di kalangan mereka terutama di kawasan bandar dan kota. Apa yang lebih menyedihkan ialah kegiatan-kegiatan seperti ini telah dapat dikesan seawal usia 13 tahun lagi.
Selain daripada itu, terdapat banyak lagi gejala sosial yang berlaku di kalangan pemuda seperti kegiatan menghisap dadah, meminum minuman keras, merempit, mencuri dan sebagainya. Kesemua gejala ini didapati telah berleluasa di kalangan pemuda dan berada pada tahap yang amat serius. Jika tidak ditangani dengan sebaiknya, semua perkara ini akan menghalang proses ke arah gagasan menjadikan pemuda pewaris negara.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah ,
Rasulullah s.a.w. telah bersabda didalam sebuah Hadis sahih yang bermaksud :
" Peliharalah lima perkara sebelum berlaku lima perkara;
* Muda kamu sebelum tua,
* Sihat kamu sebelum sakit,
* Kaya kamu sebelum miskin,
* Hidup kamu sebelum mati,
* Senang kamu sebelum susah".
Hadis di atas menjelaskan betapa usia muda adalah usia yang sangat berharga dan seharusnya tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja kerana ini pasti akan merugikan bangsa itu sendiri.
OIeh kerana itu, generasi muda ini perlu dididik dengan sebaiknya sama ada oIeh ibu bapa ketika di rumah mahu pun oIeh guru-guru ketika di sekolah kerana merekalah yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.
Ibu bapa memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap pendidikan anak-anak, bukannya menyerahkan bulat-bulat kepada guru atau pun pengasuh dan orang gaji sahaja. Didikan awal kepada anak-anak mestilah dengan menanamkan keimanan dalam jiwa mereka kerana dengan keimanan inilah akan melahirkan insan yang berjiwa kental dan mampu menggalas amanah sebagai Khalifah di muka bumi Allah Subhanahu Wata'ala ini. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah al-An'am ayat 165:
"Dan Dialah yang menjadikan kamu Khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab siksa-Nya dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani " .
Pada hakikatnya, tugas sebagai khalifah atau pemimpin bukanlah sesuatu yang mudah bahkah ianya merupakan tanggungjawab yang amat berat. OIeh kerana itu, ianya memerlukan persediaan yang cukup mantap dari berbagai sudut terutamanya ilmu pengetahuan dan akidah yang teguh. Persediaan ini pula seharusnya telah dimulakan semenjak dari usia muda lagi.
OIeh itu, pada hari ini marilah kita tanpa mengira perbezaan pandangan dan fahaman politik, bersatu hati dan berusaha memastikan generasi muda kita dapat dibantu dan dibimbing ke arah membina jati diri yang sempurna. Kita berharap dan mendoakan agar generasi yang ada ini, akan dapat memimpin masyarakat pada masa hadapan ke arah yang lebih baik dan harmoni serta mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala.
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang), oIeh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka. Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)".
(At-Taubah : 122)
KHUTBAH KEDUA
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmah dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
Khutbah Jumaat Bacaan 27 November 2009
Khutbah Jumaat - 20 November 2009
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Marilah pada kesempatan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini, kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Kita laksanakan segala suruhan dan titah perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Cuti akhir tahun persekolahan anak-anak kita kini muncul sekali lagi. Antara tujuan cuti persekolahan adalah untuk memberi sedikit kerehatan kepada murid-murid sekolah yang sudah sekian lama belajar, sebelum mereka menyambung semula pelajaran mereka pada tahun akan datang.
Cuti akhir tahun adalah satu cuti yang agak panjang iaitu lebih daripada sebulan, namun jika ianya tidak diuruskan dengan baik, ia akan menjadi sia-sia dan berlalu begitu sahaja. Justeru, musim cuti persekolahan perlu dirancang dan diurus dengan baik supaya ianya dapat memberi manfaat kepada anak-anak, ibu bapa dan masyarakat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Setiap ibu bapa hedaklah bijak menguruskan cuti persekolahan anak- anak mereka. Orang yang beriman tidak akan membiarkan diri mereka dan keluarga mereka berada dalam keadaan lagho atau pun sia-sia. Mereka akan meninggalkan perbuatan sia-sia sepertimana Firman Allah SWT. dalam surah Al-Furqaan ayat 72:
"Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu , apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya" .
