Friday, September 11, 2009

Khutbah Jumaat - 11 September 2009

" ARchiteCTURE for LIFE "


"ZAKAT FITRAH: JALAN MENUJU KEJAYAAN HIDUP"
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Sidang jumaat yang di rahmati Allah SWT,

Marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan kita sentiasa berusaha melaksanakan tuntutan akidah dan keimanan yaitu mentaati segala perintah dan menjauhi segala larangan.

Firman Allah SWT di dalam surah At-Taubah ayat 103 yang bermaksud:

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan diri mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.

Hadirin yang dirahmati Allah SWT.

Zakat fitrah ialah ibadah yang diwajibkan di dalam bulan Ramadan dan dikeluarkan mengikut syarat dan peraturan. Ia diwajibkan keatas setiap muslim berdasarkan kepada maksud hadist dari Ibni Umar RA A'nhu katanya ; Rasulullah Sallaulahu Alaihi Wassallam mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan terhadap setiap muslim samada mereka itu hamba,lelaki atau perempuan iaitu segantang kurma atau gandun.

Di Malaysia, zakat fitrah ditunaikan bersandar kepada nilai beras kerana ia merupakan makanan utama Negara.

Seseorang muslim diwajibkan menunaikan zakat fitrah dengan syarat-syarat tersebut ;

1. Islam

2. Merdeka

3. Memiliki sesuatu (makanan, harta atau wang) yang lebih daripada keperluan dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu malam hingga satu hari raya pada esoknya.

Adalah menjadi suatu kewajiban setiap umat islam untuk memahami perkara berkaitan tersebut dengan penuh penghayatan dan keikhlasan.

Muslimin yang dikasihi sekelian.

Sesungguhnya tiada ganjaran yang lebih besar dari Allah melainkan apabila seseorang itu dapat memenuhi hajat seseorang yang lain diwaktu mereka amat memerlukan. Bayangkan, diwaktu orang lain bergembira menyambut hari raya, ada di kalangan insan yang sedih dan berduka kerana tidak mampu memberikan makan dan minum yang cukup untuk anak-anak mereka. apatah lagi membelikan pakaian baru untuk menyambut hari raya. Hak-hak mereka yang fakir dan miskin berada ditangan kita semua yang wajib diserahkan dengan menunaikan ibadah zakat.

Allah menjanjikan pelbagai kelebihan dan ganjaran pahala yang amat besar bagi hamba-hambaNya yang ikhlas menunaikan ibadah zakat.

Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ruum, ayat 39 ;

"Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembang dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah SWT (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian zakat yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata ,maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda".

Selain itu, Allah SWT akan menggantikan yang lebih baik daripada yang di miliki oleh hambanya yang ikhlas menunaikan zakat.

Firman Allah dalam Surah Saba' ayat ke 39:

Katakanlah (wahai Muhammad) : "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang di kehendaki diantara hamba-hambanya, dan ia juga yang menyampaikan baginya; dan dialah juga sebaik-baik pemberi rezeki".

Ingatlah! Beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa dan hartanya dengan berzakat. Maka hadiah keberkatan itulah merupakan hadiah dari Allah untuk hamba-hambanya yang soleh dan bertaqwa. Marilah kita merebut hadiah Allah ini dengan cara kita memastikan harta-harta yang kita miliki telah suci dan bersih dengan di tunainya zakat.

Hadirin yang dirahmati oleh Allah SWT.

Sesungguhnya seseorang yang sengaja enggan menunaikan zakat fitrah, maka mereka tetap di tuntut menunaikan walau terpaksa menunaikan di penghujung hayatnya.ini kerana mereka telah di anggap berhutang dengan Allah dan sesungguhnya hutang terhadap Allah adalah lebih utama untuk diselesaikan. Dikhuatiri orang yang meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan zakat fitrah maka Allah SWT akan memberikan azab yang keras kepada mereka.

Dalam satu riwayat. Ibni Abbas r.a berkata: Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk,dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikan sebelum hari raya maka jadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikan selepas solat hari raya maka jadilah sedekah biasa seperti sedekah-sedekah sunat yang lain.

Menurut Ijmak Ulamak Rahimahumullah apabila menghuraikan hadist ini bahawa; seseorang yang melengahkan bayaran zakat fitrah sehingga luput waktu yang ditentukan, bukan sahaja berdosa, bahkan wajib ia membayarnya sesudah itu.selagi zakat fitrah ini belum di tunaikan, maka zakat ini tetap menjadi hutang yang di tanggungnya. Sehingga ia membayarnya walau pada akhir hayatnya.

Oleh yang demikian, seseorang yang bersungguh-sungguh menjaga ibadah puasa pada siang hari dan memenuhi malamnya dengan amal ibadah tetapi mereka lalai untuk melaksanakan kewajiban membayar zakat fitrah hinggakan luput waktunya maka mereka tetap di anggap berdosa dan puasanya tidak di terima disisi Allah SWT Ini dikukuhkan lagi dengan hadist Rasulullah yang bermaksud; dari Jarir RA katanya: telah bersabda Rasulullah Sallaulahu Alaihi Wassallam: puasa dibulan ramadhan itu tergantung diantara langit dan bumi, tidak diangkat ke langit kecuali ditunaikan zakat"

Maksud tergantung dalam hadis ini ialah bahawa penerimaan Allah terhadap puasa ialah tidak sempurna sehinggalah dilaksanakan zakat fitrah tersebut.

Justeru; marilah kita sama-sama membayar zakat dan bertaubat kepada Allah SWT. Mohonlah ampun kepadanya atas segala kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan. Tiada jalan yang mudah untuk selamat dari azab neraka melainkan kita menjadi hamba Allah yang taat disamping berdoa dan merayu kepada Allah agar kita dijauhi dari kesengsaraan dipadang mahsyar dan siksaan yang amat pedih di dalam neraka jahanam. Pastikan zakat fitrah yang tertangguh hendaklah di selesaikan sebelum ajal maut datang menjemput kita pada bila-bila masa.

Selain itu, pastikan juga hasil pendapatan dan gaji yang diperolehi. Emas dan perak yang dipakai atau disimpan, wang simpanan di bank, K.W.S.P, saham-saham yang halal, perniagaan, pertanian, dan penternak telah di bersihkan dengan ditunaikan zakat. sesungguhnya melalui zakat yang ditunaikan, segala harta yang kita miliki akan menjadi penyelamat diri kita daripada azab api neraka.

Muslimin yang dirahmati Allah SWT.

Pihak lembaga zakat Selangor telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk umat islam untuk menunaikan zakat fitrah dan zakat harta. Tunaikanlah kewajiban zakat tersebut di Lembaga zakat Selangor yang beroperasi di seluruh negeri Selangor selama 7 hari seminggu. Pemberian zakat fitrah juga boleh ditunaikan melalui amil-amil fitrah yang telah dilantik oleh lembaga zakat Selangor yang bertugas di masjid atau surau yang berhampiran dengan anda. Sesungguhnya, wang zakat yang terkumpul melalui lembaga zakat Selangor, akan dapat dimanfaatkan secara menyeluruh kepada golongan asnaf yang berhak menerima bentuk zakat di negeri Selangor ini.

