Tuesday, March 17, 2009


STUDIO 500 (UiTM Perak)
" ARchiteCTURE for LIFE "

Kecantikan LELAKI, kegagahan WANITA

" ARchiteCTURE for LIFE "

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
=======================================================

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Jika AKU jatuh CINTA

" ARchiteCTURE for LIFE "

Bismillahirrahmaanirrahim... Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah
aku
pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah
kekuatanku
untuk menyintaiMu Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku
menyentuh
hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku
dalam
jurang cinta nafsu... Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku
padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu... ..Ya Rabbul Izzati ,jika aku
rindu
,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu... .Ya
Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu
melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMuYa Allah
,jika
aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu... .Ya Allah jika Kau
halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya
kepadaMu... ... .Amin... ..


"..tiada gunanya mata kalau tak tahu melihat, tiada gunanya hati kalau
tak
tahu menilai.."

" Darling I LOVE U "

" ARchiteCTURE for LIFE "

Pensyarah: Ustazah Mashita Ibrahim

Tarikh: 14.07.01


Dari ceramah yg bertajuk di atas, di sini dapatlah kita simpulkan
bahawa suami isteri haruslah memainkan peranan masing-masing untuk mengekalkan kesejateraan dan keharmonian rumahtangga agar ianya sentiasa ceria dan saling sayang-menyayangi walaupun usia meniti senja.


Isteri yang dapat menggembirakan suami adalah mereka yang:

1. yang memberi layanan yang baik kepada suami

2. pandai menawan pasangan dengan wajah yang ceria

3. bijak menjaga tubuh badannya (agar suami tertarik selalu padanya)

4. menjaga kesihatannya (agar suami tidak bosan)

5. memberi ketenteram kepada suaminya pada saat dia merasa takut atau tidak menentu (Nabi Muhammad! saw merasa tenang apabila berada di dalam dakapan Siti Khadijah apabila dia merasa takut dan menggigil seluruh tubuh badannya pertama kali bertemu dengan Jibril.

6. dapat memberi semangat / perangsang dan pandai menenangkan perasaannya.

7. kreatif / sentiasa memikirkan perubahan (agar dapat menceriakan rumahtangga, kerana suami akan selalu merasa ghairah "looking forward to meet his wife")


Suami yang dapat menggembirakan isteri adalah mereka yang:

1. akan membela isterinya bila masa dia merasa tergugat

2. boleh membuat keputusan (tidak hanya berserah kepada isterinya dalam semua hal)

3. gemar melaporkan dirinya kepada isteri (ini bukan kena queen control tapi sebenarnya kerana isteri itu sayang dan bimbang tentang situasi suami)

4. mencari nafkah untuk menyara keluarganya(bertanggungjawab)

5. selalu menyentuh isteri dengan belaian kasih sayang (berpegangan tangan, berdakapan)

6. membuat isteri rasa bangga (memprakt! ikkan "ladies first", buka pintu utk isteri, tarikkan kerusi utk isteri duduk dan sebagainya)

7. mencari isterinya dahulu apabila pulang dari kerja (menunjukkan suami rindu dan sentiasa mengingati isteri)

8. bersabar terhadap kelakuan isteri yang kurang disenangai lalu mendidiknya dengan sabar

9. bertolak ansur dan faham kepada perubahan isteri (apabila isteri didatangi haid, tertekan dan sebagainya)

10. memahami perasaan isteri ketika menopause.


Suami isteri yang menggembirakan pasangan masing-masing:

1. menganggap perkahwinan adalah satu jihad

2. perasaan ingin bersama iaitu menghabiskan masa bersama, membuat sesuatu bersama sebanyak mungkin

3. selalu mengingat kebaikan pasangan dan melupakan keburukan atau kejahatan pasangan (bahkan Rasulullah pernah mengusurkan agar setiap kebaikan pasangan hendaklah dicatatkan dan dibaca setiap kali pasangan melakukan kesilapan)

4. pandai meluahkan perasaan, puji-pujian dan kata! -kata yang dapat menyentuh hati pasangan (memberi ucapan "darling I love you")

5. memanggil dengan panggilan yang manja agar pasangan terasa intim

6. dapat menahan telinga mendengar leteran masing-masing agar pasangan dapat meluahkan perasaan dan merasa lega (tidak terpendam di dalam hati)

Itu sahajalah yg dapat saya kongsi sama tentang tajuk yg telah dikupas oleh Ustazah Dr Mashita Ibrahim. Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dan landasan bagi meniti hidup sebagai pasangan suami isteri. Yang baik semuanya dari Allah dan yang sebaliknya adalah dari kekerdilan saya sendiri.

Saidina Ali r.a. (Karamallahu-wajhah) used to say that between wealth and knowledge, he would choose knowledge.

The reason he gave was simple : Given wealth - one would have to look after it. But given knowledge, that knowledge would look after you

Pilihlah ilmu kerana ilmu menjagamu - manakala jika kamu pilih harta, nanti kamu terpaksa menjaga harta mu itu.

Adab-adab tidur

" ARchiteCTURE for LIFE "

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya
dia sedang mencaci dirinya sendiri.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi
adap2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk

Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang

Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan

Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu

Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al-Ikhlas , Al- Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal

Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi

Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan .

Thursday, March 5, 2009

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.

" ARchiteCTURE for LIFE "

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

" Kalau dahi... "

" ARchiteCTURE for LIFE "

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah
luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW

" ARchiteCTURE for LIFE "

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan... ... .."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

SABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

10 WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

" ARchiteCTURE for LIFE "

10 WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

BACALAH -- RENUNGILAH -- KEMUDIAN AMALKANLAH
Related Posts with Thumbnails