Sekiranya anak-anak kita tidak dididik untuk bijak mengurus masa dengan betul, dikhuatiri suatu hari nanti bila mereka dewasa, mereka tidak tahu mengurus masa depan dengan baik. Maka akhirnya mereka akan terjebak dengan budaya negatif dan berani melakukan perkara-perkara yang menyimpang dari agama dan budaya, lantas lahirlah penyakit gejala sosial yang merebak dan menular di kalangan remaja dan masyarakat. Fenomena hari ini kian berlaku, justeru, khutbah kita pada hari ini menyeru umat Islam seluruhnya supaya ingat dan sedar untuk menjauhkan diri daripada tergolong di kalangan orang-orang yang lalai. Ibu bapa yang peka dan prihatin hedaklah sentiasa memastikan anak-anak mereka terdidik dan memenuhi musim cuti mereka ini dengan aktiviti-aktiviti yang membina jati diri mereka . Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sering berdoa supaya terhindar daripada kelalaian dengan doanya yang bermaksud :
"Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan kami dalam sengsara, janganlah Engkau menyiksa kami secara mengejut, janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan yang lalai" .
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kita mengajak ibu bapa menanamkan kesedaran dan kefahaman kepada anak-anak tentang nilai-nilai murni seperti menyedarkan mereka tentang pengurusan masa dan dapat mengisi masa mereka ketika cuti dengan sesuatu yang menguntungkan dan berkesan pada diri seorang pelajar .
Kata pepatah Arab:
" Masa itu ibarat sebilah pedang, jika kamu tidak memotongnya (menghargainya) nescaya ia akan memotong kamu".
Kata hukama' masa itu kehidupan. Masa juga adalah umur kita. Sekali ia telah berlalu, ia tidak akan kembali sampai bila-bila. Anggaplah masa yang diberikan kepada kita adalah satu amanah. Allah akan bertanya tentang amanah yang diberikan kepada kita di hari kiamat nanti . Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Kedua-dua kaki seseorang hamba itu tidak akan bergerak (di padang mahsyar), sehingga disoal tentang umurnya, bagaimana ianya dihabiskan, tentang ilmunya, apa yang dilakukan dengannya, tentang hartanya dari mana ianya diperolehi dan untuk apa ianya dibelanjakan, tentang tubuh badannya, di mana ia pergunakan" .
(Hadis Riwayat At-Tirmizi) .
Kata imam Asy-syahid Hasan Al-Banna:
" Kewajipan (yang perlu kita sempurnakan) adalah lebih banyak dari masa yang kita ada, maka sepatutnya tidak ada satu saat yang kita biarkan ianya berlalu tanpa kita menggunakannya dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah " .
Justeru, ibu bapa hendaklah :
1 . Menyedarkan mereka bahawa musim cuti bukan dihabiskan untuk berehat semata-mata, bermain, tidur dan menonton televisyen sepuas-puasnya, sebaliknya musim cuti adalah masa untuk memperkayakan ilmu pengetahuan dengan:
* Mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk mengahadapi peperiksaan pada tahun-tahun berikutnya;
* Ibu bapa dicadangkan mencari guru-guru yang berpengalaman untuk menyelesaikan masalah pembelajaran anak-anak dengan kelas-kelas tuisyen dan aktiviti latih tubi;
* Melibatkan anak-anak dengan kelas-kelas kesedaran Islam, Fardhu Ain, Tahsin Qiraat, Smart Solat dan kelas-kelas hafazan jangka pendek.
2 . Ibu bapa perlu membimbing anak-anak untuk memilih budaya hidup yang sihat. Masa lapang yang agak panjang pada musim cuti sekolah hendaklah diaturkan dengan program dan aktiviti yang mampu memantapkan fizikal anak-anak seperti penyertaan dalam ekspidisi mendaki bukit, berbasikal, penyertaan dalam sukan anjuran masjid, waja diri, berkebun dan lain-lain .
3 . Libatkan anak-anak dalam program dan aktiviti yang boleh mendorong mereka berjaya seperti Kem Motivasi , Nadwah Islam, rehlah, Kem Insan cemerlang dan lain-lain.