Untuk makluman sidang jumaat sekelian.

Majlis fatwa negeri Selangor telah memutuskan bahawa harga zakat fitrah pada Ramadan 1430 hijrah ini ialah RM 7.00 seorang.

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi di redhainya, maka masuklah engkau di dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia dan masuklah kedalam syurgaku."


Wednesday, September 9, 2009

ArchiFest POSTERs
































" ARchiteCTURE for LIFE "

ArchiFest 2009 (PROLOGI)

" ARchiteCTURE for LIFE "




Architecture Festival 2009

The Architecture Festival or better known as Archifest is generally held once in every semester; organized by the Bachelor of Science in Archictecture Semester 07 students. It is a tradition that has been continued until to date and is hoped to be upheld successfully.

Why and what is P R O L O G I ?

The event, with its brand name of P R O L O G I is linguistically a combination of two Malay literature term, “Prolog” and “Antologi” which both have the same meaning with their English counterpart of Prologue and Anthology. It is a prelude of a collection. A new beginning of greater things to come; hint of platform to revolutionize, giving new breath to architecture students life.

It refers to a new start of a different approach of how we see and experience Archifest as a whole. It is not just done for the sake of tradition but trying to reinvent by giving depth to it in the form of a more intelligent creative exporation, a seriousness with a fun twist on how we handle it profesionnally, working hard to get something for the purpose of creative self-appeasement.

What is the purpose of P R O L O G I ?

It is a medium where the students are given time and opportunity to explore their creativity and innovative ideas in a more liberal and interesting way, electively different from formal education but the vision of creative and critical intellingence is shared.


As the saying goes in Malay, “ia lebih kepada pengisian daripada penamaan”. A new era has long be ambitioned when our own Archifest would be as the same level as Architectural Association Profilic Visits, Berlage Masterclass and Harvard Visiting Lectures. Realistically, we are trying to achieve that in our own scale, style, skills and capablities.

Sub-events and the subjects are open to be explored by each different personalities. It is how you tackle your ideas, continously updating yourself in this fast and global world where everything new is sometimes old again, it has been done before but how do we intrepet it in our own way, P R O L O G I | its a new start.


PROMOTIONAL TEASER






























































by: B.Sc (Arch) 07 - The Prologist

Friday, September 4, 2009

Khutbah Jumaat - 04 September 2009

" ARchiteCTURE for LIFE "

"NUZUL QURAN"
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Muslimin Yang Dikasihi Dan Dirahmati Allah Sekalian

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan seterusnya kepada tuan-tuan sekalian, marilah kita meningkatkan taqwa kepada Allah sempena kita diketemukan dalam Bulan Ramadhan yang berkat ini, yang sememangnya menuntut kita melatih, mengasuh dan mendidik diri supaya benar-benar dapat mencapai sifat dan darjat orang yang bertaqwa.

Dalam bulan yang mulia ini, di antara peristiwa penting yang berlaku di dalamnya ialah peristiwa turunnya al-Quran (Nuzul Quran). Al-Quran yang bukan sekadar dibaca dan ditaranumkan tetapi ia hendaklah diamalkan dalam kehidupan. Oleh itu sesuai dengan bulan kebajikan ini, marilah kita menghayati al-Quran dan tujuan ia diturunkan mudah-mudahan ia memberkati kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat.

Sidang Jumaat Yang DiRahmati Allah

Allah memuliakan Ramadhan sebagai penghulu segala bulan ialah kerana keistimewaannya melebihi bulan-bulan yang lain. Bukan hanya ganjaran yang berganda akan diberikan kepada sesiapa yang beramal soleh bahkan juga bulan untuk hambanya mempertingkatkan iman dan taqwa, bulan menyuburkan kesedaran dan keinsafan, bulan untuk kita bermuhasabah diri malah yang lebih utama ialah dalam bulan ini terdapat suatu rahsia yang besar yang hanya berlaku dalam bulan ini iaitu peristiwa Lailatul Qadar dan peristiwa ‘Nuzul al-Quran'.

Nuzul al-Quran adalah bermaksud penurunan al-Quran pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan dari Allah ke Luh al-Mahfuz secara sekali gus atau keseluruhan (jumlatan wahidatan) kemudian turun dari Luh al-Mahfuz ke Bait al-'Izzah di langit dunia juga secara keseluruhan, kemudian baru diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW selama 23 tahun secara berperingkat-peringkat. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Dukhan ayat 3:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab)".

Begitu juga Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 185:

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah".

Justeru kemuliaan insan itu juga dapat diukur sejauh mana ia mampu menjadikan al-Quran sebagai hidayah dan panduan kehidupannya dan bagaimana ia mampu berinteraksi dengan al-Quran.

Sidang Jumaat Yang Mulia

Berinteraksi dengan al-Quran bukan hanya menjadikan ia sebagai tangkal azimat, bukan hanya digantung sebagai perhiasan, bukan hanya dibaca sempena majlis khatam al-Quran, bukan juga hanya dibaca yasin pada malam Jumaat dan malam-malam nisfu sya'ban, bukan menjadi adat dibaca apabila adanya kematian, begitu juga bukan hanya minat dengan mempelajari tajwid dan mengalunkan taranumnya tetapi yang lebih penting dan perlu ialah:

1. Ditadabbur dan dihayati

Ia perlu dibaca dan dihayati isi kandungannya serta kefahaman hukum hakamnya sehinggalah ia benar-benar menjadi pedoman dan hidayah yang menuntun kita ke jalan yang benar lagi selamat di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT dalam Surah Muhammad ayat 24:

"(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar".

2. Dipelajari dan dilaksanakan

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 49:

"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka Dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik".

Sidang Jumaat Yang Berbahagia

Mereka yang beruntung ialah yang hidupnya sentiasa berdamping dan berada di antara helaian al-Quran. Ini kerana mereka inilah yang sentiasa mendapat perlindungan Allah dengan berpayung di bawah naungan al-Quran, berjalan beroborkan al-Quran dan matinya diselubungi al-Quran. Mereka ini menjadikan al-Quran sebagai:

1. Shifa' atau penawar sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Yunus ayat 57;

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".

2. sebagai Rahmat, firman Allah SWT dalam Surah an-Nahlu ayat 89;

"Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam".

3. sebagai Nur, firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 15-16;

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus".

4. Al-Quran sebagai Hidayah, firman Allah SWT dalam Surah al-Isra' ayat 9;

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar".

5. dan Al-Quran sebagai peraturan hidup, firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa' ayat 59:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya".

Sidang Jumaat Yang Mulia

Oleh kerana itulah kita mengesyorkan kepada sidang hadirin sekalian , marilah kita sama-sama mempelajari al-Quran, membaca dan melaksanakan isi kandungannya. Ini kerana kita bimbang takut-takut:

1. Kita tidak dipandang oleh Allah sekiranya kita jauh dan tidak patuh kepada ajarannya sebagaimana firman Allah dalam Surah Toha ayat 124-126:

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?" Allah berfirman: "demikianlah keadaannya! telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

2. Kita terhalang memasuki Syurga Allah sebagaimana firman Allah dalam Surah al-A'raf ayat 40:

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan".