4 . Memberikan pendedahan kepada anak-anak remaja anasir-anasir yang boleh meruntuhkan Islam seperti keruntuhan akhlak, akidah dan syariat yang akhirnya membawa kerosakan kepada kehidupan.
Sebagai ibu bapa kita haruslah peka dengan perkembangan gejala sosial dan hendaklah mencari jalan penyelesaian terutama bagaimana harus menyelamatkan generasi anak-anak kita agar tidak menjadi mangsa kerosakan itu .
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Inilah masanya yang paling sesuai untuk ibu bapa memberikan penekanan mengenai ilmu agama atau pun ilmu Fardu Ain. Jika pada masa persekolahan kita sibuk menekankan kecemerlangan akademik, maka inilah masanya kita memanfaatkan ruang ini untuk membekalkan anak-anak kita dengan ilmu agama sebagai panduan hidup mereka dalam mengharungi arus dunia yang bersimpang-siur ini.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang belajar di sekolah rendah, di mana kebanyakan anak-anak belum lagi mencapai umur baligh, maka sepatutnya ibu bapa mengambil peluang ini untuk memastikan anak-anak mereka dapat menguasai dengan baik ilmu Fardu Ain sebelum anak mereka mencapai umur baligh. Ini kerana, apabila anak-anak telah mencapai umur baligh, segala perbuatan mereka telah dikira dosa dan pahala. Mereka akan berdosa jika tidak dapat soat dengan betul, mereka akan berdosa jika tidak dapat melakukan puasa dengan sah. Maka kewajipan ibu bapa bukan sahaja perlu untuk memberikan ilmu Fardhu Ain kepada anak-anak, bahkah membimbing serta menguatkuasakan perintah Allah yang wajib kepada anak-anak khususnya kewajipan solat.
Rasulullah s.a.w. berpesan kepada setiap ibu bapa :
"Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang ketika anak kamu berumur tujuh tahun, pukullah mereka (jika enggan mengerjakan solat) ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka " .
(Hadis Riwayat Abu Daud).
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Anak-anak adalah amanah Allah. Maka menjadi kewajipan ibu bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa taat kepada Allah. Ibu bapa dan juga murid perlu merebut peluang musim cuti persekolahan ini untuk membangunkan syakhsiah yang sihat. Pada masa inilah saat yang paling sesuai bagi ibu bapa membina kekuatan syakhsiah anak-anak setelah hampir sepanjang tahun penumpuan dan penekanan diberikan kepada kecemerlangan akademik. Mereka perlu diajar bagaimana menjadi ahli masyarakat yang baik. Ibu bapa perlu menggunakan peluang ini untuk membina dan memantapkan syakhsiah dan jati diri anak-anak seperti menghantar mereka menyertai Khemah Ibadah untuk membentuk akhlak dan memperkasakan jati diri anak-anak.
Alhamdulillah, Jabatan Agama Islam Selangor pada musim cuti sekolah ini berjaya menganjurkan Program Daurah Remaja Masjid yang dianjurkan bersama NGO dan masjid-masjid kita agar memiliki akhlak yang mulia dan terpuji.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Ambillah peluang di musim cuti persekolahan ini untuk merapatkan hubungan silaturrahim, khususnya bagi keluarga terdekat dengan menziarahi saudara-mara sama ada yang di kampung atau di bandar apabila hubungan kekeluargaan dan saudara-mara menjadi akrab dan mantap, hidup akan menjadi ceria dan mendapat rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala.
Selain itu, gunakanlah juga peluang cuti persekolahan ini untuk berjalan-jalan menikmati keindahan alam semulajadi negara kita yang kaya dan indah ini. Aktiviti ini sebenarnya meningkatkan kefahaman akidah dan tauhid kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan supaya kita akan merasa betapa bersyukurnya mendapat berbagai-bagai kurniaan Allah. Firman Allah dalam surah al-‘Ankabut ayat 20 :
"Katakanlah: "berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" .
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Sesungguhnya banyak perkara yang boleh dimanfaatkan pada musim cuti persekolahan ini. Rancanglah dengan baik, jika kita gagal untuk merancang, bererti kita sebenarnya merancang untuk gagal.
"Maka bertasbihlah (bersolat) kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam (solat maghrib dan ‘isyak) dan semasa kamu berada pada waktu subuh (solat subuh). Bagi-Nyalah segala puji di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepada-Nya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu Zohor". (Ar-Rum : 18-17 )
KHUTBAH KEDUA
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
Khutbah Jumaat Bacaan 20 November 2009
Khutbah Aidiladha 1430H
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,
Marilah kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT. dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dan tidak mati melainkan dalam Islam .
Muslimin muslimat yang dimuliakan,
Iduladha adalah suatu bentuk ibadah yang murni yang dilakukan sebagai pengabdian diri kepada Allah SWT. Kerana itu Iduladha mestilah disambut selaras dengan kaifiat syarak, iaitu dengan solat sunat Iduladha, bertakbir, bertahmid, bertasbih, bertahlil dan menyembelih binatang korban sebagai lambang pengabdian setulusnya kepada Allah dan suatu pernyataan tanda kesyukuran yang setinggi-tingginya kepada Allah SWT.
Iduladha bukan suatu perayaan budaya yang disambut dengan pesta hiburan, Iduladha tidak wajar disambut dengan cara dan amalan yang bertentangan dengan kehendak syarak atau dengan hiburan yang melalaikan, dengan minuman yang memabukkan atau dengan tarian yang memberahikan. Amalan seperti itu hanya akan mencemarkan kesucian Iduladha, sekaligus mencabul kemurnian agama Islam itu sendiri.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,
Pada saat ini, jutaan umat Islam sedang bergerak menuju Muzdalifah meninggalkan padang ‘Arafah kemudian mereka akan terus bergerak menuju Mina untuk melontar jamrah di sana. Selepas itu mereka akan bergerak ke Mekah mengerjakan tawaf Ifadhah dan sa'i haji. Setelah bertahallul, maka sempurnalah ibadah haji mereka. Kita mendoakan semoga mereka dapat menunaikannya dengan sempurna dan mendapat pahala haji yang mabrur, pulang dengan iman yang mantap dan ketakwaan yang tinggi .
Sesungguhnya Iduladha mengingatkan kita kepada Saiyidina Omar bin Al-Khattab yang memberikan ucapan beliau ;
"Sesungguhnya Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, lalu ia disambut dengan Idulfitri. Manakala hari penurunan terakhir Al-Quran pula ialah pada bulan Zulhijjah ketika Rasulullah s.a.w. menunaikan ibadah haji yang terakhir ( Haji Wada' ), maka ia disambut dengan Iduladha" .
Maka jelaslah Iduladha adalah hari merayakan kesyumulan Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang lengkap dan sempurna, yang mengatur, menyusun segala aspek kehidupan manusia, akidah, syariat, siasah (politik), ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, perundangan, akhlak dan sebagainya. Firman Allah SWT. dalam surah Al-Maidah ayat 3:
"Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu (cara hidup) dan Aku cukupkan nikmat-Ku ke atas kamu dan Aku hanya redha dengan Islam itu sahaja satu-satunya agama (yang menjadi cara hidup) kamu" .
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,
Iduladha mendidik serta membentuk sikap dan syakhsiah umat Islam melalui perisytiharan kalimah tauhid yang diucapkan:
"Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan kami tidak mengabdikan diri melainkan hanya kepada-Nya, dengan ketaatan setulus hati Walau pun dibenci oleh orang-orang kafir".
Kalimah tersebut merupakan pernyataan sikap umat Islam untuk menyucikan akidahnya agar bersih dan patuh hanya kepada Allah yang Maha Esa. Ini membawa maksud hanya hukum-hakam-Nya yang wajar didaulatkan dan hanya sistem yang datang dari-Nya sahaja yang mesti dihayati dan disanjung tinggi. Sekaligus kalimah tauhid yang diakhiri dengan kalimah :
Merupakan penegasan Allah kepada hamba-Nya supaya melaksanakan hukum Allah tanpa peduli sama ada orang lain bersetuju atau tidak. Kerana kalimah tauhid itu sebenarnya menjadi prinsip yang mesti diperjuangkan, selaras dengan ikrar kita pada setiap takbir yang kita laungkan pada hari ini dan berterusan hinggalah hari ketiga tasyrik secara terus menerus sepanjang waktu.