3. Kita akan diazab dengan keadaan yang sangat dahsyat sebagaimana fiman Allah dalam Surah an-Nisa' ayat 56:

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian

Marilah pada hari kita memperingati Nuzul al-Quran ini kita mempertingkatkan penguasaan kita mempelajari dan melaksanakan ajaran al-Quran sebagaimana sabda Nabi SAW riwayat Imam Bukhari :

Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan kemudian mengajarkannya.

Al-An'am ayat 153:

"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa".

Friday, August 28, 2009

Khutbah Jumaat - 28 Ogos 2009

" ARchiteCTURE for LIFE "

"ERTI MERDEKA"
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian.
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan bersyukur kepadanya kerana limpahan rahmatNya dengan mengurniakan kepada kita nikmat Kemerdekaan yang tiada taranya berbanding sebahagian negara umat Islam yang masih tunduk kepada kuasa barat dan timur. Walaupun negara mereka merdeka pada zahirnya tetapi hakikatnya mereka belum bebas dari cengkaman penjajah moden dari kalangan musuh Islam.
Justeru kita bersyukur kehadhrat Allah SWT kerana dapat menikmati Kemerdekaan dan boleh melayari bahtera kehidupan dengan penuh kesejahteraan dan keharmonian. Mudah-mudahan dengan di tambah ketaqwaan kita kepada Allah SWT menjunjung segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya, hakikat kemerdekaan akan benar-benar kita hayati serta kecapi dengan ertikata yang sebenarnya.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 152:
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya aku membalas kamu dengan kebaikan, dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)".
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Bersempena dengan Kemerdekaan negara kita selama 52 tahun, Janganlah kita menjadi umpama ungkapan "Menang Sorak Kampung Tergadai" tetapi inilah hakikatnya, kita menyaksikan ada sebahagian penduduk negara ini, terutamanya generasi muda yang masih belum memenuhi pengertian kemerdekaan atau kebebasan menurut Islam.
Kemerdekaan menurut pandangan Islam ialah apabila seseorang bangsa atau umat merdeka daripada segala bentuk penjajahan undang-undang ciptaan manusia kepada pengabdian diri hanya kepada Allah, bebas daripada kezaliman kepada keadilan dan bebas dari kejahilan kepada berilmu baik lahiriah ataupun zahiria. Rub'I bin A'mir pernah menjelaskan ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum tentang hakikat Kemerdekaan dengan katanya yang bermaksud :
"Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam) untuk kami merdekakan manusia daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat".
Merdeka bukan bermaksud bebas dan tidak terikat dengan sebarang peraturan dan boleh melakukan apa saja yang disukai. Merdeka bukan semata-mata bebas secara fizikal daripada belenggu penjajahan, tetapi konsep merdeka yang sebenar mengikut pandangan Islam ialah membebaskan diri daripada semua bentuk penjajahan yang bercanggah dengan ajaran Islam, samada dalam bentuk pemikiran rohani dan jasmani mahupun budaya dan citarasa, perasaan dan emosi seseorang insan itu.
Sehingga hari ini, kita melihat minda terjajah masih mengongkong dan berkarat dalam pemikiran anak muda dan masyarakat sekarang. Tidak sayukah hati kita apabila melihat anak muda berpeluk dan bercium dikhalayak ramai, berpeleseran tanpa batasan, pergaulan bebas sehingga terjebak dengan seks bebas dan dadah, terlibat dengan gangstar, penyelewengan aqidah dan sebagainya.
Sidang hadirin yang berbahagia,
Kefahaman tentang kemerdekaan sememangnya amat berbeza antara generasi dulu yang memperjuangkan kemerdekaan dengan air mata dan darah berbanding generasi hari ini. Hal ini kerana bagi generasi terdahulu, kemerdekaan adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya, manakala bagi golongan muda di zaman ini, 31 Ogos hanya sekadar cuti umum, berseronok, bakar bunga api, berhibur, berkelah dan bersantai.
Sepatutnya, umat yang merdeka dapat berfikir dengan matang apakah yang terbaik dilakukan untuk dirinya, bangsa dan kepentingan umat keseluruhannya serta negaranya tanpa khawatir dan bimbang terhadap sebarang halangan yang menghalangnya. Sepatutnya kita mempunyai pemikiran apakah yang kita telah sumbangkan untuk negara, bukan mengharap apa yang negara dapat sumbangkan untuk kita. Sebab itulah sekiranya fahaman dan mentaliti kita belum berganjak sampai bilakah kita boleh dikatakan sebagai seorang manusia yang benar-benar merdeka?
Sebagai bangsa Malaysia yang merdeka, jiwa kita, diri kita, keluarga dan masyarakat kita perlu bebas daripada mengagungkan pemikiran penjajah, bebas daripada amalan penjajah dan bebas daripada idealisme dan undang-undang penjajah.