Malangnya, walaupun ikrar dikumandangkan selama empat hari empat malam melalui takbir mursal dan takbir muqayyad, tetapi di waktu yang sama masih ada segelintir umat Islam tidak yakin untuk melaksanakan Islam dan masih ragu untuk hidup dengan melaksanakan Sistem Islam yang syumul, kerana takut tidak dipersetujui oIeh orang-orang kafir, takut akan berlakunnya huru-hara, lalu menjadikannya alasan paling baik untuk tidak melaksanakan tuntutan Islam. Pendirian dan keyakinan seperti ini mestilah dibuang jauh, yakinlah!, Islam adalah satu-satunya cara hidup yang amat sempurna dan diredhai Allah SWT.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,
Iduladha juga disebut sebagai Hari Raya Korban, ianya mengingatkan kita dengan sejarah korban yang paling agung. Kisah penyerahan dan kepatuhan yang paling ikhlas kepada Allah SWT. yang dilakukan oIeh nabi Ibrahim bersama anaknya nabi Ismail ‘alaihimas-salam, menjadi contoh keluarga mithali yang tahan uji, pejuang yang sanggup berkorban, sedia meninggalkan kampung halaman dan rela kehilangan segala yang disayangi demi mematuhi perintah Allah SWT.
Pengorbanan nabi Ibrahim bersama anaknya nabi Ismail mengajar umat Islam semangat rela berkorban untuk menjunjung perintah Allah, terutama pada saat umat Islam diserang wabak penyakit "Hubbud-Dunia" iaitu terlalu sayangkan dunia, tamak kepada harta dan terlalu takut hilang sokongan, sehingga ada di antara umat Islam yang sanggup meninggalkan Tuntutan Hukum-hakam Agama dan berjuang mempertahankan maksiat, kemungkaran dan larangan agama semata-mata untuk memuaskan nafsu. akhirnya tanpa disedari mereka diserang oIeh penyakit "Karahiyatul-Maut iaitu terlalu takut kepada mati" atau tidak berani menyatakan kebenaran, tidak sanggup mempertahankan prinsip dan kesucian agama serta hukum-hakamnya, akibatnya berlakulah perebutan pangkat dan kuasa, tindas-menindas, tekan-menekan, pilih kasih dan sebagainya.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,
Sebagai umat Islam yang benar-benar dapat memahami dan ingin menghayati pengajaran korban nabi Ibrahim bersama anaknya nabi Ismail itu, maka Hari Raya korban kali ini, kita sama-sama sanggup mengorbankan binatang korban. Dalam masa yang sama sanggupkah kita mengorbankan sifat ‘asobiyah, nafsu buruk, kejahatan yang ada dalam hati kita?. Sanggupkah kita korbankan sifat hasad, memfitnah, menzalimi, menghalang orang membuat kebajikan, menjatuhkan antara satu sama lain dan pelanggaran hukum Allah dengan membiarkannya berlaku di hadapan mata kita?. Biarlah amalan-amalan dan sikap buruk seperti itu kita hapuskan dengan laungan takbir ‘Iduladha dan sembelihan korban pada hari ini.
Kalimah Tauhid:
Menyeru kita umat Islam, atas dasar tauhid kita mesti bersatu, atas dasar tauhid kita berjanji. Atas dasar tauhid juga kita mencapai kemenangan, atas dasar tauhid kita mendokong perjuangan di jalan Allah dan atas dasar tauhid jugalah kita berjuang menghancurkan segala bentuk ‘Asobiyah Jahilliyah (Fahaman kebangsaanaan yang sempit). Adapun kemenangan, perjuangan, perjanjian , pengorbanan yang tidak ikhlas dan tidak berpaksi kepada kalimah tauhid mestilah dibuang kerana semuanya itu merupakan penyakit "Hubbud-Dunia" (cintakan dunia) dan Karohiyatul-Maut (bencikan kematian) yang merosakkan amalan dan kesucian Islam.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,
Iduladha yang kita sambut dengan takbir yang membesarkan Allah dan mengagungkan-Nya; mengajar kita umat Islam supaya membesarkan apa sahaja yang ada dalam Islam, menuntut kita supaya mengagungkan hidup dengan menjunjung syi'ar Islam, melarang kita dari suka berpecah-belah, menegah kita dari hidup berpuak-puak, mengharamkan kita bermusuh-musuhan, Allah membenci kita hidup saling berdendam, Allah sangat memurkai hamba-Nya yang suka fitnah-memfitnah, caci-mencaci dan seribu sifat-sifat keji, buruk dan busuk hati terutama kepada sesama hamba-Nya yang beriman, hamba-Nya yang soleh dan ikhlas dalam hidupnya. Dengan takbir membesarkan Allah, marilah kita besarkan hidup kita dengan beriman sepenuh keinsafan, kepatuhan dan ketakwaan. Marilah kita bina hidup kita dengan penuh harmoni dan telus, semoga Allah meredhai hidup kita di dunia dan di akhirat.