Kemerdekaan dalam ertikata lain akan dapat dinikmati sepenuhnya jika kita mampu menjadikan negara yang tercinta ini mencapai tahap tamadun yang tinggi berasaskan perinsip keadilan dan pegangan agama, perpaduan, mempunyai keperibadian dan akhlak yang kukuh dan menunaikan kewajipan bernegara, serta mampu menjauhi diri daripada melakukan perkara-perkara negatif yang dipelopori oleh penjajah barat atas nama kebebasan dan hak individu. Pengaruh pemikiran bebas atau Liberal yang didatangkan oleh barat, jika dibawa kedalam masyarakat dan menjadi amalan di negara ini, pasti akan membawa kepada kehancuran masyarakat dan kehancuran negara.
Ada juga manusia, bangsa atau umat meskipun lahirnya mereka sudah mencapai kemerdekaan selama puluhan tahun, tetapi jiwa mereka dijajah oleh nafsu jahat. Yang menjadi tuhan mereka membawa hanya nafsu dan apa yang dilakukan oleh mereka membawa bencana kepada seluruh umat manusia. Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Jaatsiah ayat 23:
"Adakah engkau lihat hawa orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi tuhannya dan Allah menyesatkan dia kerana mengetahui (kejahatan hatinya) dan menutup pendengaran dan mat ahatinya serta mengadakan penutupan terhadap pendengarannya. Maka siapakah yang akan menunjukinya sesudah Allah, tidakkah kamu menerima peringatan?"
Sidang jumaat yang berbahagia,
Golongan penjajah pada masa kini tidak lagi datang menaiki kapal dan menggunakan senjata seperti masa dulu, sebaliknya berupaya menjajah umat islam menerusi alat komunikasi canggih serta menggunakan kuasa kewangan dan media. Dengan danya zaman globalisasi dan dunia tanpa sempadan, ia menjadi semakin mudah untuk mereka melebarkan pengaruh dan mengawal aspek politik, ekonomi dan system social milik kita. Sesetengah Negara masih bergantung kepada Negara yang masih menjajah mereka dalam banyak sector seperti perdagangan, pendidikan dan ketenteraan. Malah, perkara terburuk ialah penjajahan pemikiran masih berlaku masih berlaku dikalangan masyarakat Negara itu.
Pemikiran anti islam yang merosakkan umat islam ini sebenarnya adalah hasil daripada usaha dan agenda musuh-musuh islam, terutama golongan yahudi dan nasrani. Sebagai umat islam yang beriman kepada Allah, kita hendaklah berhati-hati dengan idea dan pandangan yang dikemukakan oleh mereka.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 120:
"Orang-orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu wahai Muhammad, sehingga engkau menurut agama mereka yang telah terpesong itu. Katakanlah kepada mereka: "Sesungguhnya petunjuk Allah, agama islam itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya wahyu yang memberi pengetahuan kepadamu tentang kebenaran, maka tiadalah engkau akan memperoleh dari Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".
Kejayaan sesebuah Negara yang merdeka tidak hanya dilihat dari segi pembangunan luaran seperti bangunan yang besar, tinggi dan moden, di samping kemudahan-kemudahan lain yang disediakan. Namun yang lebih utama dalam pembangunan sesebuah Negara ialah aspek pembangunan modal insan yang berteraskan ajaran islam.
Tidak bermakna mendiami sebuah Negara merdeka, sedangkan rakyatnya masih belum merdeka jiwanya dan amalan sehariannya. Apalah erti kemerdekaan yang dikecapi oleh kita, jika masyarakat yang tidak patuh kepad aperaturan-peraturan agama dan Negara. Kemerdekaan Negara yang telah diperolehi selama ini amat merugikan jika wujud berbagai-bagai penyakit social dalam masyarakat yang akhirnya membawa kerosakan dan huru-hara. Jika ini berlaku, maka perjuangan kemerdekaan yang dilakukan oleh wira-wira kemerdekaan Negara kita sebelum ini adalh menjadi sia-sia belaka.
Justeru, umat islam perlu terus berusaha untuk membebaskan diri dan jiwa merek adaripada kejahilan, kemiskinan dan rasa rendah diri daripada bangsa-bangsa lain. Kemerdekaan yang sebenar akan menjadikan umat islam sebagai umat yang mampu berdikari, berilmu pengetahuan, berkeyakinan tinggi, mempunyai jati diri yang kuat dan bebas daripada pengaruh penjajahan.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian
Janganlah kita mensia-siakan nikmat ini dengan melakukan perkara-perkara yang tidak memberi untung kepada kita. Marilah kita mengisi kemerdekaan secara dengan melaksanakan perkara-perkara yang berfaedah dan berguna bagi membangun agama, bangsa dan Negara berlandaskan ajaran Islam. Hujjatul islam imam Al-Ghazali rahimahullah telah menetapkan tiga perkara bagi mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan iaitu:
1. Hendaklah memperakukan bahawa nikmat itu datangnya hanya daripada Allah walaupun pada zahirnya ia datang melalui sebab-sebab dan sumber-sumber tertentu.
2. Tidak mensia-siakan nikmat tersebut disamping menghargai pihak yang mengusahakannya
3. Hendaklah menggunakan nikmat tersebut dengan jalan yang diredhai oleh Allah SWT.
"Dan ingatlah ketika tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya!, jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabku amatlah keras".
(Ibrahim ayat 7)