"Sesiapa yang melakukan kebaikan sama ada lelaki atau perempuan, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas kepada mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan" .
(An-Nahl:97).
KHUTBAH KEDUA
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,
Dalam kita mengerjakan ibadah korban, kita diperintahkan memilih binatang ternak yang paling baik untuk kita korbankan kerana Allah SWT. Binatang yang terlalu kurus, cacat atau sakit tidak boleh dibuat korban, kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Indah lagi Maha Baik dan tidak akan menerima daripada hamba-Nya melainkan sesuatu yang baik . Di kala menyembelih binatang korban, kita disunatkan menyebut :
Sebagai mengagungkan Allah dan bersyukur di atas kurniaan rezeki-Nya, daging binatang korban pula hendaklah diambil sebahagiannya untuk dimakan oIeh orang yang berkorban dan keluarganya, sebahagian lagi disedekahkan kepada fakir miskin; manakala sebahagian yang lain pula dihadiahkan kepada sanak-saudara atau jiran-tetangga. Semoga Allah menerima ibadah korban kita semua dan menggolongkan kita dari kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar bertakwa.
Perlu diingatkan juga, dalam kesempatan khutbah kali ini, agar kita semua memperbanyakkan takbir selepas solat fardhu lima waktu pada hari ini dan di sepanjang hari-hari tasyrik 11, 12 dan berakhirnya dengan solat ‘asar hari ke 13 Zulhijjah.
Khutbah Aidiladha Bacaan 27 November 2009
My PRACTICAL TRAINING (1st week) - 2nd Edition
(Project A)
Four storey office for UMNO at Taiping, Perak (Urban Infill)
- Schematic Design
:Client's brief, Architect's briefs, conceptual sketches
:Layout plans
:Sections
:Elevations
:ACAD (technical)
Comments: Alhamdulillah, ni 1st week saya praktikal u 2nd edition kat Intan Jasmine Architect (KL). cuma xmcm dlu dh sb abg husai, imran & ain dh xde. tinggal kak shida & faizal. Ass Architect bru akn msuk bln 12 ni... Kak Intan(bos) bg projek A ni u disiapkan... Smoga Allah permudahkan sgla urusan kita... Amin.. Nt nak bljar buat electrical layout plk.. He3...
Danger not over, any action may trigger another landslide
Friday November 20, 2009 (StarMetro)
Reports by Geetha Krishnan, Bavani M and Fazleena Aziz
PARTS of the newly built 50m retaining wall behind the Cheras Awana flats continued to collapse after the landslide on Wednesday left a few vehicles flattened.
At press time on Thursday, the three crushed cars and a motorcycle were still at the disaster site. The wall built at the bottom of the 7m-high slope continued to lean at a precarious angle while plastic sheets were placed to prevent the soil from eroding further.
MPKj corporate communications head Shariman Mohd Nor said the council was waiting for approval from the Public Works Department (PWD) slope management division to remove the damaged vehicles.
“It is feared that moving the vehicles could cause another landslide. The wall was built two months ago after two previous soil erosion incidents,” he told reporters.
Flat dwellers and curious onlookers reported hearing creaking noises from the damaged vehicles, indicating there was still some soil movement on the 24 degree slope.