Friday, August 21, 2009

Khutbah Jumaat - 21 Ogos 2009

" ARchiteCTURE for LIFE "

"RAMADAN; KEHADIRAN MU DINANTI"
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sempena kedatangan Ramadan Al-Mubarak yang bakal menjelma, saya ingin mengajak saudara sekelian untuk kita menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan takwa dengan cara kita mengukuhkan sifat takwa yang ada dalam diri kita disamping melaksanakan ibadah puasa dengan cara yang terbaik serta melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya dengan penuh kesungguhan dan Istiqamah. Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
Sesungguhnya Allah subhaanahu wata'ala menyatakan bahawa dengan melaksanakan ibadah puasa dengan kesungguhan, kita akan memperolehi darjat ketakwaaan di sisi Allah subhaanahu wata'ala. Menjadi suatu yang lumrah kepada insan, saban tahun apabila hadirnya Ramadan, kita diperingatkan secara berulang-ulang kalimah "La'allakum Tattaqun" (supaya kamu bertakwa). Namun, yang menjadi persolaannya, sudahkah kita mencapai ke tahap takwa itu setiap kali datang dan berakhirnya Ramadan?
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah subhaanahu wata'ala atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada kita semua khususnya nikmat Islam dan kehidupan. Maka dengan nikmat tersebut dapt kita meneruskan usaha dan tenaga kita menyediakn bekalan-bekalan yang sepatutnya untuk dibawa ke alam Akhirat. Ingatlah, sesungguhnya segala nikmat kurniaan Allah ini merupakan amanah Allah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Di antara nikmat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya ialah nikmat ketika berada di bulan Ramadan. Inilah bulan yang Allah akan membuka seluas-luasnya pintu rahamat, keampunana, pembebasan dari azab neraka dan hidayah, istimewa untuk hamba-hambaNya yang ingin melakukan perubahan dalm kehidupan hidup dan bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 185:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
Di dalam bulan Ramadan juga Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda kepada hambanya yang tekun melaksanakan kebaikan. Ini berdasarkan sebuah Hadis daripada Salman r.a katanya, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadan dengan sesuatu dari perkara kebajikan samalah seperti dia mengerjakan suatu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barang siapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan Ramadan, samalah seperti dia menunaikan tujuh puluh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain."
Bahkan Allah SWT juga menjanjikan pengampunan terhadap segala dosa yang pernah dilakukan oleh hambaNya berdasarkan kepada sebuah Hadis dairpada Abu Hurairah r.a , Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadan penuh keimanan dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu."
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sebagai hamba Allah yang beriman, wajib bagi setiap dari kita menjadikan bulan Ramadan sebagai medan untuk kita mengislahkan dan memuhasabahkan diri supaya menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar beriman dan muslim yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Sejarah kegemilangan Islam yang lalu menunjukkan, melalui madrasah Ramadan yang disediakan oleh Allah subhaanahu wata'ala, telah melahirkan para sahabat Nabi dan juga muslim yang bertakwa, berakhlak mulia, memiliki iman yang kental dan berhati luhur.
Melalui ibadah puasa yang dilakukan dengan kesungguhan dihiasi pula dengan amalan-amalan ibadah yang lain seperti menyantuni golongan fakir, miskin dan anak-anak yatim dengan amalan bersedekah, memperbanyakkan membaca Al-Qur'an, berzikir, bertarawih, berqiamullail dan lain-lain, sebenarnya ia merupakan ubatan yang paling mujarab untuk membersihkan jiwa kita daripada kuman-kuman Mazmumah disamping mendorong kita kepada kehidupan yang bahagia dan diredhai Allah subhaanahu wata'ala.
Dari Abd. Rahman bin Auf telah berkata, bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah telah memfardhukan puasa Ramadan dan sunat bagi kamu menghidupkan malamnya, maka sesiapa yang berpuasa dan melakukan ibadah Qiam (ibadah malam) disertakan dengan keimanan dan kerna menuntut keredhaan Allah, nescaya keluar dosa-dosanya (yakni ibadah-ibadah tersebut membersihkan dirinya daripada dosa-dosanya sehingga menjadi) seperti pada hari dia dilahirkan oleh ibunya."
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Demi memastikan ibadah puasa Ramadhan tahun ini benar-benar memberi reformasi yang besar dalam diri kita. Persediaan dan persiapan yang cukup rapi mesti kita lakukan demi mencapai hasrat tersebut. Antaranya ialah:
1. Kita hendaklah mempunyai ilmu dan kefahaman yang mendalam terhadap ibadat puasa yang akan kita lakukan. Ini boleh dilakukan dengan kita menghadiri kuliah-kuliah ilmu di Masjid dan Surau. Penyertaan kita di dalam majlis ilmu akan meningkatkan pengetahuan kita berkaitan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan menghilangkan pahala puasa. Sekiranya seseorang itu berpuasa dalam keadaan mengetahui dan memahami batas-batasnya maka ibadah pusanya akan lebih bermakna dan memperolehi ganjaran pahala. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan sedang ia mengetahui batas-batas larangannya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang merosakkan puasanya, (maka dengan itu akan dimapunkan dosa yang lalu)."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ada di kalangan masyarakat kita yang cukup menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dengan mengelakkan diri daripad makan dan minum namun, dalam masa yang sama mereka masih melakukan maksiat kepada Allah subhaanahu wata'ala. Sebagai contoh, terdapat sesetengah individu yang rajin berpuasa teteapi tidak menunaikan solat, berjudi dan mendedahkan aurat. Akibatnya ibadah puasanya menjadi sia-sia, hanya sekadar berlapar dan dahga sahaj, tetapi tiada pahal yang diperolehi kerana masih lagi melakukan larangan Allah subhaanahu wata'ala. Ingatlah amaran Nabi SAW melalui sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya, nabi SAW telah bersabda:
"Berapa ramai orang yang berpuasa, sedang puasanya tidak diterima Allah melainkan hanya lapar dan dahaga semata-mata."
(Ad-Darami)
2. Persediaan yang rapi mestilah kita lakukan sebelum kedatangan bulan Ramadan itu sendiri. Ini dapat kita lihat apabila Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam melakukan persediaan yang terbaik dengan melakukan ibadah puasa sunat Isnin dan Khamis secar tetap bahkan baginda akn lebih kerap berpuasa sunat apabila datng sahaj bulan Sya'ban. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Saidatina Aishah r.a pernah menyatakan dengan maksudnya:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam menyempurnakan puasa sebulan melainkan bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak dari bulan Sya'ban."
3. Menghidupkan rasa rindu, cinta dan seronok dengan kehadiran Ramadan yang semakin hampir dengan memperbanyakkan doa dan pengharapan terhadap Allah subhaanahu wata'ala. Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam apabila masuk sahaja bulan Rejab, maka para sahabat kerap mendengar Nabi berdoa dengan penuh pengharapan semoga bertemu Ramadan. Ini berdasarkan kepada hadis riwayat At-Tibrani, dari Anans bin Malek r.a berkata, Nabi Muhammad SAW biasanya berdoa semasa melihat anak bulan Rejab dan Sya'ban secar khusus seperti berikut:
"Ya Allah, Ya Tuhan kami, limpahkanlah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sempurnakanlah kami (dengan selamat) ke bulan Ramadan".
Marilah kita memastikan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik berbanding Ramadan yang lalu dengan kita melakukan perkara yang dinyatakan tadi. Jadikanlah Ramadan sebagai bulan pesta ibadah dengan kita melakukan persiapan yang terbaik untuk merebut ganjaran-ganjaran yang amat banyak yang Allah janjikan sepanjang bulan berkat ini. Janganlah jadikan Ramadan sebagai pesta judi, hanya sibuk memilih minuman dan juadah berbuka puasa sepanjang sebulan berpuasa.
"Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui."
(Al-Baqarah ayat 183 - 184)

Friday, August 14, 2009

Khutbah Jumaat - 14 Ogos 2009

" ARchiteCTURE for LIFE "

"LARANGAN MEROKOK"
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Budaya merokok sudah lama menjadi fenomena yang biasa dalm masyarakat kita. Dari petani dan nelayan sehingga kumpulan professional dan pemimpin politik terlibat dalam gejala ini. Seolah-olah, budaya ini sudah menjadi sebahagian dari keperluan hidup masyarakat manusia hari ini, tanpa mengira bangsa, agama, Negara dan usia. Namun, apa yang pasti, keburukan dan bahaya rokok tidak dapat dinafikan lagi. Bukanlah sukar untuk memahami tetang keburukan dan bahaya rokok sehingga pada setiap kotak rokok kita akan dapt peringatan dari kerajan Malaysia iaitu, "Merokok Membahayakan Kesihatan." Di sesetangah Negara pula, catatan itu lebih terus terang ungkapan amaran: "Merokok Menyebabkan Sakit Jantung dan Kerosakan Paru-paru."
Menurut Kementerian Kesihatan, di Malysia sahaja, merokok menyumbang kepada lebih sepuluh ribu kematian setahun, 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser seperti kanser paru-paru, kanser mulut, kanser tekak, kanser pundi kencing, kerosakan buah pinggang dan kanser perut dan 50% lagi kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Bahkan menurut kajian, lebih 100 000 perokok dimasukkan ke hospital kerjaan di seluruh nagra akibat sakit jantung, kanser dan pelbagai penyakit kronik. Lebih malang lagi, negara menggalami kerugian bagi menanggung kos rawatn dan kehilangan produktiviti.
Hakikatnya, merokok merupakan amalan yang amat merbahaya dan memudaratkan diri manusia. Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang membahyakan dan boleh membawa maut. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap sedutan itu merupakan satu sedutan maut.
Hasil kajian yang telah dilakukan menyatakan di dalam rokok mengandungi bahan radioaktif dan baha-bahan yang digunakan di dalam cat, bahan untuk pencuci lantai, ubat gigi, racun serangga, racun anai-anai, gas beracun yang digunakan "dibilik gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman maut dan banyak lagi. Bahan utama yang paling berbahaya dalam rokok adalah tar, nikotin dan karbon monosida yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan manusia.
Semua golongan, samada ulama', guru, ahli ekonomi, pakar motivasi, apatahlagi doctor perubatan sepakat menyatakan aspek negative perbuatan merokok. Tiada siapa yang memuji dan mempertahankan kelebihan merokok selain dari penanam tembakau dan pengusaha kilang rokok. Namun, cukup menghairankan kerana jumlah perokok tidak pula berkurangan, tetapi semakin bertambah. Diperingkat sekolah lagi, remaja kita sentiasa berjinak-jinak dan menjadi pelapis perokok baru. Hari ini, lebih membimbangkan remaja perempuan pun sudah ramai terlibat dalam gejala merokok.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Lantaran bahaya dan keburukan rokok inilah, Jabatn Mufti Negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa pada tahun 1997 tentang pengharaman rokok. Keputusan itu dibuat berdasarkan bahaya rokok terhadap kesihatan dan larangan mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 195:
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya."
(Al-Baqarah ayat 195)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah setengah perokok hanya menganggap perbuatan itu sebagai Makruh. Justeru, Mimbar Jumat pada hari ini mengajak sidang Jumaat sekelian agar memperhalusi kaedah Usul Fiqh bahawa: Hukum Berubah Kerana Perubahan Zamn.
Kita sewajarnya menyedari perbezaan antara zaman rokok diharamkan sebagai Makruh dengan zaman kita hari ini. Perbezaan itu melibatkan soal maklumat dan teknologi yang sudah berubah. Ketika dihukumkan rokok sebagai Makruh, bahaya tentang rokok belum diketahui oleh manusia umum. Hukum Makruh itu dikeluarkan berdasarkan bahaya rokok yang kurang enak dan menganggu orang lain termasuk ketika solat. Hukum ini dikiaskan kepada hokum orang memakan bawang putih kemudian mendatangi solat berjemaah.
Sebaliknya pada hari ini, rokok bukan sahaja diketahui menyebabkan bau yang tidak enak, bahkan sebab-sebab untuk menolak keharusan merokok sudah bertambah. Antaranya adalah:
Pertama: Kajian-kajian saintifik telah menunjukkan bahawa ia menyebabkan kerosakan pada paru-paru- dan menyebabkan risiko kanser. Justeru, apabila soal bau sudah bertukar kepada bahaya, maka hukum ke atas perbuatan merokok menjadi lebih berat iaitu Haram.
Kedua: Proses penyediaan rokok juga sudah berubah. Proses penanaman tembakau, pengeringan dan pembuatan rokok melibatkan penggunaan pelbagai jenis racun dan bahaya kimia yang turut menjejaskan kesihatan perokok. Kandungan yang terdiri daripada tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser. Begitu juga bahan nikotin adalah seperti najis dadah, bertindak balas di dalam otak dan mampunyai kesan kepada sistem tubuh yang menjadi punca utama penagihan. Justeru, ia menambahkan lagi sebab untuk rokok dihukumkan Haram.
Ketiga: Tindakan kerajaan menaikkan cukai rokok untuk mengurangkan perokok dan kos teknologi penyediaan rokok berbanding zaman dahulu telah menyebabkan aktiviti merokok menelan belanja yang agak besar. Justeru, ia mencetuskan sebab ketiga bagi pengharaman rokok iaitu pembaziarn.
Keempat: Pula berkaitan dengan soal ekonomi dan hubungan sesama muslim. Syarikat-syarikat besar rokok di dunia diketahui turut menyumbang dana yang besar kepada aktiviti keganasan yang dilakukan ke atas umat Islam, khususnya oleh rejim Israel di Palestin. Ini bererti, sebahagian dari wang yang digunakan oleh pembeli rokok akan disumbangkan kepada kerajan yang melakukan jenahaya perang ke atas rakyat umum di kalangan umat Islam sendiri.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Apa yang menjadi penghalang untuk meninggalkan budaya merokok ini adalah soal ketagihan yang lebih mudah terjerumus ke arah penyalahgunaan dadah. Sebagai muslim, kita sewajarnya berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi tuntutan agama dengan meninggalkan tabiat merokok walaupun sukar dilakukan oleh individu perokok ke arah meninggalkan perbuatan yang sia-sia ini.
Antara langkah-langkah segera yang perlu diambil oleh perokok dan perokok tegar untuk berhenti daripada tabiat buruk tersebut adalh:
- Dapatakan sokongan dan dorongan daripada rakan, isteri atau bantuan tenaga professional.
- Mendapatkan khidmat kaunseling.
- Sibukkan diri kepada kerja-kerja atau kegiatan yang berfaedah agar dapat melengah-lengahkan keinginan untuk merokok.
- Menjalankan ibadah puasa dan meneruskan tabiat tidak merokok sepanjang bulan Ramadhan.
- Buangkan semua peralatan untuk merokok yang terdapat di rumah dan lain-lain lagi.
Justeru, mimbar Jumaat menyeru sekelian lagi kepada setiap perokok lelaki mahupun perempuan, dewasa mahupun remaja, miskin mahupun kaya, marilah kita tekadkan azam dan mula melakukan sesuatu tindakan ke arah meninggalkan perkara yang dilarang oleh agama ini. Marilah kita berfikir secara serius untuk membuat satu perubahan besar dalam hidup kita. Janganlah juga kita berputus asa dengan menganggap bahawa kita sudah terlambat dan tergolong di kalangan mangsa ketagihan yang berpanjangan.
Cukuplah masa panjang yang telah kita lalui sebagi perokok. Kita wajar renungkan semula sebab-sebab pengharaman rokok yang diputuskan oleh para ulama' bahawa bukan untuk menghalang kebebasan kita, tetapi ia diputuskan demi mebaikan kita sebagi individu yang prihatin terhadap masyarakat disekeliling kita.
"Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya."
(Al-Baqarah ayat 172)