In the 2.30pm incident on Wednesday, the vehicles parked in the backlane were destroyed due to the impact of the falling wall. It prompted Kajang OCPD Asst Comm Sakaruddin Che Mood to issue an evacuation order for 10 families occupying the ground floor.
B. Ravindran, 42, whose two cars were damaged, said he had a sleepless night.
“I did not move to the Cheras Permai community hall offered by the council because I wanted to ensure the safety of my belongings. I have been living here for several years,” said the father of two.
“I am at my wits end thinking of a solution as both our means of transport have been destroyed. The insurance company won’t compensate me because this comes under natural disaster,” he said.
Councillor Ng Thien Chee said the stopgap measure being considered by the council was to level the land and convert it into a playground.
“MPKj’s engineering department has learnt that a developer in the area needs soil for a project. Perhaps the soil can be taken from here and the slope levelled so that no incidents will occur in the future,” he added.
Hulu Langat MP Dr Che Rosli Che Mat said the council should continue to monitor hillslopes during heavy rainfall.
“I was told this wall is newly built but the wire cages were built without posts. This could be one reason why the wall was weak and couldn’t withstand the impact of sudden soil movement,” he said.
A representative from the International Research Centre on Disaster Prevention said the team was there to take soil samples and study the rainfall data.
Asked about the possible cause, he said underground water, soil softening and the lack of water outlets could be reasons for the incident.
Thursday, November 19, 2009
Understanding the Green Building Index (GBI)
By Tong Sze Leng | Nov 3, 2009 (StarProperty)
Environmental activists have called us to “go green” for years. The need to save the environment is even more urgent now with the latest finding from UK-based Caitlin Arctic Survey and the World Wildlife Fund that suggests the Arctic ice will melt away within a decade.
| Malaysia Energy Centre in Bandar Baru Bangi |
The typhoon that recently hit the Philippines and a series of earthquakes that rocked Indonesia are also clear indications that we need to put much more effort into “going green” to ensure Earth’s sustainability.
Events like these have encouraged green building campaigns. Architects from around the world race to build greener, more environment-friendly structures. This worldwide movement is set to minimise our global carbon footprint.
A green building – whether a house, office building or school – follows a simple rule: it must not impose problems on our health as well as the environment.
How to measure a green building?
Three words: Green Building Index (GBI).
GBI is a rating system developed by Pertubuhan Akitek Malaysia and the Association of Consulting Engineers Malaysia, which aims to educate architects, designers, engineers and the public on building sustainable structures.
According to the GBI website (http://www.greenbuildingindex.org/), the rating system provides an opportunity for developers to design and construct green, sustainable buildings. These structures save on energy and water, harmonise with its surrounding environment and use resources efficiently.
For a building to be awarded the GBI rating, it must meet six key criteria. They are:
• energy efficiency
• indoor environmental quality
• sustainable site planning and management
• materials and resources
• water efficiency
• innovation
A structure will first be assessed at the design stage. Once the six key criteria are met, a GBI provisional rating will be awarded. A year after the building is first occupied, another award will be given. After that, an evaluation will be carried out every three years.
Green buildings in Malaysia
To date, Pusat Tenaga Malaysia Green Energy Office (PTM-GEO) (http://www.ptm.org.my/) is Malaysia’s only certified green building.
Launched in July 2009, PTM-GEO nestles on a 5-acre site in Bandar Baru Bangi and is currently operating with an energy index of 65 kWh/m2year. A normal office building in Kuala Lumpur (KL) operates on an energy index that ranges from 250 to 300 kWh/m2year.
| GTower located in the heart of KL Golden Triangle area |
Another successful green building is GTower (http://www.gtower.com.my/), which is located at the intersection of Jalan Tun Razak and Jalan Ampang. It is rated A++ by the Green Mark GOLD certification, a provisional rating from the Building & Construction Authority of Singapore. The structure’s green IT solutions gave it its A++ rating.
GTower incorporates IP-based intelligent applications that enable the company to reduce power consumption and carbon emissions while providing optimal power and networking capabilities.
Why Malaysian companies should go green
The Malaysian government has set up a RM1.5 billion fund to encourage more green projects and the use of green technology.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said in his Budget 2010 speech that the fund will offer soft loans to companies that supply and employ green technology. Consumer companies will receive a maximum financing of RM10 million while suppliers, RM50 million.