Friday, August 7, 2009

Khutbah Jumaat - 07 Ogos 2009

" ARchiteCTURE for LIFE "
"SYA’BAN BERKAT MU DIBURU"
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Kehidupan di dunia seseorang insan bermula dari detik kelahirannya sehinga ke saat kematiannya. Dalam kehidupan itu, manusia merentas berbagai ketika dan waktu. Ada orang yang tidak mengambil peduli dengan peredaran ketika dan waktu, baginya tidak ada apa-apa kelainan, sedangkan Allah s.w.t mencipta ketika dan waktu dengan kepelbagaian kelebihan dan fadhilat antara satu dengan yang lain.
Kepedulian dan kepekaan kita terhadap kelebihan satu-satu masa atau waktu mendorong kita memanafaatkannya, dengan menggandakan amalan padanya dengan harapan mendapat gandaan pahala yang dijanjikan. Sebaliknya kita sangat rugi jika waktu tertentu itu berlalu begitu sahaja. Firman Allah s.w.t di dalam surah A-Asr ayt 1- 3:
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian - kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar."
(Al-Asr ayat 1- 3)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kita kini berada dalam bulan Sya'ban. Kehadirannya membawa banyak keistimewaan dan kelebihan. Kelebihan bulan ini dapt kita saringkan daripada ibadah Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terangkul di dalam beberapa hadis.
Marilah sama-sama kita hayati beberapa riwayat agar kita ketahui fadihlat dan kelebihan bulan Sya'ban dan merasa terpanggil untuk mencontohi Rasulullah s.a.w dalam penghayatn bulan yang mulia ini.
Saidatina Aishah r.a ada menyatakan:
"Adalah Rasulullah s.a.w berpuasa sehingga kami berkata baginda tidak berbuka dan baginda s.a.w.berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak dari bulan Sya'ban."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sekumpulan umala' di antaranya Ibnu Al-Mubarik dan lain-lain lagi mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak sepenuhnya berpuasa seluruh bulan Sya'ban, tetapi beginda berpuasa sebahagian besar daripada hari-hari di bulan Sya'ban. Ini disokong dengan apa yang diriwayatkan dari Aishah r.a:
"Aku tidak pernah ketahui baginda berpuasa penuh sebulan kecuali Ramadhan."
(Riwayat Muslim)
Abu Dawud meriwayatkan dari Aishah r.a:
"Bulan yang paling Rasulullah s.a.w gemar berpuasa adalah bulan Sya'ban, kemudian baginda menyambungkannya dengan Ramadhan."
(Abu Dawud)
Para Jumaat yang dirahmati,
Dari riwayat tadi, jelas kepada kita bahawa baginda s.a.w sangat mencintai bulan Sya'ban dan banyak berpuasa di bulan tersebut selain bulan Ramadhan. Ini tentulah bulan itu sangat istimewa dan banyak kelebihannya.
Para hadirin yang berbahagia,
Amal soleh hamba diangkat kepada Allah s.w.t dalam bulan Sya'ban. Telah dikeluarkan oleh Al-Imam Ahmad dalam Musanadnya daripada Asmah bin Zaid berkata yang bermaksud:
Aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Ya Rasulullah! Aku tidak pernah menyaksikan seumpama puasa mu di bulan Sya'ban di dalam lain-lain bulan?." Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Itulah bulan (Sya'ban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada tuhan pemilik sekelian alm. Maka aku amat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan aku pada masa itu sednag berpuasa."
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Kita seharusnya teruja dengan sunah dan amalan Rasulullah s.a.w. Ambillah kesempatan dari kehadiran Sya'ban ini dengan mempertingkatkan amalan kita terutamanya dengan berpuasa. Kita juga inginkan amalan kita diangkat ke hadirat Allah s.w.t dalam keadaan kita berpuasa.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Selain dari puasa sunat, ada lagi amalan lain yang digalakkan dalam bulan Sya'ban, antaranya bertaubat dan beristigfar, malah amalan ini dituntut juga sepanjang masa.
Taubat adalah pembersihan rohani. Kita sebagi manusia yang tidak Maksum, sangat perlu menjalani proses pembersihan rohani ini, agar hubungan kita dengan Allah s.w.t sentiasa berada dalam keredhaanNya.
Bagi memperolehi taubat Nasuha, terlebih dahulu syarat-syaratnya perlu diikuti:
1- Meninggalkan perbuatan dosa atau maksiat itu.
2- Merasa sangat menyesal dan bersalh terhadap dosa-dosa dan maksiat yang telah dilakukan.
3- Berazam dan berjanji tidak akan kembali mengulanginya lagi.
Kiranya kesalahan dilakukan sesama hamba atau ada kaitan dengan hak orang lain, maka selain perkara-perkara yang telah disebutkan diikuti, hendaklah hak orang lain itu dibersihkan.
Manakala beristigfar pula ialah peryataan memohon keampunan Allah s.w.t dari semua dosa. Pernyataan yang biasa dilafazkan ialah "Astagfirullahal Azim" bermaksud:
"Aku memohon ampun kepada Allah yang maha agung."
Amalan lain lagi yang digalakkan ialah memperbanykkan zikir dan doa. Ini kerana banyak faedah yang diperolehi dari berzikir, antaranya:
  1. Menenangkan hati. Firman Allah s.w.t:
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
(Ar-Raad ayat 28)
2. Kawalan diri dan mendapat perlindungan Malaikat dari kejahatan.
3. Terpelihara dari gangguan dan godaan Syaitan.
4. Meningkatkan rasa kecintaan kepada Allah s.w.t.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Malam Nisfu Sya'ban (malam 15 Sya'ban) adalah antara malam-malam yang dimakbulkan doa. Saidina Muaz bin Jabal r.a ada menyatakan, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Allah menurunkan rahmatnya kepada semua makhluk di malam Nisfu Sya'ban, maka diampunkan dosa sekelian makhluk kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."
(Hadis riwayat Abnu Majah, At-Tibrani dan Ibnu Hibban)
Imam Syafie rahimahullah dalam kitabnya Al-Ummu ada menyatakan:
"Sesungguhnya doa dimakbulkan pada lima malam, iaitu malam Jumaat, malam Aidul-Adha, malam Aidul-Fitr, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'ban"
Hadirin yang berbahagia,
Menghayati hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menyentuh kelebihan bulan Sya'ban, dapat kita ketahui:
  1. Rasulullah s.a.w mengalakkan kita melakukan ibadah khusus di bulan Sya'ban seperti solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan lain-lain secara berterusan (Istiqamah) walupun sedikit.
  2. Rasulullah s.a.w menerangkan kepada kita bahawa ada ketika dan waktu tertentu yang mempunyai kelebihannya tersenditi. Seharusnya kita mengetahuinya dan bijak pula memanafatkannya untuk meraih keredhaan Allah s.w.t. Contohnya seperti bulan Sya'ban.
  3. Memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya pengurusan masa dan memanafaatkannya dengan penuh bijaksana bagi mengasilkan kesan yang maksimum menerusi pelaksanaan ibadah yang berkualiti.
Hadirin yang berbahagia,
Pada bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita memperbanyakan amalan-amalan sunat sebagaimana yang telah digalakan oleh Rasulullah s.a.w. Disamping itu juga, inilah peluang untuk kita mengada'kan amalan-amalan puasa yang tidak dapat kita sempurnakan sebelum ini. Semoga dengan amalan-amalan tersebut dapat mengukuhkan lagi hubungan kita sebagi hamba terhadap khaliknya.
Sesungguhnya keunggulan hubungan hamba dengan khaliknya, menjanjikan ganjaran nikmat dan rahmat yang tersangat banyak, apatahlagi jika hamba itu mengetahui ketika dan waktu yang paling Afdal beribadah di dalamnya. Sya'ban adalah antara ketika dan waktu itu. "Sya'ban Berkatmu Diburu."
"Dengan Yang demikian, sesiapa Yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan Sesungguhnya Kami tetap menulisnya."