“The government will bear 2% of total interest rate,” the Prime Minister said.
Datuk Seri Najib also added that building owners will be given tax exemption if they obtain the GBI within Oct 24, 2009 and Dec 31, 2014. Buyers who purchase GBI-compliant buildings within those dates will also be given stamp duty exemption on instruments of transfer of ownership.
With such benefits, companies should consider going green as a green building not only cuts carbon emissions, but also decreases operating costs in the long run. Also, instead of using new materials, old materials can be recycled to construct a building; hence, reducing waste…and increasing Earth’s sustainability.
Interested companies can apply financing through the National Green Technology Centre and the scheme would start on Jan 1, 2010.
As of today, the Ministry of Energy, Green Technology and Water, the Ministry of Finance as well as the Malaysia Energy Centre are still in the stage of finalising the details of the RM1.5 billion fund.
Terrace House Style
By Annie Ooi | Oct 23, 2009 (StarProperty)
LIKE all house owners, this lady wants to come back to a cosy and welcoming home. Having stayed 12 years in her doublestorey intermediate terrace house in Subang Jaya, rather than move to a semidetached, corner or end-lot, she decided to renovate the 20-year-old house extensively, pushing the back wall right to the edge of the back lane.
“When I enter a home, the feeling of cosyness and homeliness is important to me,” says Elaine Seong, 44. “I like to look at houses and I have visited quite a few show houses here and in Australia,” says Elaine, who has definitely picked up quite a few workable ideas.
Her sunlight-bathed house is done up in a stylish and modern black and white mode, with beige and cream to break the starkness and make it slightly less clinical. Large modern paintings add colour to the walls.
Her love for wooden furniture also finds its place in this decor, so interspersed here and there are dark coloured tables and sideboards, and chests in a lighter shade. As she has extended the house, it would have ended up a bit dark, if not for the three tempered glass skylights over the dining area. “I was wondering how to brighten the area, and I decided on skylights, which is a common concept in Australia,” says Elaine, who is the business of supplying uniforms to factories and jumpsuits to the oil and gas industry.
The maid’s room is nicely tucked away, not right at the back, but is actually in the middle of the house. But Elaine’s clever realignment and reconstruction has the room hidden from view, with a skylight brightening up this area. Not a believer of collecting antiques or displaying possessions, the house looks spacious and very neat. “I don’t like my house to be full of things, nor am I keen on displaying too many things. “I like to have a smooth flow of air in my house; otherwise there is no ‘chi’,” she says, with a laugh.
The open concept adds to the air of spaciousness, and the occupants, a family of four, a maid and a dog, are able to move freely. The lot size is 7m x 26m (22ft x 85ft), with a built-up area of 218sq m (2,420sq ft). “I came here in 1996, and after 12 years, moved out in April 2008 when the renovations started. I returned in October 2008, after everything was done,” she says.
With the fittings and furniture, the total cost of the make-over came up to more than RM200,000. Keeping a close eye on the contractor, Elaine dropped by twice a day. Although the plans were there, there were a few last minute ideas and inspirations, which seemed to work fine. So hands-on and co-ordinated was she, that even the dog she adopted at Paws Animal Welfare Society (PAWS), somehow turned out to be white with beige patches, in keeping with the colour scheme.
A striking feature of the house is the granite topped island counter between the dining area and the dry kitchen. It is a convenient place for the house owner to prepare food or to do her baking. During parties, it is a good spot to place her plates and dishes while visitors sit at the nearby dining table. It adds to the ambience when the overhead lights pick up the glittery spots.
As she likes to be able to look out to the garden when she dines, she has placed an indoor garden on one side of the dining area, just before the back door. It is separated from the dining area by folding glass doors with aluminium frames. The flight of steps up to the first floor has been updated, with the awkward triangular steps at the turn removed and a flat landing put in its place.
Upstairs, the floor is of laminated wood. To make one of the back rooms bigger, she has re-angled the door. While the owner prefers a modern design in the interior of the house, the terrace outside has a Balinese design, with big urns and leafy plants. Two tower trees add a final touch. It seems like the quarter million ringgit is well spent as she is quite satisfied with the work done on her house. “It has turned out the way I want,” she concludes.