Khutbah Jumaat - 31 JULAI 2009

" ARchiteCTURE for LIFE "
"MENGENANG JASA PAHLAWAN"
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Muslimin sidang Jumaat yang berbahagia,
Saya menyeru kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita bersama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita ke hadrat Allah SWT pada setiap masa dan ketika, semoga dengan yang demikian, Allah SWT akan memberkati hidup kita di dunia mahupun di akhirat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam sejarah Islam ramai pejuang dan pahlawan yang sentiasa berkorban untuk memartabatkan agama Allah SWT dan memerdekakan tanahair mereka daripada belenggu penjajah yang menjajah akidah, pemikiran, budaya dan tanah tumpah darah mereka. Ia berlaku kepada Rasulullah SAW dan para sahabat untuk mempertahankan bumi Madinah daripada serangan tentera-tentera kafir Quraisy sehinggalah peperangan-peperangan lain dalam sepanjang sejarah Islam.
Solehuddin al-Ayubi berjuang memerdekakan al-Quds di Palestine daripada pakatan tentera Salibiyyah, Said Nursi Badi' az-Zaman mempertahankan Khilafah Othmaniah di Turki, di Libya terdapat Umar Mukhtar membela negaranya daripada penguasaan Perancis, Diponegoro membela Indonesia daripada penjajahan Belanda dan tidak ketinggalan di negara bertuah ini semenjak tahun 1906 lagi terdapat para alim ulamak golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah berjuang membela negara daripada kuasa penjajah Portugis dan Inggeris.
Di antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Perjuangan yang berteraskan kepada Islam ini muncul adalah atas kesedaran masyarakat Melayu pada waktu itu untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan dan ingin melihat penjajah meninggalkan dan dinyahkan daripada negara ini.
Kemudian gerakan anti penjajah melahirkan ramai pahlawan Melayu Islam yang bersemangat waja, gagah dan terbilang. Di antaranya termasuklah Haji Mat Hassan Bin Munas (Tok Janggut), Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dato' Maharaja Lela dan tokoh-tokoh terkemudian daripada itu seperti Dato' Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin al-Hilmi, Ustaz Abu Bakar Bakir dan sebagainya yang dianggap sebagai pahlawan Melayu kerana menentang penjajah ke atas Tanah Melayu ketika itu.
Tetapi yang menjadi persoalan diruang fikiran kita, berapa ramaikah di kalangan kita yang dapat mewarisi semangat kepahlawanan mereka itu?
Sidang Jumaat Rahimakumullah,
Sempena Sambutan Hari Pahlawan, kita sentiasa berterima kasih kepada para pahlawan yang berjuang semenjak negara sebelum merdeka sehinggalah hari ini. Pengorbanan mereka tidak dapat dibayar dengan harga dunia tetapi hanya Allah yang menilai dan yang akan memberi ganjaran yang setimpal kepada mereka samada yang telah pergi atau pun yang masih hidup.
Menjaga keamanan dan keselamatan negara adalah merupakan jihad dan bukan hanya dipertanggungjawabkan kepada pasukan keselamatan semata tetapi ianya juga merupakan tanggungjawab bersama kepada seluruh rakyat dan warganegara ini. Kita sebagai warganegara yang beriman dan perihatin serta bertanggungjawab, marilah kita sama-sama menjadi penerus perjuangan dan jihad mulia ini khususnya memastikan bahawa 50 tahun akan datang negara ini akan terus aman dan selamat sebagaimana kita telah menikmati keamanan dan kemerdekaan sebelum ini.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Islam ada cara tersendiri menyambut sambutan ataupun perayaan. Dan apa yang pasti Islam tidak pernah mengizinkan sambutan dan perayaan itu dicampuri unsur-unsur maksiat dan penderhakaan kepada Allah apa lagi melibatkan unsur-unsur syirik seperti unsur pemujaan kepada kubur-kubur, patung, termasuk tugu pahlawan dan sebagainya yang bertentangan dengan akidah Islam.
Justeru kita mencadangkan agar Umat Islam tidak terikut-ikut dengan budaya bukan Islam dalam menyambut ketibaan Hari Pahlawan. Sebaiknya sambutan ini hendaklah diisi dengan ceramah-ceramah kesedaran pentingnya berjihad menjaga tanah air, solat hajat untuk keselamatan negara, bacaan tahlil dan doa untuk pahlawan dan pejuang negara yang telah pergi atau yang masih hidup, mengadakan pameran dan paparan berkenaan sejarah pejuang-pejuang terdahulu untuk merangsang semangat dan memotivasikan generasi hari ini dan juga menyusun program-program atau aktiviti lain yang difikirkan perlu untuk mendidik masyarakat agar mengimbau serta mengenang para pahlawan terdahulu.
Rasional Islam melarang pengalungan bunga pada tugu peringatan atau pemujaan kepada patung walaupun atas alasan penghormatan dan mengenang jasa-jasa pahlawan ialah:
1. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim menyatakan bahawa rumah-rumah yang ada patung tidak akan memasuki ke dalamnya Malaikat Rahmat:
Maksudnya:
Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada patung.
2. Akan disiksa orang yang menciptakan patung-patung sebagaimana dijelaskan oleh dalil hadis muttafaqun a'laih :

Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang menciptakan patung-patung ini akan disiksa pada hari kiamat, seraya dikatakan kepada mereka, hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu.

3. Firman Allah dalam hadis qudsi diriwayatkan oleh muttafaqun a'laih bahawa orang yang menciptakan sesuatu (patung) seperti ciptaan Allah akan disebut sebagai zalim:

Maksudnya:
Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang hendak menciptakan sesuatu seperti ciptaan-Ku? Kerana itu cubalah mereka membuat sebutir zarrah (atom) atau membuat sebutir gandum.

4. Keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor (14 September 1995) telah memutuskan bahawa upacara hari pahlawan dengan meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan hukumnya haram. Hukum perbuatan mengagungkan patung atau tugu yang diukir atau dibentuk seperti manusia adalah haram kerana ia boleh membawa kepada syirik yang merosakkan akidah Islam.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah
Adapun ciri-ciri pahlawan yang diakui Islam itu mestilah bertepatan dengan syara', antaranya:
1. Taat setia kepada Allah, Rasulnya dan pemimpin selama mana pemimpin itu taat kepada Allah dan Rasulnya.
2. Berjuang bersungguh-sungguh untuk membela kebenaran Islam, demi mempertahankan agama dan negara.
3. Memiliki sifat berani kerana benar, ikhlas karena Allah, tegas dan sanggup berkorban ketika di medan perjuangan.
4. Pahlawan sejati adalah orang yang dapat memanfaatkan setiap momentum kepahlawanannya tanpa mengenali istilah rehat dalam perjuangannya.
5. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, sedia berkhidmat, tidak suka bertangguh walau dalam keadaan apa pun. Mudah-mudahan pahlawan-pahlawan kita dari awal sehinggalah ke hari ini akan sentiasa istiqomah dan terus berjuang berbekalkan ciri-ciri ini dan kita mendoakan agar keselamatan negara tercinta ini akan terus terjamin dan berkekalan sehingga seluruh rakyat negara ini hidup aman dan damai.
Sebagai menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan mereka, ayohlah kita bersama menjaga keamanan dan keselamatan tanahair kita sebagai bukti kita menghargai perjuangan mereka yang terdahulu dan Allah berjanji akan memberikan ganjaran dan pahala di atas usaha murni ini. Kerana kita faham bahawa mempertahankan tanah air adalah sebahagian daripada jihad pada jalan Allah.

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Surah Ali Imran:200)

Kesimpulan bawa kepada khutbah kedua:
1. Perjuangan membela tanah air adalah suatu kewajipan dalam Islam:
2. Kita mestilah mengenang dan menghargai para pejuang terdahulu agar meransang generasi kini turut berperanan mempertahankan tanah air yang tercinta;
3. Cara kita menyambut Hari Pahlawan janganlah sampai melanggari hukum syarak dan menyebabkan kita rosak akidah;
4. Tanamkanlah semangat kepahlawanan Islam dalam jiwa anak-anak kita agar mereka faham erti perjuangan khususnya membela Islam.
Related Posts with Thumbnails